Wednesday, June 11, 2014

Pendapatan RM4,000 sebulan setiap keluarga boleh dilaksanakan


 

Ahmad Maslan gagal bagi jawapan meyakinkan- Skandal Bank Rakyat



KUALA LUMPUR, 12 JUN: Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berhubung skandal Bank Rakyat yang membabitkan ahli perniagaan bukan sahaja tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi turut menimbulkan banyak pertanyaan.
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, berkata jawapan Ahmad tidak dijelaskan secara menyeluruh terutama kenapa bank tidak memerlukan keuntungan dalam urusan pinjaman yang diberikan.
“Kalau urusan pinjaman tetapi bayaran balik tidak memerlukan keuntungan, ia adalah satu yang gagal dilakukan bank. Ini menunjukkan bank memberi pinjaman tanpa memikirkan keuntungan kerana dalam setiap urusan intitusi itu perlu memikirkan pendeposit dan mereka ada hak dalam setiap pelaburan,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.
bank rakyat
Ahmad ketika penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 berkata, ia menjadi prosedur biasa kepada sesebuah bank untuk mendapat balik pinjaman yang dikategorikan kepada Pinjaman Tidak Berbayar ‘Non Performing Loan’ (NPL)

Katanya, bank mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan balik duit yang dipinjamkan bagi mengelakkan kerugian dan keputusan bayaran balik tanpa faedah adalah keputusan terbaik daripada bank.
Pada masa sama, Hanipa yang turut mempersoalkan perkara itu ditimbulkan sekian lama, namun sehingga kini Bank Rakyat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Kita juga hairan kenapa Deepak Jaikishnan begitu kebal dan istimewa apabila beliau diberikan keistimewaan walaupun sebelum ini banyak pendedahan dilakukannya membabitkan pimpinan tertinggi negara.
“Yang pasti jawapan menteri itu tidak menyakinkan, hanya sekadar menjawab bukannya menepati persoalan yang timbul,” katanya.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika perbahasan bagi RUU Perbekalan Tambahan 2014 turut mempersoalkan pendedahan yang dilakukan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang dipecat kerana tidak setuju dengan arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sri Hasan Malek berhubung penyelesaian hutang RM32 juta.
hanipa maidin
Ahmad yang menjawab persoalan itu memberitahu dakwaan berkenaan tidak benar, selain menyatakan Sabbaruddin turut memberitahu kenyataannya sudah diputar belit media pembangkang.

Selain itu, beliau turut menjelaskan campur tangan menteri dalam urusan Bank Rakyat turut mendapat penafian daripada menteri terbabit.
“Tidak timbul bayaran yang sama seperti yang dipinjam, kita sudah campur semua. Jika ada individu kata begitu, dia sebenarnya keliru.
“Cek tertunda tarikh itu tiada masalah sebaliknya dia bayar. Kononnya menteri campurtangan itu tidak ada, saya sudah tanya menteri dan beliau sedia disiasat,” katanya.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI