Gombak : Lega, hilang rasa
kebimbangan di hati ibubapa pelajar dan pihak Sekolah Rendah Islam (SRI)
Al-Huda apabila masalah kehilangan
beberapa penutup parit lubang (manhole) disepanjang Batu Gombak 8 telah diatasi oleh Pusat Khidmat
Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Lawatan manhole parit oleh PKM DUN Gombak. Lubang telah ditutup. |
Pengetuanya Surayah Hj Sarin
berkata, pihak kami mengucap ribuan terima kasih kepada pihak PKM DUN Gombak
Setia dan Ahli Parlimen Gombak yang telah membuat tindakan drastik demi
keselematan pengguna terutamanya pelajar.
Laporan aduan kehilangan penutup
lubang parit tersebut telah kita buat selama enam bulan kepada pihak Jabatan
Kerjaraya (JKR) Gombak pada Oktober, 2012 namun menjadi satu kekecewaan kepada
pihak sekolah apabila mereka memberi berbagai alasan antaranya tidak mempunyai
peruntukan untuk membeli peralatan tersebut sehingga kini.
Kami amat merasa bimbang dengan
keselamatan pelajar yang bukan hanya seramai lebih 500 ratus pelajar SRI Al-Huda
bahkan pelajar-pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, juga sering
menunggu ibubapa dan ahli keluarga disini terutamanya waktu persekolahan yang
bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang, ujarnya.
Menurut Surayah, lubang sebesar
enam kaki dan dua belas inci dalam itu
boleh memuatkan seramai sepuluh pelajar jika mereka terjatuh bermain disitu.
Tambahnya lagi, apabila penutup
lubang tersebut telah hilang kita dapati
banyak sampah sarap berada dalam lubang berkenaan dan tidak memberi keselesaan kepada pihak
sekolah kerana berbau busuk yang sekaligus memberi pencemaran kepada kami .
Justeru, pihak kami berharap demi
keselematan pelajar pihak berwajib
hendaklah memikirkan inisatif lain untuk atasi masalah ini dengan sebaikny,
katanya kepada pemberita di Ibupejabat SRI Al-Huda, Gombak petang semalam.
Pelajar SRI Alhuda yang sering menunggu ibubapa disini. Keselamtan tergugat |
Sementara itu, Rusnani Nasir ibu
kepada dua anaknya yang menuntut di sekolah berkenaan melahirkan rasa syukur
apabila kemelut yang dihadapi pihak sekolah dan kebimbangan ibubapa dapat diatasi
dengan segera oleh PKM DUN Gombak Setia.
Beliau berkata, sebelum ini puas
kita buat aduan kepada JKR Daerah Gombak, kemudian mereka usul masalah ini
kepada JKR Selangor. Namun tiada jalan penyelesaian yang terbaik.
Dalam maklum balas aduan
diberikan oleh JKR, mereka menyatakan sebahagian longkang di laluan FT068 telah
digantikan dengan menutup longkang konkrit dan masih ada kawasan yang tidak
dapat di tutup kerana kenkangan kewangan.
Walaubagaimanapun mereka berjanji
akan berusaha untuk mengambil tindakan awal dengan menyediakan penutup
sementara namun sehingga sesi awal persekolah 2013 dibuka masalah tersebut
tidak selesai.
Apa yang dihadapi pihak sekolah dan sebagai
ibu sudah pasti saya rasa bimbang dengan keselamatan anak-anak SRI Al-Huda disini, katanya.
Menurutnya, akhirnya keputusan
telah dibuat sendiri dengan membuat aduan kepada PKM Dun Gombak Setia, dan Ahli
Parlimen Gombak untuk atasi isu tersebut.
Kata Rusnani, saya tiada pilihan
lain setelah melihat suasana yang tidak menyeronokkan kepada semua pengguna
terutama pelajar-elajar disini sebelum terjadi perkara yang tidak diingini maka
saya sewajarnya buat tindakan drastik dengan buat permhonan kepada pihak PKM
DUN Gombak Setia.
Alhamdulilah proses untuk
permohonan tersebut tidak sampai sehari dilakukan akhirnya jam 1 tengahari
masalah yang kami hadapi telah selesai apabila mereka menutup lubang berkenaan.
Besar harapan saya harap penutup
lubang kekal dengan menggunakan besi
disediakan untuk keselamatan pelajar dalam jangka masa panjang oleh pihak
berwajib, dan kecurian penutup lubang tidak akan berlaku lagi. Terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu atasi isu ini, kata Rusnani.
Sehubungan itu, Ramli Talib Pegawai Khas Penyelaras DUN
Gombak Setia pula berkata, apa juga masalah yang di hadapi oleh masyarakat atau
pihak sekolah sewajarnya hendaklah di maklumkan kepada pihak Pusat Khidmat
setempat.
Kesal apabila manhole sump di rosak oleh pihak tidak bertanggungjawab |
Insya-Allah kerajaan negeri
Selangor dibawah pengurusan Pakatan Rakyat (PR) telah menyediakan peruntukan
yang bukan sekadar untuk pendidikan bahkan berbagai lagi.
Peruntukan untuk menaiktaraf
jalan, infrastruktur sekolah memang disediakan setiap sekolah tanpa kira parti
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Namun begitu, menjadi satu
kesalan pada kami apabila penutup lubang yang baru di tutup telah dipecah oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan keselamatan pengguna. Maka
dengan itu, kami berharap sekiranya masyarakat nampak kegiatan yang tidak sihat
dilakukan oleh pihak berkenaan perlulah buat aduan dengan mengambil foto mereka
untuk tindakan kami dengan segera, kata
Ramli.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment