Monday, September 5, 2011

Konvoi ramadhan latih diri pelajar UNISEL dekati Masyarakat

Klang : Seramai 150 Mahasiswa daripada Universiti Selangor (Unisel) Daerah Sepang dan Sabak Bernam menampilkan diri untuk membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang , Dr Halimah Ali menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam program Kovoi Ramadhan.

Bantuan berupa barangan keperluan harian telah dihulurkan kepada 150 buah ahli keluarga di sekitar Kampung Delek dan Kg. Sungai Udang disini baru-baru ini.

Dr Halimah berkata, “program yang berpusat di Kampung Delek ini adalah permulaan dalam usaha menjadikan kawasan tersebut sebagai Mini Serambi Mekah yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR).

Selain daripada itu melatihkan diri bagi semua mahasiswa untuk mendekati masyarakat menerusi aktiviti Bakti Siswa yang telah dianjurkan”.

“saya harap penduduk Kampung Delek dan seluruh rakyat Selangor turut serta kerana ianya merupakan projek perintis bagi menjadikan Selangor sebagai ‘Baldatun Taiyibatun Wa Rabbun Gahffur’ dan ia dimulakan sedikit demi sedikit”.

Beliau yang juga merupakan Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, program seperti ini bukan sahaja berupaya mendidik generasi muda mengamalkan kerja kebajikan bahkan membolehkan setiap masyarakat yang memerlukan pertolongan dapat menikmati bantuan.


Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI