Tuesday, May 10, 2011

BN GAGAL, PR BERJAYA ATASI ISU BUKIT BOTAK



Sg. Tua – Kesungguhan Kerajaan Pakatan rakyat (PR) untuk menangani isu masaalah penempatan semula penduduk Bukit Botak akhirnya telah berjaya diatasi berperingkat-peringkat dalam tempoh 3thn lebih mentadbir Negeri Selangor.

Kata, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar (MB) Selangor petang semalam ketika memberi ucapan perasmiannya dalam Majlis Lawatan Kerja Bersama Penduduk Ke Rumah Contoh Projek Bukit Botak. Walaupun 3thn lebih mentadbir Negara ini, kita telah membuktikan kesungguhnya mengatasi masalah rakyat di bukit botak ini. Berbagai kaedah digunakan dan dibincang bersama dengan pihak-pihak terlibat untuk memberi keyakinan kepada rakyat disitu kembali setelah dalam tempoh 20thn UMNO/BN yang memerintah di kawasan bukit botak tidak dapat menyelesaikan masaalah penempatan semula bagi penduduk berjumlah 2,300 buah ahli keluarga pemilih tanah di kawasan seluas 201 hektar.

“Saya sangat memahami perasaaan penduduk di sini. Tempoh 20thn bukanlah satu masa yang singkat. Jika ada yang melahirkan anak pada mula projek penempatan semula ini dilakukan dulu sudah tentu anak itu kini sudah menamatkan persekolahan mereka bahkan kalau yang hidup ketika itu sudah menjadi arwah dan tidak sempat menikmati rumah idaman mereka.”

Kegagalan demi kegagalan yang berlaku mestilah ditangani segera berdasarkan Kemampuan Kerajaan Negeri. Sudah tentu kita merasa rasa kecewa dengan kegagalan pentadbiran kerajaan dahulu yang menunjukkan ada kelemahan dalam proses membuat keputusan untuk kebaikan rakyat.

Oleh tu, dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar (MB Negeri Selangor), satu document dikelaskan semula dibawah seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Rakyat khususnya penduduk di Bukit Botak ini wajib diberikan maklumat yang tepat supaya mereka tahu apa masaalah sebenar yang memberi kesan kepada mereka. Dengan kecuaian dan kegagalan pimpinan masa lalu telah juga memberi kesan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menangugung kerugian ini. Jesteru itulah satu pendekatan dibuat dengan menang-menang (win-win approach) telah dibincangkan dan kata putus dicapai untuk melaksanakan apa yang kita lihat perkembangannya pada hari ini.

Khalid berkata lagi,” antara pendekatan dilakukan Kerajaan Negeri dengan menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil alih tanah Bukit Botak sambil mengarahkan PKNS membuat satu pelan pembangunan menyeluruh. Ini adalah bertujuan mengadakan rumah kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan”.

Langkah ini adalah cara yang terbaik kerana ianya bukan hanya melibatkan masalah lantikan pemaju yang baru tetapi juga berkaitan isu pemilika tanah, lot-lot yang telah hilang dan kos infrastruktur yang telah dikeluarkan oleh PKNS sebelum ini. Dengan berbagai mehnah yang dilalui akhirnya kerja-kerja penempatan semula telah mencapai 31% sebagaimana yang dijadualkan hingga pertengahan April 2011.

Saya yakin, projek ini akan selesai pada pertengahan Jun 2012 selepas 21 bulan dilakasanakan. Ujarnya jumlah rumah yang dibina ialah sebanyak 1422 unit dengan kontrak bernilai lebih RM139 juta. Harapan saya ia akan memberi kepuasan kepada semua pihak dengan melihat sendiri pembinaan rumah tersebut.

Dengan itu pada masa akan datang, kita akan dapat mencari penyelesaian yang wajar kepada banyak lagi masalah perumahan yang tertangguh. Saya percaya semua rakyat inginkan kediaman yang selesa untuk keluarga kita. Jika kita mengambil tahu sedikit sebanyak persoalan psikologi dan sosiologi, kita akan tahu bagaimana tempat tinggal mempunyai peranan signifikan kepada kualiti hidup manusia.

Beliau juga mengharapkan agar rakyat yang bakal menerima rumah ini tidak akan menjualkan kepada orang lain kerana katanya “bukan begitu mudah untuk kita memperolehi kediaman yang selesa dengan harga yang begitu murah RM99 ribu seunit untuk rumah jenis berkembar satu tingkat. Dimensi 30 kaki kali 73 kaki yang lengkap dengan 3 bilik tidur dengan keluasan binaan 850 kaki persegi dan sebahagainnya dibiayai oleh PKNS sebanyak RM79 juta. Namunpun begitu jika penduduk disini ingin menjual juga saya dan pihak PKNS tidak menghalang sama sekali tetapi perlu membuat kajian terlebih dahulu untung dan ruginya”.

Sementara itu pula Ybhg Tuan Othman Bin Omar, Pengurus Besar PKNS pula melahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada MB Selangor yang telah Berjaya menyelesaikan masalah penduduk Bukit Botak setelah selama 20thn gagal dilunaskan oleh Kerajaan dahulu. Kos keseluruhan projek ini berjumlah RM216 juta dan daripada jumlah itu RM79 juta akan ditanggung oleh pihak kami (PKNS).

Katanya, “sebagai pemaju yang prihatin kita mengutamakan kesejanteraan rakyat Selangor. Sumbangan PKNS bagi projek sebegini akan menjadi tanggungajwab sosial korporatnya yang berterusan. Atas dasar tidak mahu membebankan rakyat, pihak kami sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk membeli semula unit rumah pada harga sehingga RM170 ribu seunit. Keuntungan atau pulangan segera (instatant profit) berjumlah RM71 ribu diperolehi oleh para pemilik yang berniat untuk menjual balik unit mereka. Ini adalah tawaran oleh PKNS kepada pemilik rumah yang tidak ada pemaju lain menawarkan keuntungan segera seperti ini”.

Setakat ini kerja-kerja pembinaan berjalan dengan begitu lancar sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun ada juga masalah seperti isu pemilihan tanah, lot-lot yang telah hilang dan sebagainya. Katanya, setakat ini sebanyak 31% kemajuan kerja tapak telah di laksanakan bagi memastikan projek ini siap menjelang tahun hadapan.

Bagi memastikan pembinaan berjalan dengan lancar mengikut jadual, pembangunan telah dibahagikan kepada 6 fasa dan sehingga kini 4 fasa telah mendahului pembinaan yang ditetapkan.

Insya-ALLAH saya yakin penempatan semula di Bukit Botak ini akan berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan penyediaan kawasan yang lebih baik seperti dengan menyediakan 2 tapak surau, 1 tapak tadika, 1 tapak dewan orang ramai serta juga kawasan lapang untuk kemudahan riadah yang merangkumi kawasan seluas 6 ekar. Insya-ALLAH PKNS akan terus berusaha dengan memberikan yang terbaik untuk rakyat Negeri Selangor, katanya dalam ucapan aluan.

Majlis perasmian rumah contoh telah dilaksanakan oleh Dato’ Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid B. Ibrahim dengan diiringi oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Hj Mohamad Khusrin B. Hj Munawi, Exco Kerajaan Negeri Selangorm Ybg Tn Iskandar B. Adul Samad, Ahli Parlimen Selayang Yb. William Leong, Ahli Parlimen Gombak Ybg Tn Azmin Ali, Penolog Pegawai Daerah Tanah Gombak, En. Syukri Mohd Hamin, Timbalan Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengarah UPEN, YDP MPS Dato’ Hj Zainal Abidin Azim.

Disamping itu juga majlis tersebut diadakan Sambutan Hari Ibu oleh PKNS dengan Kerjasama Kerajaan PR Selangor bagi meraikan kaum-kaum ibu sempena Hari Ibu. 3 perwakilan yang terdiri kaum Melayu, India dan cina telah tampil kehadapan bersama saf piminan untuk memotong kek bersama.

Editor Khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI