Monday, March 25, 2013

Pakatan Rakyat Sedia Hadapi PRU13, Cabar Najib Segera Bubar Parlimen


Taman Melawati, Gombak : Kami sudah bersiap sedia hadapi PRU13, rasa tidak sabar untuk menghadapi pilihanraya umum yang mencabar ini. Kalau ikutkan daripada tahun lepas semua jentera pilihanraya Pakakatan Rakyat (PR) di peringkat kawasan telah lama bersedia. Cuma menanti pengumuman daripada Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang masih terkial-kial mencari waktu. Mungkin beliau tidak sanggup hadapi kenyataan bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan pentadbiran dan pimpinan,  Kata Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Untuk membuktikan PR sudah bersedia, saya percaya semua rakyat sedia maklum setiap kawasan dan negeri telah pun membuka bilik gerakan membuat persiapan pilihanraya umum. cawangan-cawangan di peringkat parti telah banyak di tubuhkan bagi memperkukuhkan kubu (PR).  Setiap hari tanpa kira waktu bilik gerakan telah di penuhi petugas-petugas menjalankan tugas walaupun mereka penat menanti tarikh bubar parlimen yang menjadi teka teki sehingga kini. 

Menurut beliau,  baru-baru ini majlis penyerahan barang logistik pilihanraya oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah dihadiri lebih 600 petugas yang terdiri daripada petugas-petugas jentera Keadilan Gombak untuk membuat persiapan pilihanraya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Malam itu juga dihadiri petugas-petugas PAS, DAP bagi memberi sokongan sepenuhnya.


Amir berkata, tempoh untuk PM, Najib untuk mentadbir Negara sudah hampir selesai sewajarnya beliau perlu membuat pengumuman secepatnya agar rakyat Malaysia berhak memilih siapakah yang layak mengurus Negara ini lebih baik.

Pengumuman bubar parlimen yang diperlewatkan oleh Najib benar-benar mengecewakan rakyat dan ini menunjukkan betapa beliau bukan pemimpin yang "Gentelement". Sekiranya beliau pemimpin yang beribawa, “gentelement” sudah bersedia hadapi apa juga keadaan sewajarnya bubar parlimen dengan segera paling lewat pada April ini.

Justeru kami mendesak agar PM, Najib sambut cabaran Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat  Malaysia untuk segera bubar parlimen, tutupkan segala teka teki bubar parlimen, ujarnya kepada wartawan apabila ditanya status persiapan untuk hadapi PRU13 di ibu pejabat Parlimen Gombak, Taman Melawati, disini baru-baru ini.



Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI