Monday, March 25, 2013
Pakatan Rakyat Sedia Hadapi PRU13, Cabar Najib Segera Bubar Parlimen
Taman Melawati, Gombak : Kami sudah bersiap sedia hadapi PRU13, rasa tidak sabar untuk menghadapi pilihanraya umum yang mencabar ini. Kalau ikutkan daripada tahun lepas semua jentera pilihanraya Pakakatan Rakyat (PR) di peringkat kawasan telah lama bersedia. Cuma menanti pengumuman daripada Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang masih terkial-kial mencari waktu. Mungkin beliau tidak sanggup hadapi kenyataan bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan pentadbiran dan pimpinan, Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Untuk membuktikan PR sudah bersedia, saya percaya semua rakyat sedia maklum setiap kawasan dan negeri telah pun membuka bilik gerakan membuat persiapan pilihanraya umum. cawangan-cawangan di peringkat parti telah banyak di tubuhkan bagi memperkukuhkan kubu (PR). Setiap hari tanpa kira waktu bilik gerakan telah di penuhi petugas-petugas menjalankan tugas walaupun mereka penat menanti tarikh bubar parlimen yang menjadi teka teki sehingga kini.
Menurut beliau, baru-baru ini majlis penyerahan barang logistik pilihanraya oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah dihadiri lebih 600 petugas yang terdiri daripada petugas-petugas jentera Keadilan Gombak untuk membuat persiapan pilihanraya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Malam itu juga dihadiri petugas-petugas PAS, DAP bagi memberi sokongan sepenuhnya.
Amir berkata, tempoh untuk PM, Najib untuk mentadbir Negara sudah hampir selesai sewajarnya beliau perlu membuat pengumuman secepatnya agar rakyat Malaysia berhak memilih siapakah yang layak mengurus Negara ini lebih baik.
Pengumuman bubar parlimen yang diperlewatkan oleh Najib benar-benar mengecewakan rakyat dan ini menunjukkan betapa beliau bukan pemimpin yang "Gentelement". Sekiranya beliau pemimpin yang beribawa, “gentelement” sudah bersedia hadapi apa juga keadaan sewajarnya bubar parlimen dengan segera paling lewat pada April ini.
Justeru kami mendesak agar PM, Najib sambut cabaran Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia untuk segera bubar parlimen, tutupkan segala teka teki bubar parlimen, ujarnya kepada wartawan apabila ditanya status persiapan untuk hadapi PRU13 di ibu pejabat Parlimen Gombak, Taman Melawati, disini baru-baru ini.
Editor : Khaulah Azwar
Sunday, March 24, 2013
Bayaran Premium Notis 5A Kampung Indian Settlement 72 Selesai, 5 Masih belum Bayar Premium
Batu caves : Pemberian milikan
tanah (Notis 5A) kepada 77 penduduk Kampung Indian settlement telah lama
selesai dan kebanyakan daripada penduduk disitu telah membuat bayaran premium
yang telah di tetapkan mengikut prosedur, kata AhlI Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.
![]() |
| Amiruddin mengiri warga emas program Jom Shoping |
“Dalam tempoh hampir 4 tahun
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor isu pemberian notis
kepada kaum Indian settlement telah selesai
walaupun terdapat berbagai provokasi daripada UMNO-BN untuk menghalang
pemberian tersebut kepada penduduk di sini ketika ingin menyerahkan notis
premium tersebut pada sesi 2011.
Setelah kita serahkan notis 5A
kepada penduduk ramai diantara mereka telah membuat bayaran cuma saya
difahamkan hanya terdapat lima keluarga yang masih belum membuat bayaran
premium berkenaan walaupun kadar premium diberikan adalah rendah. Mungkin
mereka ada masalah tersendiri.
Namun saya akan siasat perkara ini kepada pihak
berwajib untuk mengatasi masalah lima penduduk yang masih belum menyelesaikan
bayaran tersebut”,ujar Amiruddin kepada pemberita apabila diminta mengulas status pembayaran
premium untuk kaum india dalam Program Jom Shoping di Pasaraya Giant, Batu
Caves disini, baru-baru ini.
Menurut Amiruddin, terdahulu 1990
sebanyak 14 lot tanah telah diluluskan oleh UMNO dan pada awal 1980-an sebanyak
35 lot juga diluluskan oleh UMNO. Pemberian tanah tersebut kepada penduduk
tidak sama rata sehingga tercetus perselisihan faham antara penduduk. Pemberian
tanah tersebut ibarat pilih bulu dan parti.
“Ada yang tidak patut menerima
diberikan semata-mata kepentingan peribadi mereka, tetapi bagi yang layak
menerima di pinggirkan. Segala kebajikan penduduk kaum Indian settlement disini
tidak dipedulikan. UMNO –BN gagal atasi menyelesaikan masalah lot tanah
tersebut dengan baik”, jelas Amiruddin.
Editor : Khaulah
Azwar
http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1748:77-orang-masyarakat-india-gombak-dapat-geran-tanah&catid=102:berita-kiri&Itemid=507
http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1748:77-orang-masyarakat-india-gombak-dapat-geran-tanah&catid=102:berita-kiri&Itemid=507
Saturday, March 23, 2013
Yang berjuang hak dihukum, yang ganas biadap dibiar
SEKUMPULAN mahasiswa memacak khemah di depan pintu gerbang Angkasapuri, Kuala Lumpur menuntut mahu berdebat dengan Perdana Menteri pada Jumaat 22 Mac lalu. Keberanian mereka menuntut hak dalam ruang demokrasi dibalas dengan tindakan polis mengheret mereka ke lokap.
Mereka yang sekadar berhimpun di sana tanpa membawa sebarang senjata dan dengan niat melawan kezaliman pemerintah diperlakukan seperti penjenayah. Diseret ke tanah, digari dan dibawa ke rumah pasung.
![]() |
| Berjuang ertinya akan terkorban, namun syurga menanti kita. |
Pihak keselamatan begitu tangkas menangkap anak mahasiswa ini. Namun amat mengecewakan apabila mereka hanya berani dengan anak muda yang tidak punya banyak kekuatan atau daya upaya.
Pilih kasih?
Apabila samseng upahan UMNO melakukan keganasan, pihak keselamatan hanya sekadar menonton dari tepi jalan.
Sudah berapa kali bas jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan batu, telur dan cat. Mana dia tindakan tangkas pihak keselematan ke atas petualang yang jelas melanggar undang-undang ini?
Lihat pula bagaimana Komtar yang menjadi pusat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diserang bertubi-tubi saban minggu, pintu kaca ditendang terajang dengan dilempar pelbagai ugutan dan ancaman. Mana dia ketangkasan pihak keselamatan?
Pencacai UMNO akan terus berkelakuan seperti beruk, dan kebiadaban mereka itu akan berterusan selagi pihak keselamatan tidak berani bertindak. Mungkin mereka fikir UMNO akan terus berkuasa sesudah pilihan raya umum akan datang.
Biadap ganas pecacai UMNO
Keegoan UMNO ini mesti diajar, seperti mengajar anak kecil yang biadab. Ada kalanya boleh dipujuk, boleh dibawa berunding. Namun ada kalanya juga perlu bertegas, dan dicubit supaya menyedari kedudukannya sebagai pekerja rakyat Malaysia.
Masalah UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menyedari tarafnya sebagai pekerja rakyat dan menyangka dirinya tuan di bumi ini hanya boleh diajar dan dibetulkan melalui kotak undi. Mereka harus dimalukan dengan kekalahan, sepertimana yang terjadi kepada mereka ini ketika pilihan raya umum lalu.
Kita menolak UMNO dan BN kerana parti ini terlalu lama menyangka dirinya tuan dan menjadi begitu angkuh dan rosak sehingga tidak boleh lagi diperelok perangainya yang hodoh itu.
Ubah untuk kebaikan kita semua
Begitu buruk sekali perangai UMNO, hatta sehingga ke hari ini mash lagi cuba memperbodohkan rakyat di ambang nyawanya hampir terputus daripada badan.
Lihat sahaja bagaimana sang Perdana Menteri melengah-lengahkan pembubaran Parlimen, meski beliau dengan bongkak dan sombong mengakui sokongan rakyat sudah kembali berpihak kepadanya.
Mungkin kerana dia bijak dengan prokovasi jahat macai-macainya dan juga tindakan ganas samsengnya yang sering membuat rakyat naik darah.
Ini fakta dan kenyataan yang harus kita terima dan tidak boleh kita nafikan. Cumanya sebagai manusia yang punya akal waras, kita masih boleh bersabar; dan dalam hati mengulang sebut ‘Tuhan maha adil. Yang baik mendapat reda,yang jahat terima hukuman”.
Sekadar berdoa saja tentunya tidak cukup tanpa usaha. Jika kita sudah tidak tahan lagi dengan kebiadapan, keganasan dan keberukan yang amat memalukan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, jawapannya satu saja: Ubah sekarang, bersihkan Malaysia. –
TURAP JALAN SRI AL-HUDA BAKAL SELESAI, PKM DUN GOMBAK SETIA
Gombak : Seramai lebih 600
pelajar dan kakitangan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Huda, Gombak menghadapi
kesulitan untuk memasuki kawasan sekolah terutama musim hujan berikutan
jalanraya menuju ke sekolah mengalami kerosakan yang teruk, kata Pengetua SRI Al-Huda,
Hajah Surayah Hj Sarin.
| Pengetua SRI Al-Huda, Surayah bersama Rusnani menunjuk jalan yang tidak di turap |
Beliau berkata, walaupun sekolah
SRI Al-Huda adalah sekolah swasta yang dikenakan bayaran yuran namun ia bukan
untuk komersial. Matlamat utama adalah memastikan misi visi sekolah melahirkan insan
yang Berjaya dunia akhirat tercapai.
Menurut Surayah, aduan kerosakan
jalanraya menuju sekolah berukuran 100
meter itu telah di usulkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada bulan Januari,
2013 namun sehingga ke hari ini tiada maklum balas diterima.
Ujarnya, setiap pagi lebih
seratus ahli keluarga akan menggunakan jalan itu menghantar anak-anak dan ia
menjadi sukar apabila kawasan ini menjadi banjir akibat jalan yang tidak berturap
dan dinaiktaraf.
Kerap juga pelajar mengalami kecederaan apabila mereka melalui
jalan yang terdapat lubang besar terutamanya apabila diadakan aktiviti sekolah
waktu malam. Kenderaan ibubapa juga sering mengalami kerosakan apabila melalui
jalanraya tersebut.
Justeru, saya amat berharap pihak
berwajib dapat mengambil perhatian dengan permohonan penurapan jalan yang telah
dimohon untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya terutamanya semua
pelajar SRI Al-Huda, disini, katanya.
Rusnani Nasir, ibu pelajar SRI
Al-Huda pula berharap pihak berwajib dapat menyegerakan kerja-kerja menaiktaraf
jalan SRI -AlHuda demi keselamatan anak-anak dan warga SRI Al-Huda.
Sebelum ini jika hujan lebat akan
berlaku banjir kerana tiada saluran perparitan dilakukan.Saliran yang dibina
oleh penduduk setempat seramai sembilan buah ahli keluarga tidak bersesuaian
mengikut perspektif pembinaan jalanraya.
Menurutnya, Jalanraya yang digunakan pengguna warga Al-Huda sudah
sekian lama tidak dinaiktaraf sehingga berlopak. Apabila hujan pelajar akan
memasuki kelas dengan keadaan berlumpur dan sekaligus tidak beri keselesaan kepada pelajar.
Beliau menambah, justeru dengan
keadaan yang tidak selesa ini dan alasan yang diberikan oleh MPS menyatakan
tiada peruntukan saya akan usulkan isu ini kepada Pusat Khidmat Masyarakat
(PKM) DUN Gombak Setia dan Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk
tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Pengelola SRI –Al-Huda
Dr Amran Mohamad yang hadir meraikan lawatan turun padang oleh Kakitangan PKM
DUN Gombak Setia petang semalam berkata, sekolah SRI Al-Huda dibina semenjak 1989 adalah tanah
persendirian dimana terdapat sembilan buah keluarga yang menetap disini.
Sepanjang sekolah ditubuhkan kita
tidak pernah mendapat peruntukan daripada pihak berwajib untuk membantu
menaiktaraf sekolah. Seumpama sekolah agama dipinggirkan.
Justeru, ekoran dengan berbagai
aduan diterima dalam mesyuarat PIBG Sekolah baru-baru ini, saya amat berharap
agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera untuk keselamatan pelajar,
katanya.
Ramli Talib, Pegawai Khas
Penyelaras DUN Gombak Setia pula berkata, pihak sekolah dinasihatkan agar
sebarang aduan kerosakan, permohanan pendidikan hendklah di usul ke Pusat
Kh
| PKM DUN Gombak melawat tapak jalan atasi isu jalan SRI Al-Huda |
idmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.
Sekiranya mereka tidak
berkesempatan untuk berurusan dengan Pusat Khidmat, aduan teresbut boleh di
usulkan kepada Ketua Kampung Sungai Chincin, Khazari Mat, Ahli Majlis MPS Zon
6, Zailah Kamaruddin.
Dibawah pengurusan kerajaan
Pakatan Rakyat (PR), semua oraganisasi yang telah dilantik oleh kerajaan Selangor
berperanan untuk membantu rakyat tanpa kira perkauman dan kefahaman politik.
Hasil kerajaan negeri akan diagihkan kepada rakyat, cuma sekolah sewajarnya
peka dengan bantuan-bantuan diberikan dan seharusnya merebut peluang tersebut,
katanya.
Menurutnya, isu penurapan jalan
yang baru di terima akan diselesaikan
dalam masa terdekat dengan perbincangan bersama oleh pihak berwajib,
Hadir sama lawatan turun padang, Ketua Kampung
Sungai Chincin, Nazir Masjid Zon Gombak, Setiausaha Ahli Majlis MPS Zon 6,
kakitangan PKM DUN Gombak Setia.
Editor : Khaulah Azwar
PKM DUN Gombak Sumbang Manhole Sump Parit Keselematan Pelajar
Gombak : Lega, hilang rasa
kebimbangan di hati ibubapa pelajar dan pihak Sekolah Rendah Islam (SRI)
Al-Huda apabila masalah kehilangan
beberapa penutup parit lubang (manhole) disepanjang Batu Gombak 8 telah diatasi oleh Pusat Khidmat
Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
| Lawatan manhole parit oleh PKM DUN Gombak. Lubang telah ditutup. |
Pengetuanya Surayah Hj Sarin
berkata, pihak kami mengucap ribuan terima kasih kepada pihak PKM DUN Gombak
Setia dan Ahli Parlimen Gombak yang telah membuat tindakan drastik demi
keselematan pengguna terutamanya pelajar.
Laporan aduan kehilangan penutup
lubang parit tersebut telah kita buat selama enam bulan kepada pihak Jabatan
Kerjaraya (JKR) Gombak pada Oktober, 2012 namun menjadi satu kekecewaan kepada
pihak sekolah apabila mereka memberi berbagai alasan antaranya tidak mempunyai
peruntukan untuk membeli peralatan tersebut sehingga kini.
Kami amat merasa bimbang dengan
keselamatan pelajar yang bukan hanya seramai lebih 500 ratus pelajar SRI Al-Huda
bahkan pelajar-pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, juga sering
menunggu ibubapa dan ahli keluarga disini terutamanya waktu persekolahan yang
bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang, ujarnya.
Menurut Surayah, lubang sebesar
enam kaki dan dua belas inci dalam itu
boleh memuatkan seramai sepuluh pelajar jika mereka terjatuh bermain disitu.
Tambahnya lagi, apabila penutup
lubang tersebut telah hilang kita dapati
banyak sampah sarap berada dalam lubang berkenaan dan tidak memberi keselesaan kepada pihak
sekolah kerana berbau busuk yang sekaligus memberi pencemaran kepada kami .
Justeru, pihak kami berharap demi
keselematan pelajar pihak berwajib
hendaklah memikirkan inisatif lain untuk atasi masalah ini dengan sebaikny,
katanya kepada pemberita di Ibupejabat SRI Al-Huda, Gombak petang semalam.
![]() |
| Pelajar SRI Alhuda yang sering menunggu ibubapa disini. Keselamtan tergugat |
Sementara itu, Rusnani Nasir ibu
kepada dua anaknya yang menuntut di sekolah berkenaan melahirkan rasa syukur
apabila kemelut yang dihadapi pihak sekolah dan kebimbangan ibubapa dapat diatasi
dengan segera oleh PKM DUN Gombak Setia.
Beliau berkata, sebelum ini puas
kita buat aduan kepada JKR Daerah Gombak, kemudian mereka usul masalah ini
kepada JKR Selangor. Namun tiada jalan penyelesaian yang terbaik.
Dalam maklum balas aduan
diberikan oleh JKR, mereka menyatakan sebahagian longkang di laluan FT068 telah
digantikan dengan menutup longkang konkrit dan masih ada kawasan yang tidak
dapat di tutup kerana kenkangan kewangan.
Walaubagaimanapun mereka berjanji
akan berusaha untuk mengambil tindakan awal dengan menyediakan penutup
sementara namun sehingga sesi awal persekolah 2013 dibuka masalah tersebut
tidak selesai.
Apa yang dihadapi pihak sekolah dan sebagai
ibu sudah pasti saya rasa bimbang dengan keselamatan anak-anak SRI Al-Huda disini, katanya.
Menurutnya, akhirnya keputusan
telah dibuat sendiri dengan membuat aduan kepada PKM Dun Gombak Setia, dan Ahli
Parlimen Gombak untuk atasi isu tersebut.
Kata Rusnani, saya tiada pilihan
lain setelah melihat suasana yang tidak menyeronokkan kepada semua pengguna
terutama pelajar-elajar disini sebelum terjadi perkara yang tidak diingini maka
saya sewajarnya buat tindakan drastik dengan buat permhonan kepada pihak PKM
DUN Gombak Setia.
Alhamdulilah proses untuk
permohonan tersebut tidak sampai sehari dilakukan akhirnya jam 1 tengahari
masalah yang kami hadapi telah selesai apabila mereka menutup lubang berkenaan.
Besar harapan saya harap penutup
lubang kekal dengan menggunakan besi
disediakan untuk keselamatan pelajar dalam jangka masa panjang oleh pihak
berwajib, dan kecurian penutup lubang tidak akan berlaku lagi. Terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu atasi isu ini, kata Rusnani.
Sehubungan itu, Ramli Talib Pegawai Khas Penyelaras DUN
Gombak Setia pula berkata, apa juga masalah yang di hadapi oleh masyarakat atau
pihak sekolah sewajarnya hendaklah di maklumkan kepada pihak Pusat Khidmat
setempat.
| Kesal apabila manhole sump di rosak oleh pihak tidak bertanggungjawab |
Insya-Allah kerajaan negeri
Selangor dibawah pengurusan Pakatan Rakyat (PR) telah menyediakan peruntukan
yang bukan sekadar untuk pendidikan bahkan berbagai lagi.
Peruntukan untuk menaiktaraf
jalan, infrastruktur sekolah memang disediakan setiap sekolah tanpa kira parti
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Namun begitu, menjadi satu
kesalan pada kami apabila penutup lubang yang baru di tutup telah dipecah oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan keselamatan pengguna. Maka
dengan itu, kami berharap sekiranya masyarakat nampak kegiatan yang tidak sihat
dilakukan oleh pihak berkenaan perlulah buat aduan dengan mengambil foto mereka
untuk tindakan kami dengan segera, kata
Ramli.
Editor : Khaulah Azwar
Monday, March 18, 2013
ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO
Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.
11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung
12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?
13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.
14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.
15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......
16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)





