Thursday, June 14, 2012

Mangsa Pukul Tuntut Rugi RM70 Ribu pada Ketua Wanita UMNO

 
Gombak, 14 Jun, 2012  : Bapa kepada 9 anak menyelar tindakan kejam yang dilakukan Ketua Wanita UMNO, Nainey  Khamis  serta suami  Othman Ahmad yang bersifat gangster resim.



Shafie Md Jusoh, 51, berkata, perbuatan mereka dengan niat membunuh  saya dengan menguna benda tajam seperti parang, melanggar pagar rumah dengan menaiki kereta pajero  baru-baru ini dikecam.

Kejadian ini berlaku kerana konflik tanah  kerajaan PLOT NO. 153 Lot tepi yang telah dimiliki oleh  saya semenjak  tahun 2001.

Pejabat tanah telah membuat cabutan undian dan saya layak memiliki tanah tersebut pada  29 Jun, 1996. Saya telah membuat bayaran premium sebanyak RM3,781.   

Tapi malangnya, pejabat tanah hantar notis dengan memaklumkan tanah tersebut perlu diserahkan kepada mereka atas sebab ketua wanita umno, Nainey telah mendapat surat sokongan daripada Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail, Ahli Parlimen UMNO Gombak pada 2 Ogos, 2001.
Kandungan surat yang diberikan menyatakan Othman Ahmad telah membuat bayaran premium dan bayaran lain. Saya pula masih tidak membuat sebarang bayaran.  
“Saya tegaskan bahawa perkara ini adalah tidak benar, Memang dasar UMNO, suka menipu, menindas rakyat yang lemah.

“Jika benar Othman sudah jelaskan semua bayaran, mengapa beliau tidak membuktikan sebarang resit pembayaran kepada saya”, kata Shafie dengan tegas.

“Selain itu,  usul ini telah di bawa dalam mesyuarat kerajaan negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan terdahulu   pada 28 Jun, 1995 dan 4 Oktober, 2000 bersidang permohonan premium milikan tanah yang melibatkan 240 rumah.

18 buah rumah telah diambil UMNO Gombak tanpa diberi pampasan kepada semua yang terlibat”,  ujar Shafie kepada wartawan pagi tadi di Taman Melewar Gombak.

Jelas Shafie lagi, surat yang diterima daripada Pejabat Tanah PTDG (bil 13) dann PTDG no 2/1/43/98 , 28 Februari, 2001 dengan menaikan kadar bayaran premium bernilai RM34, 257  adalah surat palsu dengan niat untuk beri tekanan pada saya.

Saya berani membuktikannya, semasa surat pertama yang diberikan Pejabat Tanah Jun, 1996 meminta saya hanya perlu buat bayaran RM3, 781 tapi kenapa sekarang begitu besar jumlah yang perlu saya bayar.

Pejabat tanah  bersifat macam lalang, sekejap cakap saya layak, kemudian bila  Nainey dan suami berurusan dengan pejabat tanah dengan begitu mudah mereka mendapat kelayakan. Apakah pejabat tanah telah menerima rasuah daripada mereka”, soal Shafie.

Tambahnya lagi, isu ini telah mendapat perhatian penduduk, polis apabila Nainey, suami  serta ahli keluarga mereka bertindak ganas dengan melanggar pagar, memukul
kepala saya dengan benda tajam sehingga koma. Saya mendapat rawatan selama seminggu”.

“Kepala saya telah menerima enam jahitan, dua orang anak saya  telah di raba oleh bapa saudara dan anak lelaki Nainey.

“Kami sering diganggu kacau oleh mereka. Walaupun telah buat laporan polis namun tiada tindakan sewajarnya yang boleh menghalang mereka menghentikan kezaliman Wanita UMNO Gombak ini”, kata Shafie dengan kesal.

Justeru, saya ingin  buat  tuntutan ganti rugi kepada Ketua Wanita UMNO Gombak yang telah merosak harta benda saya bernilai RM70,000. Jika mereka enggan bayar, perkara ini akan dibawa ke Mahkamah.
Jika benar mereka nak tanah ini, ambillah, saya mengalah  demi keselamatan kami sekeluarga yang sering  diberi ugutan bunuh oleh mereka.

Apa yang saya kesalkan, sikap pimpinan UMNO itu yang bertindak kejam kepada rakyat yang lemah.

Selepas isu ini disiarkan dalam Sinar Harian baru-baru ini, pejabat tanah telah turun padang dan mereka nasihatkan agar saya buat permohonan lain.

Ekoran kejadian ini juga , Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Penyelaras Pusat khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Sallehuddin Nasir telah menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban yang kami tanggung.

Saya merakamkan terima kasih PAKATAN Rayat Gombak telah membantu saya dengan mencari rumah sewa, menghulur wang dan sumbangan barang dapur.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI