Wednesday, February 10, 2010

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan ra pat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditem pat -tem pat yang sensitif... .. itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sem pat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak ra pat dengan anak-anak kerana sibuk.


Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tem pat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesem pat an buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa se pat utnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada

menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keem pat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami... Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.

Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menem pat kan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpenda pat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-


Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3..Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan da pat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya...
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15..
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

I NSYA-ALLAH

Mesti Baca- propaganda lagi...

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka dia memperolehi pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutnya, tanpa dikurangi sedikit pun dari pahala-pahala orang yang mengikutinya. Sedang sesiapa yang mengajak ke arah kejahatan, maka dia memperolehi dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya, tanpa dikurangi sedikit pun dari dosa-dosa orang yang mengikutinya."


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Tambah sikit…

Madu & habbatussawdadisebut sebagaipenawar (ubat) dalam Al-Quran/Hadith... Allah yang menurunkan Al-Quran & Hadith...DIAlah yangmenciptakan manusia. Maka, DIAlah YangMaha Mengetahui penawar terbaik untuk manusia ciptaanNYA.. Jadi kenapa perlu bergantung kepada ubat ciptaan Yahudi yang telah diketahui mempunyai kesan sampingan & menambah penyakit


MESTI BACA - Warkah Buat YB Zulkilee Noordin


"

Buat YB yang amat saya hormati. Terlebih dahulu saya merasa amat kesal dengan tingkahlaku YB dalam beberapa isu yang saya rasakan tidak sepatutnya berlaku bagi seorang pemimpin seperti YB . Dalam wanwancara saudara melalui saluran media yang tahap kebolehpercayaan yang rendah, saudara sebenarnya terperangkap dengan soalan-soalan yang cuba melaga-lagakan sesama rakan pakatan.

Serangan saudara terhadap DAP adalah serangan tanpa fakta dan tidak berasas. Seolah-olah saudara hanya berpandukan maklumat yang dihebahkan oleh media pro kerajaan. Kenapa perkara ini berlaku.! Jika suadara kata DAP parti perkauman cina yang mula menunjukkan belang ..apa pula dengan UMNO.

Tidakkah UMNO juga lebih dahsyat , kes Memali umpanya. Lupakan saudara. Mana pertimbangan saudara dalam isu ini. Tidakkah saudara bertanya pada Guang Eng kenapa beliau dipenjarakan suatu ketika dulu. Bukankan atas sebab membela seorang perempuan Melayu yang mendakwa dirinya dirogol oleh salah seorang pemimpin UMNO.

Jika nasib Melayu Islam seperti yang diperjuangkan oleh saudara dalam beberapa isu terkini seperti isu penggunaan kalimah Allah , tidakkan saudara bertanya pada DAP siapa punya angkara yang menyebabkan anak-anak muda hari ini menjauhkan diri dari Islam, siapa yang membenarkan program-program yang melalaikan umat Islam .

Lihatlah pakaian anak muda kita yang beragama Islam . Siapa penganjur pesta maksiat ini? Adakah DAP ! Harap saudara YB menjawabnya. Sedar atau tidak sedar bukan isu nama Allah sahaja yang perlu ditangani secara bijak . Kita juga hendaklah konsisten dan bijak dalam menangani pelbagai isu sensitif ini. Jika rakyat didik dalam keadaan yang berlebihan dengan hiburan , tidakkan ianya lebih bahaya dari apa yang berlaku sekarang.

Dalam kes Halimaton Saadiah seorang kakitangan awam yang dipecat atas sebab pemakaian purdah suatu ketika dahulu siapakan peguamnya. Adakah dari UMNO ! Jawapannya sudah tentu tidak.

Tak lain tak bukan YB Karpal Singh. Dari mana datang parti beliau ? Sudah tentu dari DAP yang digelar oleh saudara dan beberapa rakan seangkatan dengan saudara selaku ekstrimis cina.Mana perginya peguam Melayu Islam yang hebat masa itu?

Penulisan ini bukannya untuk membela DAP tetapi sebagai gambaran yang menunjukkan betapa DAP sebenarnya bukan hanya untuk perjuangan kaum cina bahkan untuk golongan orang Islam .

Tidakkan saudara YB sedar bahawa nasib orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya bukannya berpunca dari tindakan YB Guan Eng tetapi lebih 50 tahun UMNO bersama Gerakan di Pulau Pinang apa yang mereka buat.? Kenapa baru sekarang nak dibela. Janganlah saudara kutip fakta sampah dari akhbar yang tiada intergriti. Dapatkan fakta yang jelas dari YB Guang Eng atau dari Laporan audit.

Jika saudara jujur untuk bela orang Melayu , tahun lepas bila ada rumah orang Melayu di Johor kena roboh langsung senyap sepi tiada berita. Kenapa tidak ada suara-suara yang marahkan kerajaan Johor pada waktu itu

Sikap saudara yang lebih UMNO dari UMNO sebenarnya banyak merugikan Pakatan dalam persiapan menghadapi PRU ke 13.

Banyak persoalan yang timbul seolah - seolah saudara ibarat jurucakap UMNO yang baru. Banyak isu besar negara yang perlu disentuh dan diperjuangkan oleh suadara tetapi tidak kedengaran Isu PKFZ,ALTANTUYA,ENJIN JET HILANG, ISU PERTUDUHAN LIWAT DSAI seolah-olah hilang begitu sahaja. Wang rakyat berbilion hilang, tapi saudara asyik terpaut dengan dendangan lagu UMNO. UMNO dari dulu memang menjadikan DAP sebagai senjata untuk menjauhkan orang Melayu dengan mereka.

Sebab itulah bilamana saudara muncul dalam kaca TV 3/4 saya mengamati dengan jelas cakap-cakap saudara yang kebanyakkan bersumber dari media milik UMNO.

Begitu juga dengan Isu laporan Polis saudara terhadap YB Khalid Samad. Adakah Saudara sudah merujuk secara peribadi pada YB Khalid Samad atas ucapannya yang bagi saya tidak bercanggah langsung dengan Hukum hakam .Jika ada nas yang saudara boleh kemukakan barulah saya dapat menerima apa yang diperjuangkan oleh saudara. Kenapa saudara tidak mempertikaikan kenyataan menteri UMNO yang membenarkan penggunaan perkataan ALLAH di Penang, Wilayah, Sabah dan Sarawak .

Tidak ada orang Islam kah di negeri berkenaan. Kenapa tiada laporan Polis dibuat. Jangan cuba untuk menjadi jaguh.

Sedarkah saudara ..kebanyakkan lagu-lagu bagi setiap negeri juga menggunakan perkataan Allah . Sebagai contoh Kedah, Johor dan lain-lain negeri. Adakah perlu untuk lirik lagu itu ditukar bagi mengelakkan dari orang-orang bukan Islam menyebutnya semasa menyanyikannya. Harap saudara menjawabnya jangan tak jawab.

Tidak sedar lagikan saudara tentang prestasi negeri-negeri di bawah UMNO yang kaya seperti Sabah dan Sarawak misalnya. Pemimpinnya kaya tetapi bagaimana rakyatnya. Kenapa negeri ini masih miskin sedangkan hasil balak, duit royalti saban tahun kemana hilangny! Inilah tugas seorang YB yang berjaya jika mampu mendapatkan maklumat - maklumat seperti ini.Laporan Audit dinegeri2 bawah BN adakah saudara melihatnya.

Janganlah kita asyik nak menuduh sesama rakan komponen. Bincanglah secara Profesional. Adab berjemaah hendaklah dijaga. Kredit pada UMNO kini sudah diberi yang rugi ialah rakyat.

Selagi kerajaan yang ada masih dipegang oleh UMNO tunggulah akibatnya. Segala kemungkaran dan kerosakan akan lebih dahsyat. Rasuah makin berleluasa.

Penyalahgunaan kuasa juga akan menjadi-jadi. Hiburan akan semakin menjadi-jadi. Artis disanjung ulama dihina.

Adalah amat malang bagi rakyat Malaysia yang memiliki Pemimpin seperti saudara. Saudara cuba nak berselindung disebalik keadilan Islam . tetapi dalam masa yang sama jiwa saudara penuh dan sarat dengan fahaman kebangsaan yang didokong oleh UMNO.

Maaf jika saya terkasar bahasa..tetapi inilah luahan isi hati pendokong Pakatan yang kecewa dengan sikap mementingkan diri sesetengah ahli Parlimen Pakatan rakyat .

Buat pemimpin Pakatan Rakyat inilah masanya untuk menilai semulah pemimpin yang ada. Lakukanlah perubahan . Bersihkanlah Parti dari mereka yang tidak setia serta bermasalah dengan segera.

Wallahu'alam

JK Disiplin: Ikut saluran, bukan kritik terbuka



Salam.... alhamdulilah... dikesempatan ini, ana ingin memberi komen daripada DTI mengenai isu YB Dato hasan dan Khalid.. so.. ana penat nak jwb semua soalan2..yg ana terima sms/YM/Email.. yg terbaik ana rasa ikutilah wacara daripad DTI sendiri..kita ikut saluran yg betul bukan asyik mengkritik, bertanya dan mendpt saluran yg salah..buat kerja jemaah taknak.. jglah adab2 dalam jemaah..hormati keputsan syura' dan yg terbaik ana rasa.. bg le tumpuan pada gerak kerja jemaah yg masih bnyk kita blm buat.. jgn terleka walaupun sesaat..musuh2 ISLAM sentiasa memainkan peranan.... so siapa yg terkena dgn ana hari ini mohon maaf bnyk2.. ALLAH lebih mengerti mengapa jd begini.. jlnkan tgjwb kita sbg khalifah.. waallahhualam..

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.

"Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku."Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke Jawatankuasa Rayuan yang ada, " katanya ketika ditemui Harakahdaily.Selain tidak sepatutnya berlaku,

Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.

"Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah,"

katanya yang juga Naib Presiden PAS.Jawatankuasa Disiplin, jelasnya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan parti dan bertidak dengan asas yang kukuh.Tugas utama jawatankuasa itu, jelasnya adalah untuk melihat perjalanan parti dengan baik dan menyekat elemen-elemen yang dianggap merugikan parti yang dibuat oleh ahli.

"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah."Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," katanya lagi.Berhubung cadangannya agar anggota jawatankuasa disiplin bukan daripada AJK PAS Pusat, beliau berkata cadangan tersebut bukan bererti beliau mahu lari dari tanggungjawab, tetapi mahu jawatankuasa tersebut dilihat adil.Beliau turut mengakui, cadangan tersebut sukar untuk dilaksanakan dan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pindaan perlembagaan PAS.

"Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti menumpukan kepada agenda lebih besar, iaitu gerak kerja pilihan raya berdepan Umno/BN daripada sibuk mengkritik PAS atau Pakatan Rakyat.Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat, manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI