Thursday, April 11, 2013

SERI AL HUDA TERHARU TERIMA RM40 RIBU BINA PEMBANGUNAN SEKOLAH KOMPLEKS PENDIDIKAN



Gombak : Kerajaan negeri  Selangor telah menyumbangkan dana sebanyak RM40 ribu bagi membantu pihak Sekolah SERI ALHUDA, Gombak (SRIAHG) membina Kompleks Pendidikan  Islam Integratif SERI AL HUDA (KPIISALH), yang bernilai RM13 Juta.
Guru AlHuda Azhar Mat Teh Terharu Terima Bantuan Pembangunan Sekolah

Bantuan tersebut telah di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam majlis makan malam  baru-baru ini di  Dewan Jubli Perak Shah Alam bersama semua penerima bantuan pendidikan Sekolah Agama di negeri Selangor bagi Fasa pertama.

Tan Sri Abdual Khalid dalam ucapannya berkata, “Kerajaan Negeri Selangor telah memberi bantuan pendidikan sekolah semenjak 2008 setelah negeri Selangor di urus oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR). 

Bantuan tersebut diberi bagi membantu meringankan semua pihak sekolah  yang terdiri daripada Sekolah Agama Rakyat (SAR), KAFA, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  (SJKC)  bagi memastikan  pihak sekolah dapat memberi pendidikan dan keselesaan yang sempurna kepada semua pelajar. Hasil kerajaan negeri yang diperolehi dikongsi bersama tanpa berselindung kepada masyarakat umum khususnya”.

Sementara itu, Exco Pendidikan-Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapannya  pula berkata, bantuan yang diberikan kepada sekolah-sekolah di harap  dapat di gunakan dengan baik bagi menaiktaraf, memperbaiki  infrastruktur pembangunan sekolah dan melengkapkan keperluan yang masih terkurang di sekolah-sekolah.

Kerajaan negeri Selangor begitu mengambil berat pendidikan anak-anak Selangor yang bermula daripada peringkat sekolah tadika, sekolah rendah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi.

Contohnya, bagi peringkat pra sekolah kerajaan negeri Selangor telah menyediakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dimana ibubapa yang berpendapatan rendah RM1500 berhak menerima bantuan tersebut. Ibubapa pelajar akan menerima RM100 setiap bulan sehingga anak tersebut mencapai usia ke peringkat pengajian tinggi.

Bagi Sekolah Rendah pula kerajaan negeri  Selangor telah bersetuju memberi dana pendidikan setiap tahun mengikut fasa bagi membantu pembangunan, infrastruktur dan sebagainya untuk memastikan semua pelajar dapat berlajar yang lebih selesa. Kalau dahulu sekolah-sekolah khususnya Sekolah Agama di pinggirkan pembangunannya tetapi kini Sekolah Agama mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor kerana bagi kerajaan negeri bantuan pendidikan tidak seharusnya di politikkan oleh mana-mana pihak yang akan memberi kesan kepada semua pelajar dan semua guru, katanya.

Menurut Dr Halimah bantuan yang diberikan mengikut fasa pertama dan kedua diberikan setiap tahun kepada semua sekolah dan bagi  pelajar di peringkat Sekolah Menengah  yang berjaya mendapat keputusan cemerlang mereka dapat memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kerajaan negeri memberi hadiah saguhati RM1000 bagi ibubapa yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah.

Ulas beliau  lagi, “bantuan RM1000 kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang adalah bagi menyuntik semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian yang lebih baik. Selain itu bagi meringankan bebanan ibubapa membuat persediaan anak-anak ke (IPT)”, ujarnya.

Sementara itu, Hairul Azhar Teh Mohd mewakili Guru Besar SERI ALHUDA yang menerima bantuan dana pembangunan daripada Kerajaan Negeri Selangor melahirkan rasa terharunya apabila sekolahnya terpilih menerima bantuan dana tersebut.

Beliau berkata, “alhamdulilah saya dan pihak sekolah merasa syukur diatas bantuan yang diberikan dan sedikit sebanyak dapat menyempurnakan hasrat  pihak Sekolah SERI ALHUDA, Gombak (SRIAHG) menampung kos pembinaan Kompleks Pendidikan yang  bernilai RM13 Juta”.
Sekolah Agama Rakyat Terbela di bawah Pakatan Rakyat selama 5thn

Kita di fahamkan kerajaan negeri Selangor telah memberi bantuan pendidikan semenjak 5 tahun lalu bermula 2008. Bantuan diberikan tanpa kira jenis sekolah.

Alhamdulilah hasil usaha kerajaan negeri tersebut disalurkan kepada sekolah dengan tulus dan bersih tanpa di politik oleh mana-mana pihak demi kepentingan semua pelajar. Insya-Allah bantuan yang kami terima akan digunakan untuk pembinaan (KPIISALH), kata Azhar kepada pemberita di Ibu Pejabat SRIAHG, disini.

Guru Besar SRIAHG, Hajah Surayah Haji Sarin pula berkata, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang mengambil berat pendidikan di semua sekolah. Insya-Allah bantuan tersebut akan digunakan untuk pembinaan (KPIISALH).

Menurut Surayah, Pembangunan (KPIISALH) Fasa Satu yang akan di tubuhkan di Lot 3749, Batu 7, Jalan Gombak telah berjalan lancar semenjak Januari, 2013 yang lalu.

Beliau berkata, alhamduliilah dengan kemajuan di peringkat awal pembinaan ini pihak sekolah berhasrat untuk mengadakan majlis perasmian bagi pelancaran projek yang akan berlangsung pada 13 April, 2013 (Sabtu)  8 pagi di tapak projek pembinaan tersebut. Ibubapa pelajar di jemput hadir untuk bersama meraikan kejayaan ini.

Kami berharap pembinaan sekolah  peringkat fasa pertama  akan siap pada September, 2013 bagi memastikan kemasukan pelajar tahun baru sesi 2014 dapat di pertingkatkan demi menyempurnakan hasrat ibubapa pelajar dan masyarakat setempat yang berharap agar SRIAHG terus berkembang maju seperti sekolah swasta lain.

Sehubungan itu, untuk menyampai hasrat ini pihak sekolah amat memerlukan sokongan daripada semua pihak terutama ibubapa pelajar yang mengambil berat pendidikan anak-anak untuk menyumbangkan dana pembangunan samaada tenaga, wang dan sebagainya bagi  melancarkan pembinaan tesebut.
Mereka yang ingin menyumbang dana tersebut hendaklah berurusan di ibupejabat SRIAHG di talian 03-61887504. TABUNG PEMBANGUNAN SERI AL HUDA BIMB : 14162-01-001173-8,ujar Surayah. 

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI