Wednesday, June 13, 2012

62 Pengawal Keselamatan Tuntut Gaji Minima


Shah Alam : Mantan Ketua Pengawal Power Security yang enggan namanyadisiarkan melahirkan rasa kesalnya apabila presiden pengawal keselamatan telah siarkan dalam akhbar pada September, 2011 dengan istiharkan semuasyarikat pengawal telah bayar gaji minima di Semenangan Malaysia pada bulan Julai, dan Sabah Sarawak pada Ogos, 2011.
Rodziah Ismail, Exco Selangor bersama Wakil Pengwal Keselamatan

“Kita telah “survey” semua syarikat pengawal keselamatan dandidapati tiada sebarang bayaran di terima. Kejadian ini berlaku saat umat islam menanti Hari RayaAidilfitri tahun lepas.
Semenjak itu, semua pengawal keselematan buat bantahan.Walaupun sudah buat bantahan syarikat Power Security tetap tidak bayar gajikami”, katanya.

Beliau juga mendakwa, Board power security telah keluarkan duitsyarikat untuk kepentingan sendiri . Perkara ini telah di maklumkan oleh penyelia power security,Ismail Mahmood.

Katanya, “sebagai ketua pengawal keselamatan saya mewakilisemua pekerja mohon agar PM, danKDN atasi isu pemerdangangan secaraserius .
Kami rasa terkilan sebagai rakyat Malaysia yang dibayar gaji minima RM300 telah di perkoak katik, di perdagangkan dinegara sendiri. Walaupun berbagai aduan dibuat, namun pihak berwajib seolah lepas tangan.

Kami tetap terusmenuntut hak kami seperti yangdijanjikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)dengan membayar tuntutan sebanyak RM 121ribu untuk 56 pekerja dalam masaterdekat”.
Tambahnya lagi, PM, Najib telah umumkan kepada seluruh rakyatMalaysia gaji minima RM900, namun kita masih belum dapat bayaran gajitersebut. Kita tidak mahu penipuan terusberlaku.


Beliau berkata, “semenjakKerajaan umumkan gaji minima pertama di siarkan pada 15 Feb 2010, tetapi kenyataan ini ditarik balik pada 2011 atas arahan Persatuan Syarikat PengawalKeselamatan Semalaysia untuk dikaji.

"Setelah dikaji dan diluluskan gajitersebut tidak dibayar sehingga sekarang.

"Slip Gaji yang kami terima RM1000 tetapi hanya dapat RM900,epf dan socso juga kadangkala tidak masuk. Walaupun dalam slip gaji telah dipotong. Namun hakikatnya apabila di semak ke KWSP, tiada pemotongan dibuat.

"Kami telah dilantik dibawah kementerian pelajaran Malaysia untuk menjaga 16 buah sekolah sekitar Shah Alam.

Justeru, saya harap PM, Najib dapat lunaskan janji gaji minima, janganhanya pandai cakap tak serupa bikin.Besar harapan agar kerajaan negeri Selangor, dapat atasi isu ini dengan membela semua nasib pekerja pengawal keselamatan", katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Power Security petang semalam, di SUK, Shah Alam, disini.

Wartawan difahamkan oleh Ketua Pengawal Keselamatan Power Security, gaji pokok untuk seorang pengawalRM300 , namun setelah diumumkan kerajaanpusat baru-baru ini, gaji minima yangditerima Pengawal RM700.


Semua pengawal hanya memperolehi RM500 gaji kasar dan RM150 adalah COLA.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI