Saturday, March 23, 2013

Yang berjuang hak dihukum, yang ganas biadap dibiar



SEKUMPULAN mahasiswa memacak khemah di depan pintu gerbang Angkasapuri, Kuala Lumpur menuntut mahu berdebat dengan Perdana Menteri pada Jumaat 22 Mac lalu. Keberanian mereka menuntut hak dalam ruang demokrasi dibalas dengan tindakan polis mengheret mereka ke lokap.

Mereka yang sekadar berhimpun di sana tanpa membawa sebarang senjata dan dengan niat melawan kezaliman pemerintah diperlakukan seperti penjenayah. Diseret ke tanah, digari dan dibawa ke rumah pasung.
Berjuang ertinya akan terkorban, namun syurga menanti kita.  

Pihak keselamatan begitu tangkas menangkap anak mahasiswa ini. Namun amat mengecewakan apabila mereka hanya berani dengan anak muda yang tidak punya banyak kekuatan atau daya upaya.

Pilih kasih?

Apabila samseng upahan UMNO melakukan keganasan, pihak keselamatan hanya sekadar menonton dari tepi jalan.

Sudah berapa kali bas jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan batu, telur dan cat. Mana dia tindakan tangkas pihak keselematan ke atas petualang yang jelas melanggar undang-undang ini?

Lihat pula bagaimana Komtar yang menjadi pusat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diserang bertubi-tubi saban minggu, pintu kaca ditendang terajang dengan dilempar pelbagai ugutan dan ancaman. Mana dia ketangkasan pihak keselamatan?

Pencacai UMNO akan terus berkelakuan seperti beruk, dan kebiadaban mereka itu akan berterusan selagi pihak keselamatan tidak berani bertindak. Mungkin mereka fikir UMNO akan terus berkuasa sesudah pilihan raya umum akan datang.

Biadap ganas pecacai UMNO

Keegoan UMNO ini mesti diajar, seperti mengajar anak kecil yang biadab. Ada kalanya boleh dipujuk, boleh dibawa berunding. Namun ada kalanya juga perlu bertegas, dan dicubit supaya menyedari kedudukannya sebagai pekerja rakyat Malaysia.

Masalah UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menyedari tarafnya sebagai pekerja rakyat dan menyangka dirinya tuan di bumi ini hanya boleh diajar dan dibetulkan melalui kotak undi. Mereka harus dimalukan dengan kekalahan, sepertimana yang terjadi kepada mereka ini ketika pilihan raya umum lalu.

Kita menolak UMNO dan BN kerana parti ini terlalu lama menyangka dirinya tuan dan menjadi begitu angkuh dan rosak sehingga tidak boleh lagi diperelok perangainya yang hodoh itu.

Ubah untuk kebaikan kita semua

Begitu buruk sekali perangai UMNO, hatta sehingga ke hari ini mash lagi cuba memperbodohkan rakyat di ambang nyawanya hampir terputus daripada badan.

Lihat sahaja bagaimana sang Perdana Menteri melengah-lengahkan pembubaran Parlimen, meski beliau dengan bongkak dan sombong mengakui sokongan rakyat sudah kembali berpihak kepadanya.

Mungkin kerana dia bijak dengan prokovasi jahat macai-macainya dan juga tindakan ganas samsengnya yang sering membuat rakyat naik darah.

Ini fakta dan kenyataan yang harus kita terima dan tidak boleh kita nafikan. Cumanya sebagai manusia yang punya akal waras, kita masih boleh bersabar; dan dalam hati mengulang sebut ‘Tuhan maha adil. Yang baik mendapat reda,yang jahat terima hukuman”.

Sekadar berdoa saja tentunya tidak cukup tanpa usaha. Jika kita sudah tidak tahan lagi dengan kebiadapan, keganasan dan keberukan yang amat memalukan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, jawapannya satu saja: Ubah sekarang, bersihkan Malaysia. –

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI