Sunday, March 24, 2013

Bayaran Premium Notis 5A Kampung Indian Settlement 72 Selesai, 5 Masih belum Bayar Premium



Batu caves : Pemberian milikan tanah (Notis 5A) kepada 77 penduduk Kampung Indian settlement telah lama selesai dan kebanyakan daripada penduduk disitu telah membuat bayaran premium yang telah di tetapkan mengikut prosedur, kata AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.
Amiruddin mengiri warga emas program Jom Shoping

“Dalam tempoh hampir 4 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor isu pemberian notis kepada kaum Indian settlement telah selesai  walaupun terdapat berbagai provokasi daripada UMNO-BN untuk menghalang pemberian tersebut kepada penduduk di sini ketika ingin menyerahkan notis premium tersebut pada sesi 2011.

Setelah kita serahkan notis 5A kepada penduduk ramai diantara mereka telah membuat bayaran cuma saya difahamkan hanya terdapat lima keluarga yang masih belum membuat bayaran premium berkenaan walaupun kadar premium diberikan adalah rendah. Mungkin mereka ada masalah tersendiri. 

Namun saya akan siasat perkara ini kepada pihak berwajib untuk mengatasi masalah lima penduduk yang masih belum menyelesaikan bayaran tersebut”,ujar Amiruddin kepada pemberita  apabila diminta mengulas status pembayaran premium untuk kaum india dalam Program Jom Shoping di Pasaraya Giant, Batu Caves disini, baru-baru ini.

Menurut Amiruddin, terdahulu 1990 sebanyak 14 lot tanah telah diluluskan oleh UMNO dan pada awal 1980-an sebanyak 35 lot juga diluluskan oleh UMNO. Pemberian tanah tersebut kepada penduduk tidak sama rata sehingga tercetus perselisihan faham antara penduduk. Pemberian tanah tersebut ibarat pilih bulu dan parti.

“Ada yang tidak patut menerima diberikan semata-mata kepentingan peribadi mereka, tetapi bagi yang layak menerima di pinggirkan. Segala kebajikan penduduk kaum Indian settlement disini tidak dipedulikan. UMNO –BN gagal atasi menyelesaikan masalah lot tanah tersebut dengan baik”, jelas Amiruddin.   

 Editor : Khaulah Azwar

http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1748:77-orang-masyarakat-india-gombak-dapat-geran-tanah&catid=102:berita-kiri&Itemid=507

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI