Tuesday, October 13, 2009

Pemuda Gombak Dipukul, Buat Laporan Polis


Pemuda Gombak Dipukul, Buat Laporan Polis


Bagan Pinang – Seorang pemuda PAS Gombak, Sdra Abu Said Elias membuat laporan polis ekoran insiden beliau dan beberapa rakannya dipukul oleh pemuda Umno di Markaz Pemuda PAS Pusat.

Laporan polis ini turut dibuat liputan di laman web berita alternatif Malaysiakini.com dihttp://malaysiakini.com/news/114628.

Dalam insiden berkenaan, pemuda Umno berjumlah kira-kira 150 orang menyerang Markaz Pemuda PAS Pusat, jam 2.30 pagi.

Ketika itu delegasi rombongan Pemuda PAS Gombak baru tiba untuk bersiap-siap untuk bertugas memasang bendera di UPU Ladang Bradwall.

Insiden berkenaan menyebabkan gerak kerja Pemuda PAS Gombak terbengkalai.

dalam laporan polis yang dibuat oleh Sdra Abu Said, beliau menuju ke markas di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson bersama tiga rakannya setelah menerima panggilan daripada seorang lagi rakannya yang mengatakan bilik gerakan tersebut diserang oleh penyokong BN.

“Saya bersama tiga orang kawan saya iaitu Mohammad Azwan, Mohd Aafiffuddin dan Ahmad Izzuddin menuju ke lokasi disebutkan menggunakan kereta,” kata Sdra Abu Said dalam aduannya.

Tambahnya, berdasarkan aduan tersebut yang dibuat kira-kira setengah jam selepas kejadian, keempat-empat mereka telah dihalang oleh sekumpulan penyokong BN sebelum sampai ke lokasi berkenaan.

“Dalam keadaan tidak terkawal, saya dan rakan-rakan telah dipukul oleh kumpulan tersebut dan menyebabkan beberapa bahagian badan kami semua sakit,” kata Sdra Abu Said.

Dalam waktu yang sama juga, beberapa markaz PAS lain turut diserang oleh Pemuda Umno yang semakin terdesak untuk memperoleh kemenangan di dalam PRK kali ini selepas mereka kalah dalam 7 PRK daripada 8 PRK lalu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan melayari blog PemudaGombak.com. Blog ini diselenggara olehDewan Pemuda PAS Kawasan Gombak. Jika ada sebarang maklumbalas atau respon, isi rung komen di bawah atau hantarkan emel kepada kami PemudaGombak.com[@]gmail.com.

Jika saudara ingin menjadi ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak, boleh isikan hantarkan maklumat diri anda kepada kami melalui borang ini. Saudara/i juga digalakkan untuk menyebarluaskan sebarang tulisan di sini dengan merujuk kepada blog ini sebagai sumbernya untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan.

Kepada saudara/i yang dermawan, sumbangan wang dan derma bolehlah disalurkan ke akaun Maybank Bhd 562405504325 atas nama "Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak". Terima Kasih.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI