Saturday, March 23, 2013

TURAP JALAN SRI AL-HUDA BAKAL SELESAI, PKM DUN GOMBAK SETIA



Gombak : Seramai lebih 600 pelajar dan kakitangan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Huda, Gombak menghadapi kesulitan untuk memasuki kawasan sekolah terutama musim hujan berikutan jalanraya menuju ke sekolah mengalami kerosakan yang teruk, kata Pengetua SRI Al-Huda, Hajah Surayah Hj Sarin.
Pengetua SRI Al-Huda, Surayah bersama Rusnani menunjuk jalan yang tidak di turap

Beliau berkata, walaupun sekolah SRI Al-Huda adalah sekolah swasta yang dikenakan bayaran yuran namun ia bukan untuk komersial. Matlamat utama adalah memastikan misi visi sekolah melahirkan insan yang Berjaya dunia akhirat tercapai.

Menurut Surayah, aduan kerosakan jalanraya menuju sekolah  berukuran 100 meter itu telah di usulkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada bulan Januari, 2013 namun sehingga ke hari ini tiada maklum balas diterima.

Ujarnya, setiap pagi lebih seratus ahli keluarga akan menggunakan jalan itu menghantar anak-anak dan ia menjadi sukar apabila kawasan ini menjadi banjir akibat jalan yang tidak berturap dan dinaiktaraf.

Kerap juga pelajar  mengalami kecederaan apabila mereka melalui jalan yang terdapat lubang besar terutamanya apabila diadakan aktiviti sekolah waktu malam. Kenderaan ibubapa juga sering mengalami kerosakan apabila melalui jalanraya tersebut.

Justeru, saya amat berharap pihak berwajib dapat mengambil perhatian dengan permohonan penurapan jalan yang telah dimohon untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya terutamanya semua pelajar SRI Al-Huda, disini, katanya.

Rusnani Nasir, ibu pelajar SRI Al-Huda pula berharap pihak berwajib dapat menyegerakan kerja-kerja menaiktaraf jalan SRI -AlHuda demi keselamatan anak-anak dan warga SRI Al-Huda.

Sebelum ini jika hujan lebat akan berlaku banjir kerana tiada saluran perparitan dilakukan.Saliran yang dibina oleh penduduk setempat seramai sembilan buah ahli keluarga tidak bersesuaian mengikut perspektif pembinaan jalanraya.

Menurutnya,  Jalanraya  yang digunakan pengguna warga Al-Huda sudah sekian lama tidak dinaiktaraf sehingga berlopak. Apabila hujan pelajar akan memasuki kelas  dengan keadaan berlumpur  dan sekaligus tidak beri  keselesaan kepada pelajar.

Beliau menambah, justeru dengan keadaan yang tidak selesa ini dan alasan yang diberikan oleh MPS menyatakan tiada peruntukan saya akan usulkan isu ini kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dan Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Pengelola SRI –Al-Huda Dr Amran Mohamad yang hadir meraikan lawatan turun padang oleh Kakitangan PKM DUN Gombak Setia petang semalam berkata, sekolah  SRI Al-Huda dibina semenjak 1989 adalah tanah persendirian dimana terdapat sembilan buah keluarga yang menetap disini.

Sepanjang sekolah ditubuhkan kita tidak pernah mendapat peruntukan daripada pihak berwajib untuk membantu menaiktaraf sekolah. Seumpama sekolah agama dipinggirkan.

Justeru, ekoran dengan berbagai aduan diterima dalam mesyuarat PIBG Sekolah baru-baru ini, saya amat berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera untuk keselamatan pelajar, katanya.

Ramli Talib, Pegawai Khas Penyelaras DUN Gombak Setia pula berkata, pihak sekolah dinasihatkan agar sebarang aduan kerosakan, permohanan pendidikan hendklah di usul ke Pusat Kh
PKM DUN Gombak melawat tapak jalan atasi isu jalan SRI Al-Huda
idmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.

Sekiranya mereka tidak berkesempatan untuk berurusan dengan Pusat Khidmat, aduan teresbut boleh di usulkan kepada Ketua Kampung Sungai Chincin, Khazari Mat, Ahli Majlis MPS Zon 6, Zailah Kamaruddin.

Dibawah pengurusan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), semua oraganisasi yang telah dilantik oleh kerajaan Selangor berperanan untuk membantu rakyat tanpa kira perkauman dan kefahaman politik. Hasil kerajaan negeri akan diagihkan kepada rakyat, cuma sekolah sewajarnya peka dengan bantuan-bantuan diberikan dan seharusnya merebut peluang tersebut, katanya.

Menurutnya, isu penurapan jalan yang baru di terima akan  diselesaikan dalam masa terdekat dengan perbincangan bersama oleh pihak berwajib,

Hadir sama lawatan turun padang, Ketua Kampung Sungai Chincin, Nazir Masjid Zon Gombak, Setiausaha Ahli Majlis MPS Zon 6, kakitangan PKM DUN Gombak Setia.


Editor : Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI