Wednesday, June 13, 2012

PROJEK TEBATAN BANJIR KL, JPS MALAYSIA Ancam Nyawa Penduduk


Kampung Changkat, Gombak :  Penduduk Kampung sekitar laluan tebatan banjir, termasuk Jalan Changkat Setia menyelar sikap lepas tangan Jabatan Pengaliran Wilayah (JPW) atas masalah kebersihan kawasan tersebut,  semenjak ianya telah di pagar . 

 
Azizah Salleh ,64, berkata, saya duduk disini sudah Dua puluh tahun. Sebelum ini tiada masalah berlaku namun semenjak JPW memagarkan kawasan sungai atau tebatan banjir dan sekitar rumah penduduk  menyebabkan  kawasan ini kelihatan begitu semak dan tidak diurus secara berkala.

 
Ekoran itu menyebabkan kawasan ini sering dimasuki anjing liar, ular, biawak dan nyamuk aedes sehingga berlakunya  demam denggi berdarah kepada penduduk disini, katanya.

Tambahnya lagi, dua hari lepas dua ekor ular besar telah masuk ke kawasan perumahan kami. Kejadian berlaku jam 2 petang.
 
Penduduk dapat membunuh ke dua-dua ekor ular tersebut. Semenjak itu  penduduk rasa tidak tenteram lagi kerana bukan hanya ular,  peningkatan demam denggi  bahkan anjir liar banyak memasuki kawasan perumahan kami. 
 
Kami bimbang jika pihak berwajib tidak mengambil tindakan sewajarnya akan meragut nyawa penduduk terutamanya anak-anak kecil yang bermain di sekitar luar rumah kami, disini.
 
Justeru, saya merayu agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya. Janganlah sampai ada nyawa penduduk terancam terutamanya anak-anak kecil, kata Azizah kepada wartawan.
 

Menurut Azizah, JPW telah memagar kawasan ini dua tahun lepas. Semenjak kawasan ini dipagarkan hanya sekali sahaja JPW bersihkan kawasan  itu.
 

Sebelum kawasan ini di pagar, penduduk sering mengadakan gotong-royong untuk membersihkannya.
 
Sementara itu,  Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar pula berkata, semenjak dipagarkan, kawasan parit atau  tebatan banjir tidak diurus dengan rapi.
 
Berbagai aduan penduduk kita terima. Terdapat berbagai pokok liar serta rumput menjalar sehingga menyemakkan mata memandang. Rumput rumpai tidak di bersihkan secara berkala.
 
Kita bimbang selain binatang seperti ular, biawak dan anjing, nyamuk aedes juga akan terus membiak, sehingga membawa demam denggi.
 
Tambah Zainal lagi,  kita juga pernah membawa perkara ini dalam mesyuarat Mukim, Pejabat Daerah, JPS. Mesyuarat memberi jawapan, masalah ini akan diatasi sekiranya ada peruntukan bajet.
 
Sepatutnya Kerajaan Pusat di bawah Jabatan Pengalairan Saliran (JPS) Malaysia, perlu memberi perhatian serius keatas pengorbanan penduduk Kampung Changkat.
 
Dengan membenarkan tanah mereka di ambil dan di jadikan projek bagi mengelakkan banjir di Kuala Lumpur.
 
Maka, saya harap dengan isu yang berbangkit pihak berwajib, JPW yang menjalankan PROJEK TEBATAN BANJIR KL, JPS MALAYSIA  dapat mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan dan keselesaan penduduk, kata Zainal.
 
Wartawan juga telah cuba menghubungi pihak JPW namun masih gagal mendapat jawapan daripada pihak berwajib.
 
Editor : Khaulah Azwar
 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI