Friday, February 12, 2010

Liwat ....Boleh Percaya Atau Tidak ?

gegaran isu politik Malaysia

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

  • Beraqal
  • Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah. ) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

Sekian, ana terus mencari maklumat utk kita mendalami kes DSAI yanng telah dianyai oleh org2 yg tidak bertanggungjwb.. semoga kita tidak mudah membuat tafsiran dgn berbagi propaganda yg dimainkan oleh UMNO.. moga keadilan dan doa org yg teranayai didengari oleh ALLAH swt, insya-ALLAH..

ana copy paste posting ini daripada blog Ut. AlFadhil Zaharuddin Abd Rahman..

DIHIGHLIGHT KEMBALI ARTIKEL ALAM INI DISEBABKAN KEHNAGATAN ISU INI DI KETIKA INI. ( ulang siar pada4 Feb 2010)


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Gelombang REFORMASI BERPUTIK KEMBALI.. RAKYAT BANGKIT & LAWAN





Alhamdulilah dipanjat kesyukuran masih dpt meneruskan kehidupan ini.. smlm merupakan hari yg penat jg dibuatnya.. blk keje.. siap2 solat, terus siapkan puteri nor ilyana (Anak buah le) ana sorg ni.. bawa ke masjid.. utk yasin hajat di masjid...

Ptg smlm ana, & beberapa shbt dh berpakat utk gempur ceramah yg akan diadakan di Dwn Siantan utk buat liputan akhbar...


Ana ajak le mslmt cawangan ana yg lain.. honey.. erm..mcm biasa le terlalu penat.. dah pancit.. so.. ana tak paksa le.. sure emak, abah dan hubby dia dah g..

ana & klick wartawan yg selalu bersama konvoi.. dh janji tunggu di masjid amaniah.. tapi nak keluar dpd rumah ana pun..masya-allah terlalu jamed.. ana tawakal pd allah moga hasrat utk ke medan pertempuran disana akan tercapai.. kalu ikut mmg ana pun dah pancit.. tp tak tahule mana dtgnya roh mujahidah ini.. diberi kan juga kekuatan utk teruskan mujahadah..alhamdulilah..


9:30mlm jemaah masjid dah ramai blk semua dok berpakat g ceramah..ana masih tggu klick ana.. ala sure depa tersangkut..semua jln ke gombak pun dah jamed.. nana dgn mulut celotehnya asyik membebel.. mcm2 soalan.. tp skrg2nya tak le boring sementara menuggu shbt2..


Hampir 10 mlm baru kami berkumpul..ana tinggalkan kete ana.. shbt ana jemput ana di rumah.. setiba didewan..masya-allah sggh ana terkedu..ya-ALLAH rasa smgt reformasi thn 1999 kembali lagi, gelombang HIJAU dan REFORMASI bersatu.. terlalu sesak.. hampir2 jg ana & shbt ana acident..



Mamat yg bawa motor mata letak kepala lutut kot.. ana menjerit agar shbt ana berundur.. ana lari kedepan.. alhamdulilah lembahyung rhmt allah bersama kami... mlm tu ana pakai jubah hitam.. jln Gelap..bnyk jln tutup.. polis mcm biasa le.. mcm nak berperang.. geram pun ada...


Alhamdulilah.. ALLAH lindung ana & shbt..kalau tidak sure ana dah jadi arwah mlm td.. adakah dpt gelaran sbg syuhadah?? ya-ALLAH kalau bnr berlaku ana terlau bersyukur krn jln ini yg ana minta..mg hdp mati ana dlm keadaan husnul khatimah..dlm kebaikan.. dlm membantu memperjuangkan kebenaran dan membantu agama ALLAH.. insya-ALLAH... huhu.. teringat pula dan terbayang cerita Al Kisah Khaulah Al-Azwar.. tentu dia hebat orgnya dlm pertempuran..gelaran yg diberi oleh ALLAH pdnya...alamak..kalau ana nak ke situ terlalu berbeza.. yg ana bawa H/P dan peralatan kamera & recording.. alat2 wartawan.. huhu..sgh berbeza..


Tp tak pe le.. nama & lgkh perjuangannya mnjd idola ana dalam bermujahadah.. erm kalu ada anak pasti nama ini akan titipkan utknya..tapi sempatkah ana alami itu semua.. mgkn esk, mlm ni, atau sebentar lagi ana akan pergi meninggalkan semua insan2 yg ana syg.. :(


Setiba dipintu gerbang.. ana & shbt2 menanti YB Nizar, Dato' Anwar IBrahim (DSAI)..sgh rasa membakar smgt perjuangan..ketibaan beliau dpd jauh bertempik dgn REFORMASI DAN TAKBIR dpd semua pengunjung,..anak2 generasi muda dan warga emas bergelimpangan di perkarangan..





ALLAHUAKHBAR.. dihati ana menangis dgn apa yg berlaku..insan ini dianyai.. rakyat di m'sia mnjd mangsa keadaan oleh UMNO yg tidak bertanggungjawab.. hanya doa sering ana panjatkan moga ALLAH bebaskan beliau dan semua rakyat dpd kencaman org2 yg zalim... semoga rakyat terbuka mata dan berfikir waras utk mengambil tindakan sewajarnya utk sama2 keluar GARISAN masuk BULATAN...



Sepanjang ceramah berjln..ana & semua wartawan dihadapan.. shbt ana mgkn dah tak larat..duduk bersama org ramai.. tiba2 kami dimaklumkan pihak polis akan matikan pembesar suara dihadapan...



so hanya dewan sahaja berfungsi.. semua rakyat bertempik, rasa ketidakpuasan hati apa yg berlaku.. UMNO tahu jika MB Nizar, DSAI berucap pasti maklumat tersebar luas.. Rakyat ketandusan info utk mengetahui apa sebenarnya berlaku.. tetapi sifat mereka membuatkan rakyat menjadi benci & dendam yg amat sgt.. pastinya akan berlaku..janji ALLAH akan berlaku jg.. rakyat akan bangun & Lawan.. semoga kebenaran akan terbukti juga.. ayuh.. rapatkan saf.. kita BANGKIT & LAWAN..


Ayuh Dengarlah ucapan YB2 kita semua.. (i.ALLAH dlm proses upload..sabor noh.. hrp2 dpt upload...utksebarkan maklumat kpd rakyat utk menilai agar tidak tertipu dgn UMNO & media UMNO) kalau ini punya berduyun2 org dtg, dewan dipenuhi sampai keluar tak cukup tempat.. beribu puluhan org yg hadir dikatakan 100-200 rakyat yg hadir.. percayalah media sering membuat tafsiran yg meleset..jgn perbodohkan rakyat seperti mana org2 yg msh sokong UMNO telah dibodohkan oleh pimpinan mereka..


AYUH bangunlah... sedarlah... kita tanam dan kuburkan sedlm2nya parti BN & jentera UMNO sdlm2nya.. TAKBIR... ALLAHUAKHBAR...!!!

Bila dipanggil seruan Jihad terbuka semua pintu syurga sentiasa menanti anda..

HANCUR UMNO...

Pengumuman Gong Xi Fa cai buat warga Rakyat Cina..


Dikesempatan ini Y.B Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia dan Kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Ahli Majlis MPS, Zon11 & AJK JKP Zon 11 mengucapkan “Gong Xi Fa Cai” buat semua warga penduduk Gombak yang beragama Cina.



Semoga perayaan ini memberi kegembiraan kepada semua rakyat untuk bersama ahli keluarga. Dan Selamat bercuti buat semua rakyat m’sia.. Berhati-hati memandu untuk menuju ke Destinasi yang hendak ditujui.. Ingatlah keluarga TERSAYANG..



Sehubungan dengan itu, pejabat urusan PKM akan bercuti bermula 15-16hb Feb, 2010 dan akan beroperasi pada 17hb Feb, 2010 (Rabu) manakala pej Ahli Majlis MPS Zon 11 akan bermula bercuti pada 15-17 hb Feb, 2010 dan akan beroperasi semula pada 18hb Feb 2010. Harap Maklum;




Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI