Saturday, November 19, 2011

Majlis Peguam Sambut Baik Keputusan Mahkamah



Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christoper Leong menyeru agar pihak berkuasa menerima prinsip-prinsip asas keputusan Mahkamah Rayuan dan hendaklah memansuhkan seksyen 15 (1), 15 (5) (b) dan 15 (5) (c) AUKU.

Beliau berkata, saya mengalukan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti 1971 (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan itu adalah satu kejayaan kepada kebebasan bercakap dan berekspresi yang termaktub dalam perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, katanya.”

Christopher berkata lagi, Seksyen 15 (5) daripada AUKU telah lama menghalang pelajar Universiti Awam di semua peringkat umur terlibat secara Aktif dalam proses Demokrasi.

Ia telah menghalang rakyat Malaysia daripada menyatakan pandangan mereka atau melakukan apa-apa jua yang boleh di tafsirkan sebagai sokongan menyatakan atau simpati dengan bangkangan terhadap parti-parti politik.

Majlis Peguam Malaysia memuji Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Hj Mohd Yunus dan Hakim Datuk Lintor Albert diatas pendirian yang berani dan progresif mereka dalam memberi makna kepada Perkara 10(1) (a) dan mengambil langkah kehadapan dalam mengembalikan kebebasan yang hilang, katanya.

Jelasnya lagi, Majlis Peguam Malaysia juga menghargai akan keberanian serta keazaman empat anak muda iaitu Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai,Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza yang memperjuangkan hak-hak kebebasan bercakap dan berekspresi seperti di peruntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI