Sunday, June 17, 2012

Reading Break 15m’ Dapat Sambutan

Berikutan kejayaan Program “15 Minutes Reading Break” yang diperkenalkan di seluruh Selangor semenjak Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana dan Pesta Buku Selangor pada 2010, Program ini diteruskan tahun ini.


Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata “pencapaian dengan catatan rekod bacaan serentak hampir 15,000 orang.

Ia sangat membanggakan dan menimbulkan idea bagi mengembangkan program itu ke semua daerah dengan tujuan memupuk minat membaca di kalangan rakyat”.

Menurutnya, budaya membaca di kalangan masyarakat perlu dipupuk dari peringkat awak usia supaya ianya menjadi amalan dalam kehidupan.

“ Bagi menggalakan anak-anak suka membaca, sudah pasti ibubapa harus tanamkan diri suka membaca terlebih dahulu.

“Cara untuk mendidik anak-anak yang malas membaca ialah apabila melihat orang dewasa membaca.

“Apabila Anak –anak melihat semuan orang suka membaca maka mereka juga akan suka membaca, itulah cara paling mudah dan berkesan untuk anak-anak meminati hobi dikenali membaca.

“Dalam program tersebut kita telah berjaya mewujudkan satu budaya membaca melibatkan semua peringkat usia dan masyarakat hingga mencipta rekod membasa selama sejam di peringkat kebangsaan.

Maka dengan kejayaan ini Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah membawa program ini ke semua daerah di negeri ini,” katanya dalam majlis perasmian Program “15 Minutes Reading Break” Daerah Kuala Langat di Dataran Banting di sini.

Seramai lebih 1,100 peserta termasuk pelajar, guru-guru, ibu bapa dan tetamu lain hadir dalam program berkenaan.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Mohamad.

Najib Di Desak Hentikan Keresahan Semua Bakal Haji


SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum PRU-13 akan datang bagi menghilangkan keresaan yang dihadapi bakal haji pada waktu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, selagi perdana menteri itu tidak mengumumkan bila tarikh PRU-13 akan diadakan, selagi itu bakal haji berada dalam keresahan dengan desas-desus yang ditimbulkan.

"Najib perlu mengumumkan tarikh pilihan raya supaya orang Islam dapat mengerjakan haji secara aman dan tenteram.

"Mereka boleh membuat perancangan jika sekiranya tarikh pilihan raya diadakan pada bulan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor, di Auditorium Jubli Perak, Bangunan SUK, di sini, pagi tadi.

Beliau mengulas spekulasi yang mengatakan pilihanraya akan diadakan pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah atau pertengahan Oktober sehingga pertengahan November.

Awal minggu lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti yang terlibat secara langsung dalam pilihanraya seperti calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya agar menangguhkan rancangan untuk menunaikan ibadah haji ekoran desas desus itu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perdana menteri kini berada dalam kebingungan untuk menentukan tarikh tersebut ekoran pelbagai masalah sedang dihadapinya yang menjejaskan BN secara keseluruhan.

"Beliau menghadapi beban berat menggalas isu isterinya, dalaman parti, Bersih 3.0 yang tersebar ke seluruh dunia dan isu beliau sendiri dikait dengan Scorpene," katanya.

Facebook PAS Selangor

Terdahulu dalam program hari ini, PAS Selangor turut melancarkan laman peminat Facebook mereka.

Ianya sebagai medium rasmi PAS negeri menyalurkan maklumat khususnya dalam mendekati golongan belia di negeri itu.

Face "PAS Selangor" itu boleh akses di pautan https://www.facebook.com/pas.selangor.

Hadir sama program hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, Timbalan Pesuruhjaya Iskandar Abdul Samad, Sallehem Muhyi, Khalid Samad, Setiausaha Mohd Khairuddin Othman, Bendahari Izham Hashim, Ketua Penerangan Saari Sungip.

Selain itu turut hadir Ketua Dewan Ulama Ustaz Mohamad Zain Abdul Rahman, Ketua Pemuda Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan, Ketua Muslimat Wan Hasrina Wan Hassan dan kepimpinan dari kawasan seluruh negeri.

Dianggarkan lebih 2,000 orang hadir dalam program fasa pertama ini sebelum himpunan besaran akan diadakan di Stadium Kuala Selangor pada 15 Julai 2012 nanti.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI