Orang
yang bersama dengan golongan yang nak menegakkan agama Allah akan
berada di belakang bendera yang dipegang oelh Rasulullah s.a.w. di
akhirat kelak. Dan bagi mereka yang menentang serta tidak beriman kepada
Allah, akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun dan Ubai bin Qalaf..
Sesungguhnya, kita ni akan bersama dengan roang yang kita ikuti di akhirat kelak. Kalau kita mempertahankan
orang zalim ketika di dunia, maka orang itulah yang akan kita ikuti di
akhirat kelak. Sememangnya pada masa itu, kita adalah salah satu
golongan yang paling rugi dan menzalimi diri sendiri.
Sebaliknya jika kita sentiasa bersama ulamak, ustaz-ustaz dan
orang-orang yang soleh, kita akan memperoleh kejayaan yang amat besar di
akhirat kelak.
Mudah-mudahan kita akan sentiasa bersama
dengan orang-orang yang sentiasa mahu menegakkan agama Allah biar
dibayar dengan darah sekalipun! Kerana janji Allah tidak pernah
dimungkiri....
Berkorbanlah sedikit semasa kita berada di dunia
untuk Allah.. Jangan kerana duniawi yang sementara ini, kita tentang
ALlah, kita lawan Allah, kita langgar suruhan Allah. Ingatlah, dunia ini
cuma seketika, akhirat itu pasti untuk selama-lamanya.
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment