Wednesday, March 6, 2013

UMNO Takut Bayangan Sendiri-Notis HKL

Notis   untuk Kakitangan HKL yang sudah pasti arahan kerajaan
Baru-baru ini, ana pergi HKL untuk pemeriksaan dengan Doktor Pakar.

Tengah leka baca majalah solusi, mata ana tertumpu di sudut sign board  Hospital HKL.

Surat daripada  HKL yang sudah pasti arahan daripada kerajaan  UMNO (Pusat)" melarang kakitangan hospital meletak sebarang sticker yang berunsurkan politik terutamanya logo pembangkang".

Dalam hati kecil ana berkata, apakah ini dinamakan demokrasi??

Mengapa rakyat tidak diberi peluang untuk berdemokrasi memilih parti mana yang layak mengurus tadbir negara ini lebih baik.

Mengapa UMNO begitu takut dengan sokongan rakyat. Suara rakyat adalah suara keramat, suara rakyat adalah suara yang ingin perubahan. Tukar segala2nya.

Jika Kerajaan UMNO yakin mereka menang dalam PRU13, tidak perlulah hantar surat pekeliling kepada semua kakitangan kerajaan.

Bagi semua kakitangan kerajaan yakinlah perubahan ditangan anda tidak akan sekali menjejaskan nasi periuk anda. Segala gertak bacul yang diberikan UMNO laknatuallah tidak akan sekali menutup nasi periuk anda semua. Semua di utuskan oleh Allah SWT.

Buatlah perubahan untuk demi masa depan anak cucu cicit kita kearah yang lebih baik.

Pakatan Rakyat Harapan Rakyat.

Kerajaan UMNO- janganlah ingat negara ini untuk selamanya untuk UMNO.

Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah : Ustazah Norhafiza Musa -Bagaimanakah Sujud KIta??

Sedikit ilmu untuk  yang perlu di kongsi bersama  naqibah ustazah Norhafiza Musa.

1) Setiap kali solat bagaimanakah sujud kita kepada Allah SWT. 

Sujud yang dilakukan dengan betul, kusyuk akan mendekatkan hati kepada Allah dan doa hambanya mudah dimakbulkan. 

Hadith: 

Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."

Huraian Hadith: 
Dimaksudkan sujud dalam hadis ini adalah sembahyang, disebut sujud kerana sujud adalah rukun yang terpenting.

Sembahyang sunat dan ibadat umumnya meningkatkan darjat seseorang dan menggugurkan kejahatannya.
Rindu Pelukan Murabbiku, reda sedikit demam bila mendpt rawatan dpdnya. 

Setiap muslim hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya terutamanya sembahyang fardhu.

Pakar2 sains telah mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu penafasan manusia yang paling baik.Sujud juga dapat mengembalikan kedudukan organ2 dalam badan ke tempat asal.Banyak kebaikan yang diperoleh ketika kita melakukan sujud dalam solat.

Antara hikmah2 sujud ialah:Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

Melegakan sakit hernia.

Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

Meringankan bahagian pelvis.

Memberi dorongan supaya mudah tidur.

Bersama AJK Masjid selesai sudah tugas kami dalam menyampaikan ilmu
Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Memang banyak kebaikan2 sujud ni.Oleh itu,marilah kita banyakkan amal ibadat kita supaya hidup kita dapat keberkatan-Nya.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI