Wednesday, June 13, 2012

Erti Sebuah Perjuangan.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


" Kak, maaf kak sebab banyak susahkan akak"

Tersenyum melihat adik di hadapanku. 


" Dik, pernah tak dengar ayat ni, syurga itu dikelilingi dengan perkara yang banyak menyusahkan kita, tetapi neraka pula dikelilingi dengan perkara yang kita suka, yang kita rasa bangga melakukannya. Pernah tak dengar?"

"Pernah, kak"

"Jadi, takda istilah susah di dalam hidup akak, akak jadi rimas bila orang cakap "saya akan susahkan awak, please deleted Ayat susah dalam hidup"



Dalam setiap yang dirasakan susah itu, akak akan cuba landaskan dengan al-Quran dan Sunnah, apakah wajar untuk akak kata perkara yang dikatakan susah itu adalah perkara yang menyusahkan atau suatu perkara yang Allah ingin ganjarkan sesuatu pada akak"


Terdiam.


Dan mataku masih memaku memandang ke hadapan, memandang deretan kereta yang bertali arus dengan cahaya lampu merah di bahagian bonet belakang. Fikiran terkenangkan sesuatu. Terkenangkan suatu perjalanan yang bertali arus juga atas satu, satu peristiwa yang menjadikan mataku acap kali panas kemerah-merahan berair bersembunyi menutup segala kedukaan, melawan segala mehnah.

Tanpa disedari air mata itu mengalir sekali lagi dan tertutup oleh secebis kain yang menutupi wajah.


Bibir mungil itu tiba-tiba melantunkan suatu lagu.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Tersenyum.


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..



hah.. rindunya suasana tarbiyah, rindukan gurau senda teman2,, apakhbar adik2 ku semua. ji, imah, yan, adah dan lain-lain. 

Jika tak jumpa dunia, moga kita bertemu juga di padang masyar nanti, bertemu berpisah kerananya.. pagi tadi dalam perjalanan hantar anak buahku, fikiran ku sangat kuat pada adik2.. mungkin lama tak bersua. Moga diberi kesempatan untuk bertemu kembali.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI