Wednesday, June 12, 2013

Dedah Video Zahid Hamidi Langgar Akta Pilihanraya -Rafizi Ramli

PETALING JAYA 13 JUN :  Video  Ahli Parlimen Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah di dedahkan oleh PKR  di Ibu Pejabat parti itu di sini semalam.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata  video tersebut  mengandungi dua petisyen difailkan secara berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi  kerusi itu sebagai tidak sah.
Petisyen berasingan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas calon parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.
Hadir sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.
PKR turut menyiarkan tiga video yang berkaitan  Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam video terbabit, pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak langsung melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional kepada 1,000 orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.
Manakala dua video lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras.
Rafizi mendakwa bagi kesalahan-kesalahan itu, responden (Zahid) dikatakan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 21 (1), Seksyen 21 (2) Bahagian IV atas pengambilan kerja dan Seksyen 10 (a) bahagian III serta Seksyen 32 (c) atas kesalahan menyogok dan rasuah.
” Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar kesalahan pilihan raya.
“Zahid merasakan beliau pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera, walhal undi yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi menunjukkan jenteranya tidak mengundi beliau,” sindir Rafizi.
Sehubungan itu, Rafizi menambah bukti-bukti itu sebenarnya menunjukkan bahawa Zahid membelanjakan lebih RM2 juta untuk memberi ‘gula-gula’ itu.
“Setakat hari ini, PKR memfailkan 19 petisyen, kita akan berkongsi maklumat berkenaan petisyen dari masa ke semasa. Bukti-bukti ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.
Dalam PRU 13 lalu, Zahid memenangi kerusi parlimen itu dengan undian sebanyak 17,176 sekaligus  menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108.
Difahamkan petisyen itu akan juga akan dihantar kepada Zahid pada masa yang akan ditentukan kelak.


Editor : Khaulah Azwar

Azmin Ali : PKR Akan Hadir Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen

Pejabat ADUN Sabak Bakal Beroperasi Seawal Julai



Shah Alam : Pejabat Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.02  Sabak  yang terletak di Balai Rakyat Taman Berjaya (belakang Maybank Pekan Sabak) bakal operasi seawal bulan Julai ini.
Penyerahan Kunci Balai oleh Awaluddin kepada Sallehen

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehen Mukhyi berkata insya-Allah Pejabat ADUN akan beroperasi setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

Menurut Sallehen, terdahulu pejabat tersebut adalah Balai Rakyat Taman Berjaya yang telah di uruskan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Kunci Penyerahan Balai Rakyat telah buat oleh Setiausaha MDSB, Awaluddin Bin Zakaria kepada saya.

Tambah beliau, saya merakamkan terima kasih kepada pihak pengurusan MDSB  yang telah memberi kerjasama kepada saya dengan menyerahkan Balai Rakyat untuk di jadikan pejabat ADUN. Insya-Allah pejabat ini akan digunakan sebaiknya untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat tanpa kira parti dan perkauman.

Sehubungan itu, saya mengalukan semua rakyat di DUN ini untuk berurusan dengan pejabat saya yang beroperasi waktu pejabat lima hari bekerja.

Sebaraang Aduan Rakyat, Permohonan Bantuan Kerajaan Negeri , mereka boleh berhubung dengan pengurus saya Firdaus Ahmad,  kata Sallehen kepada pemberita di Balai Rakyat disini.

Hadir sama   Tuan Haji Nordin , Ahli Majlis dan Mohamad Yunos, Ketua Kampung Bt40.



Editor : Khaulah Azwar 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI