Friday, January 15, 2010

Yang sakit diziarahi - Khatifah Zamani Ahli Majlis, MPS


Gombak - Didalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis, MPS Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong masih mempunyai waktu utuk menziarahi Pn. Rohayati Hashim yang merupakan muslimat veteran PAS di Kaw. Gombak. Walaupun beliau telah berusia tetapi masih aktif dalam gerakan jemaah PAS. Beliau seisi keluarga telah mengalami musibah kemalangan di Temerloh Pahang baru-Baru ini.


Lawatan Ziarah oleh Ahli Majlis, MPS yang diiringi oleh Pn. Dr. Azimah bersama AJK Dewan Muslimat PAS Kaw. Gombak terhadap Pn. Rohayati Hashim sekeluarga di HUKM, Cheras. Beliau mengalami kecederaan patah kaki yang serius. Manakala suami beliau telah pulang kerahmatuallah ditempat kejadian dan anak sulong beliau mengalami cedera parah.



Kunjungan daripada sahabat-sahabat yang terdiri daripada muslimat PAS Kaw. Gombak tidak putus arus apabila menerima berita kemalangan yang berlaku keatas diri beliau sekeluarga. Ketibaan sahabat-sahabat seperjuangan yang menziarahi beliau tetap disambut dengan senyuman meskipun jelas kelihatan beliau begitu lemah. Setiap orang yang menziarahi beliau pasti amat terharu apabila mendengar segala kata-kata beliau dimana dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau masih lagi memikirkan kekuasaan & kebesaran ALLAH swt mengenai ilmu perubatan yang kini semakin canggih lebih-lebih lagi apabila kulit kaki beliau hanya akan ditampal sahaja kalau hendak dibandingkan zaman dulu. Beliau berkata lagi bahawa terlalu bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Begitulah semangat yang ada dalam diri beliau walaupun seisi keluarga ditimpa musibah namun beliau mempunyai semangat kental dan masih lagi boleh berfikir secara positif.



Pn. Khatifah berkata setelah melihat diri Pn Rohayati yang terlantar dalam Hospital beliau begitu kagum dengan semangat dan kekuatan jiwa yang ada pada diri sahabatnya. Sebagai sahabat seperjuangan beliau merasa berat mata memandang menyaksikan musibah yang menimpa Pn Rohayati sekeluarga. Kalau iman tidak kuat pasti ada yang tidak redha dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi apabila dalam masa yang sama kita kehilangan suami. Hanya doa kami panjatkan agar beliau dikurniakan kekuatan iman dan sabar dalam hadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI