Thursday, July 2, 2009

Program Motivasi & Pembangunan S.P.I.E.S Belia Dun Gombak Setia



Salam/selamat sejahtera..

Dijemput kepada semua pengunjung blog untuk sertai SPIES belia Dun Gombak Setia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor . Terbuka kepada Belia Negeri Selangor yang berumur 18-30thn. berikut adalah maklumat program.

Tarikh : 11-12hb Julai, 2009

Tempat : Tmn Harmonis Gombak, Bt 6 Gombak.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung di talian :-

Cik yati : 013-2683834 (Dun Hulu Klang)

En. Kamarolzaman :019-2053858 (Dun Gombak Setia)

En Azizul : 013-3533212 (Dun Batu Caves)

Semoga dengan adanya program Motivasi Dan Pembangunan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Untuk mendapat maklumat terperinci mengenai spies Sila layarai web http://spies.selangor.gov.my/v1/

Editor by : Khaulah Azwar

Dunia Ibarat Sebuah Pulau Yang Di Singgah

Dunia ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman, iaitu akhirat. Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya dari alam mana.

Ditengah-tengah pelayaran, kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama "Dunia". Di sini penumpang-penumpangnya berehat sementara bagi mencukupkan sebarang keperluan kecil dalam pelayaran seterusnya ke pelabuhan bahagia.

Rumput-rumput di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih . Sesiapa yang memandang pasti terpesona dengan keindahan dan kenikmatan yang terdapat di pulau ini.

Kapten kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar untuk beristirehat sambil melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada daripada mereka yang lalai apabila terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya. Ini kerana bila tiba masa untuk belayar, kapal akan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan.

Semua penumpang pun turun dari kapal dan meninjau-ninjau keindahan dan kecantikan pulau tersebut. Ada sebahagian dari mereka menikmati kenikmatan dan keindahan pulau dengan sebaik yang mungkin dan ada ramai pula yang leka. Sebahagiannya patuh kepada peringatan kapten, tetapi sebahagiannya lalai dan terleka dan mendapati tempatnya dikapal itu telah diduduki orang. Mereka yang ingat kepada arahan kapten, berusaha sebaik munggunakan segala kenikmatan dan keindahan pulau ini. Ada yang mengambil bunga-bunga yang cantik berseri lagi mewangi untuk dibawa belayar bersama. Ada yang mengambil air yang bersih dan jernih sebagai bekalan semasa pelayaran dan ada juga sebahagian dari mereka yang mengambil lampu-lampu yang indah bercahaya untuk menghiasi penginapan mereka sekembali mereka ke kapal. Namun begitu masih terdapat sebahagian besar daripada mereka yangterus leka dan lalai dan lupa bahawa pelayarannya masih jauh. Dia terpengaruh kerana terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada tempat lain lagi seindah itu. Mereka menikmati makanan-makanan yang enak di pulau tersebut sehingga tidak sedar bahawa masa untuk meneruskan pelayaran hampir tiba. Ada yang sedang leka bermain di tepi pantai yang indah, ada yang sedang leka bemain ditaman-taman yang dihiasi bunga-bunga yang cantik lagi berseri, ada juga di kalangan mereka yangsedang enak menjamu selera sehingga terlupa akan pesanan kapten kapal tadi.

Berkali-kali loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik ke kapal, tetapi mereka membuat endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Malah ada di kalangan mereka yang terdengar akan loceng peringatan itu tetapi mereka buat tidak endah. Bagi mereka tiada tempat lain yang lebih cantik, indah dan seronok selain pulau ini. ( Dunia). Akhirnya, bila tiba masa seperti yang telah ditetapkan, maka kapal membongkar sauhnya dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau itu.

Apabila mereka telah berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa pulau itu bukan tempat sebenar yang dituju. Disitu dia dikeliling air, dia menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi. Kapal telah semakin jauh meninggalkannya. Mereka menangis dan meraung meminta diambil semula.

Orang-orang tiada lagi yang jadi kawan, dan kapal lain tiada lagi yang datang. Sesal bertimpa-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana. Segala keindahan dan kecantikan di pulau tersebut semakin hilang dari pandangan. Taman-taman yang dihiasi dengan bunga-bunga yang berseri dan harum mewangi kini hilang serinya dan baunya juga bertugar ganti. Tiada lagi haruman, tiada lagi kecantikan dan keindahan untuk dinikmati. Suasana yang indah berseri telah bertukar ganti. Maka berkeliaranlah ular, kala, lipan dan binatang-binatang berbisa keluar dari sarangnya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah banyak mengancam. Kini baru mereka sedar bahawa pulau yang dinamakan "dunia" itu tidak membawa kebahagian yang berkekalan. kenikmatan dan keseronokan yang mereka nikmati hanyalah sementara sahaya. Barulah mereka sedar jika mereka patuh pada peringatan kapten kapal tadi sudah tentu mereka tidak akan menghadapi keseksaan di kecam binatang-binatang yang berbisa. Penyesalan yang timbul sudah tiada erti lagi kerana kapal tersebut tidak akan kembali untuk mengambil mereka. Tinggallah mereka yang leka di pulau tersebut dan menghadapi serangan binatang-binatang buas tersebut.

" Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan bagi mereka yang beriman dan mengerjakan perbuatan yang baik; dan mewasiatkan (mengingatkan) satu sama lain dengan kebenaran serta mewasiatkan satu sama lain supaya berhati teguh (Taqwa).

Al-Ashr

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

Buat Renungan Bersama... ... ... ... ... ... ..

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.

3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

1.. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat

duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).

2.. Diselamatkan dari seksa kubur.

3.. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.

4.. Diperhiasi dengan iman.

5.. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).

6.. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh

Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

7.. Mati kerana melahirkan anak.

8.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.

8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.

9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.

13.. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.

14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.

15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.

16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.

17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.

18.. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:

1.. Mejaga sembahyang 5 waktu.

2.. Banyak bersedekah.

3.. Banyak membaca Al Quran.

4.. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

1.. Meninggalkan dusta.

2.. Meninggalakan sifat khianat.

3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.

4.. Mejaga Kencing.

Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

Majlis Dialog Penduduk Bersama Adun Gombak Setia & Ketua2 Jabatan

Salam / selamat sejahtera buat semua pegunjung Blog..

Dijemput semua pengunjung Blog dan Warga Gombak untuk bersama Majlis Dialog Penduduk Bersama ADUN GOMBAK SETIA & KETUA – KETUA JABATAN yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia pada :-

Tarikh : 05 Julai, 2009 (Ahad)

Masa : 02 ptg – 6ptg

Tempat : Dewan MPS Tmn Gombak

Kehadiran amatlah dialu-alukan.. dan mohon kerjasama semua pihak dapat sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat-sahabat, saudara mara.. Diharap semua pengunjung blog & Warga Gombak sudi meluangkan waktu bersama untuk bersama-sama dengan pimpinan serta meningkatkan segala Mutu Kerja Pusat Khidmat Masyarakat DUN GOMBAK SETIA. Segala kerjasama amatlah dihargai..

Editor by : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI