Sunday, February 12, 2012

Karpal Singh di nasihatkan Hormati Agama Lain



Gombak : Ahli Sekratariat Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Farhan Madzlan memberitahu sempena sambutan Hari kekasih atau “Valentime Day”, seramai 25O NGO ahli terlibat untuk membantu mengedarkan risalah anti zina.

Operasi cegah maksiat telah bermula 11 sehingga 12 hb Februari 2012 dengan mengedar sebanyak 8000 risalah anti zina berkaitan Amal Maaruf Nahi Mungkar di sekitar Selayang dan Daerah Petaling Jaya, katanya pada media hari ini.

Tambahnya lagi, sempena malam hari kekasih pada 13 sehingga 14hb Febuari, operasi ini akan kita teruskan walaupun terdapat bantahan daripada parti kompenannya khususnya DAP.

"Kita tidak akan hentikan Operasi ini, walaupun dibantah kerana demi menyelamatkan akidah umat islam", katanya dengan tegas.

Insya-Allah, kita akan berkumpul di Daerah Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selepas menunaikan solat Fardhu Isya malam ini dengan mengedar risalah Anti Zina . Umat islam yang berminat untuk menyertai kerja Amal Maaruf Nahi Mungkar boleh turut sertai kami dalam operasi ini.

Jelasnya, cegah maksiat adalah tanggungjawab kita bersama. Saya yakin umat islam juga bersetuju agar operasi seumpama ini di teruskan untuk membendung gejala sosial di kalangan remaja dan belia yang beragama Islam, khususnya.

Non- Muslim yang meraikan hari tersebut tidak perlu khuatir tindakan yang di lakukan oleh PAS untuk mengadakan kempen ini. Kempen Anti Zina hanya dilakukan kepada Umat Islam sahaja.

Setiap tahun kita telah laksanakan operasi ini dengan mendapat kerjasama Jabatan dan Agensi terlibat seperti Pejabat Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), masjid dan surau di kawasan terdekat kediaman mereka.

Dalam operasi itu, kita mengambil pendekatan dakwah dengan memberikan tazkirah kepada mereka ditahan. Kebanyakan maksiat ini berlaku, ia berpunca apabila tidak menunaikan Solat yang di perintah Allah”.

“Hal ini telah di tegaskan oleh Allah SWT, orang Islam tidak akan minum arak apabila dia beriman kepada Allah SWT, orang Islam itu tidak akan membunuh ketika dia beriman kepada Allah SWT dan orang Islam itu juga tidak akan berzina ketika dia beriman kepada Allah SWT ” katanya.

Justeru, Mohd Farhan merangkap Yayasan Amal Malaysia, menyeru agar umat islam tidak terpengaruh dengan kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang tidak setuju kempen PAS menentang hari kekasih, esok.

Umat Islam di Negara ini harus peka dengan isu gejala sosial semakin meningkat di kalangan belia dan remaja apabila tiba malam tahun baru dan hari kekasih.

Contohnya tahun lepas Ekspedisi Dakwah Malam Tahun Baru Daerah Gombak, kita berjaya menangkap seramai 22. Mereka ditahan kerana didakwa terlibat dengan aktiviti maksiat.

Lima individu daripada 11 pasangan 'kantoi' ditahan terdiri warga asing beragama Islam berasal dari Indonesia dan Bangladesh, bersama pasangan masing-masing warga tempatan yang merupakan lelaki dan juga perempuan.

Operasi di jalankan di lokasi hotel bajet, tiga pasangan ditahan di kawasan Rawang, manakala lapan lagi di sekitar Batu Caves, apabila gagal membuktikan ikatan suami isteri dan bukan muhrim. Lebih menyedihkan apabila mereka mengheret anak kecil ke lembah penghinaan itu.

Saya juga difahamkan oleh pegawai wakil Jais yang telah mengetuai serbuan itu, semua pasangan ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah Seksyen 29 (1a & b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9/95”.

“Mereka ditahan kerana didapati berkhalwat dan berada dalam satu bilik antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah. Pelbagai alasan diberikan ketika serbuan dan tangkapan dilakukan".

“Terdapat 4 pasangan wanita bujang menunggu dalam 4 buah bilik mungkin mereka menanti kedatangan pasangan mereka. Rata-rata mereka yang terlibat umur di antara 16 tahun ke atas.

“Ini termasuk alasan sukar diterima seperti 'hanya mahu menumpang sekejap' di bilik pasangan, 'hendak menghadiri kenduri' dan
sebagainya”.

Justeru, berikutan tragedies noda hitam itu, kita tidak mahu umat islam terus melibatkan aktiviti tersebut yang akan bertambahnya anak luar nikah.

Maka dengan itu, kita harap Karpal Singh supaya belajar hormati agama lain dan tidak mempengaruhi masyarakat khususnya umat islam menerima pandangan peribadinya.

Pemimpin DAP itu, perlu berfikir kenapa di dalam Islam mengambil berat anti zina ini dikalangan umat islam dinegara ini.

Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Hubungan yang dilakukan membimbangkan kita semua, kerana telah terbukti lahirnya bilangan anak luar nikah semakin meningkat dan membimbangkan.

Karpal Singh merupakan pemimpin tertinggi seharusnya menghormati setiap agama, budaya Negara ini dan bukan memaksa pandangan peribadinya pada orang lain. Beliau juga seolah-olah mengambil kesempatan sekat hak asasi kemanusiaan umat Islam yang sepatutnya di hormati semua pihak.

“Suka saya tegaskan keputusan tentang sambutan hari kekasih bukan hanya pendirian PAS, tetapi pendirian semua umat Islam”.

“ Seharusnya masyarakat dinegara ini harus bersyukur tindakan PAS membantu kerajaan negeri Selangor dalam membendung gejala sosial yang melibatkan akidah umat Islam. Hal ini tidak dilakukan oleh parti UMNO-BN ”, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

Surat Terbuka Untuk Dr Hasan Ali yang aku Hormati





YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik.

Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.
Islam moderat.

Saya ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

NONESaya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti.

Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.

Proses kematangan

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

pas middle east conflict protest demo 290607 womenWacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Bapa parasit

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

NONEMenurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Datuk' Hasan yang di hormati, Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit?

Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Ditakuti Umno


Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

NONEInilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN.

Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

NONESaya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya.

Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.

Gelombang perubahaan


Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini. Sungguh menyedihkan saya dan teman-teman melihat perubahan Datuk yang sudah lari daripada landasan sebenar.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

NONESaya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada.

Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik.

Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.
Memaksakan hudud

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

NONEApa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.

Turun padang tanpa bayaran, apa macam Datuk Boleh buat kerana Allah SWT??

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

himpun rally hasan ali speaking 2Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang.

Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah umat Islam itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Suara hati muslimat PAS Gombak
Khaulah Azwar

Sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penuh keinsafan oleh semua umat islam



Klang : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H telah disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan di seluruh Negara oleh semua umat islam.

Sehubungan itu, Surau Haji Abbas juga tidak ketinggalan mengambil langkah proaktif dan kreatif untuk meraikan majlis tersebut. Majlis telah mendapat kerjsama dengan Masjid Nurul Amin dan semua surau dibawah kariah Masjid Nurul Amin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang merasmikan majlis tersebut berkata, "alhamdulilah sempena Maulidur Rasul semua umat Islam menyambut dengan penuh kesyukuran dengan mengingati Nabi Muhammad SAW yang telah wafat".

"Walaupun baginda telah lama meninggalkan umatnya namun ingatan semua umat islam pada –Nya tetap segar kerana sifat baginda yang penyayang dan sanggup bekorban untuk umatnya dan demi Islam."

Justeru, "sempena 12 Rabiul Awal, saya suka mengingatkan agar semua umat Islam sentiasa mengingati baginda setiap waktu dan setiap hari dengan cara mengikut sunah dan menghayati kisah kehidupan baginda yang banyak bekorban untuk umatnya. ".

Janganlah hanya setiap tahun berarak apabila tibanya Sambutan Maulidur Rasul tetapi tidak mengetahui sirah baginda dan tidak mengikuti ajaran-Nya.

Tambahnya lagi, "kalau setiap tahun kita ingat hari kekasih yang disambut setiap 14 Februari yang diraikan oleh Bangsa Kristian sehingga merosakkan akidah umat Islam, jadi mengapa Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW tidak kita ingat?"

"Maka untuk membuktikan kecintaan kita kepada baginda pihak berwajib seperti Jawatankuasa Surau, Masjid, Jawatankuasa Penduduk, dan semua badan berwajid seharusnya memainkan peranan mengadakan aktiviti yang bermanfaat".

"Tujuannya untuk mengajak uamt islam meraikan Majlis Maulid Rasul penuh kesedaran dan keinsafan bagi mewujudkan iklim Rabbani untuk mendorong pertumbuhan dan perkembangan insan kamil".

Sehubungan itu, Dr Halimah juga menyarankan semua pihak berwajib selain mengadakan ceramah, mereka juga boleh mengadakan pidato, hafazan Quran, aktiviti riadah bersama keluarga, dan sebagainya agar majlis tersebut mendapat sambutan semua kalangan umat islam tanpa mengira umur dan parti, ujarnya.

Beliau yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan menambah,
"Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan tema“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433 seharusnya seluruh umat Islam bersatu hati untuk membentuk perpaduan ummah yang beribawa dan disegani golongan bangsa lain". katanya.

Ujarnya lagi, "kita rasa terharu apabila, anak-anak muda yang bersalawat kepada Nabi saw sepanjang jalan dididik untuk membasahkan bibir dengan salawat kepada Nabi Muhammad SAW".

"Mereka perlu dilatih secara praktikal. Perarakan beradab yang diketuai oleh pemimpin masyarakat akan dilihat oleh golongan muda sebagai sokongan moral kepada mereka yang mahu menjadi anak dan ahli masyarakat yang baik".

Pemimpin masyarakat setempat mesti proaktif dalam membentuk dan mencorak remaja yang bak 'kain putih'. Corak yang kemas dan cantik sudah tentu akan menghasilkan remaja belia yang indah budi pekerti dan mampu menjelmakan Islam dalam dirinya",

"Perarakan ini bersifat fizikal. Idea berarak daripada surau dan kembali kepada surau adalah simbolik kepada peserta alumni SPIES yang menekankan pembangunan spiritual yang menjadi 'core business' surau dan masjid", katanya.

Media difahamkan, JKKK Kampung Delek juga menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul yang disertai Alumni SPIES Remaja serta kumpulan HELWA DUN Selat Klang, surau dan masjid serta masyarakat setempat.

Hadir sama berarak, Nazir Masjid Nurul Amin, Ketua Kampung Kampung Delek, Setiausaha ADUN Selat Klang merangkap Nazir Masjid Al Muttaqin Sg Udang, pemimpin masyarakat setempat serta Pengerusi dan AJK Surau Hj Abbas.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI