Tuesday, April 24, 2012

Artikel Murabbi Untuk Pejuang : Jangan Abaikan Tarbiah Walaupun Musim Pilihnraya

Sesungguhnya keperibadian Muslim yang tulen merupakan batu bata yang menjadi tapak kepada pembinaan jamaah. 
Kukuhkan peribadi Muslim melalui program tarbiah fardi (perseorangan) atau secara jama’i).

Jika berlaku kelemahan dan kecacatan di dalam proses pembinaan ini maka jamaah perlu dipertangungjawab kenapa perkara ini berlaku.

Sekiranya jamaah sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur program, namun sikap ahli atau pimpinan yang  tidak memperdulikan program ini, maka jamaah boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab ini.

Kerana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan jangka panjang kepada parti Pas untuk meneruskan perjuangan, kerana  perjalanan masih jauh. Kegagalan ini akan memberi kesan jangka panjang dan keruntuhan kepada jamaah. 

Mengakibatkan parti  tidak boleh melahirkan keperibadian yang bertanggungjawab dan petugas yang sanggup memikul beban tugas yang merupakan amanah. Paling malang sekali,  kesan yang paling buruk ialah mereka ini membebankan parti, bukan meringankan parti.

Sesungguhnya tabiat perjuangan itu sendiri yang perlu meletakkan asas yang kukuh kerana ia menuntut kita kepada amal jihad yang berterusan. Untuk mendapat kejayaan cemerlang, jamaah mesti melahirkan  manusia yang memiliki akidah yang betul-betul memahami Islam mengikut sistem tarbiah  yang baik untuk persediaan kepada jihad dan pengorbanan.

Imam Syhid Hassan al-Banna pernah menyatakan “Sesungguhnya lelaki bercakap bukan lelaki kerja,lelaki kerja pula bukan lelaki jihad, lelaki jihad yang semata-mata berjihad saja bukan lelaki yang bijaksana yang boleh mengeluarkan hasil yang memberi keuntungan besar melalui pengorbanan yang sidikit saja”

Tarbiah mempunyai kesan dan pengaruh jangka panjang dan pendik untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa dan keperluan amal di jalan dakwah, samada ketika menghdapi dugaan atau tipu helah musuh.

Tarbiah tidak sepatutnya  dibataskan untuk ahli biasa sahaja, sedangkan peringkat atasan ditinggal begitu sahaja. Ia wajib diamalkan  tanpa ada pilihan kerana setiap orang memerlukan bekalan dan bahan ingatan.

Tarbiah amat diperlukan sepanjang masa, terutama ketika suasana kritikal , seperti sewaktu pilihanraya. Suasana begini amat penting kerana unsur iman diperlukan untuk mendapat sokongan dan pertolongan Allah.

Meneruskan usaha tarbiah amat diperlukan sebagai persediaan kepada generasi akan datang untuk menyambung tugas perjuangan jihad sebagai barisan pelapis.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kecuaian terhadap program tarbiah.

Sheik Mustafa Masyhur dalam bukunya “Tariq al-Dakwah Baina al-Asalah wal-Inhiraf” (Jalan Dakwah Antara Keaslian Dan Penyelewingan) telah menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan program tarbiah terencat untuk menjadi ingatan kepada kita, supaya perkara ini tidak berlaku kepada parti Pas

a. Memberi tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiah . Hal ini diatur oleh politik yang terlalu sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan masalah , kemusykilan dan perhitungan.

b. Tidak menyediakan para murabbi dan para pelatih. Para murabbi hanya menumpukan kepada peringkat tinggi, dan mengabaikan peringkat bawahan. Selain itu berlebihan memberi keutamaan kepada berceramah ke merata-rata tempat kerana banyak jemputan hingga melemahkan  tugas mereka dalam aspek tarbiah.Dengan ini amat penting disediakan para murabbi  untuk mengimbangkan program  ceramah dengan tarbiah.

c. Usrah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Usrah tidak digunakan untuk mengasah bakat dan  pembentukan peribadi dan membina akhlak.

d. Sibuk dengan bidang-bidang lain hingga mengenepikan tugas tarbiah.

Muhasabah yang diberikan oleh Sheikh Mustafa Mashur ini boleh kita mmbuat koreksi terhadap diri kita dan juga jamaah kita supaya ia menjadi jamaah yang unggul. Walaupun beliau menulis di dalam konteks negeri Mesir yang berbeza dari segi demografi dan suasana persekitaran politik. Namun beberapa saranan dan teguran beliau itu ada relevan untuk kita muhasabah diri dan parti kita.

Setiap ahli Pas mesti melatih  diri mereka mengutamakan sudut amali daripada banyak bercakap. Elakkan diri daripada terjebak dengan pencemaran riya’ yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemusnahan amalan dan parti. Elakkan diri daripada menyebarkan diayah palsu sesama ahli jamaah

Elakkan pertengkaran dan perbalahan sesama anggota, kerana syaitan akan masuk campur dan berlakulah pertelingkahan dan permusuhan sehingga merosakkan ukhwah. Semua ini menjejaskan amal kerja untuk berdakwah. Rasulullah melarang kita dari bersifat demikian kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.

Memanglah ukhwah sangat penting dalam berdakwah dan berjihad supaya tidak ada peluang kepada musuh menembusi masuk ke dalam saf jamaah. Kecuaian terhadap ruh atau semangat ukhwah dan kasih sayang sesama anggota akan memberi  peluang kepada syaitan dan musuh sehingga membawa kepada pertelagahan, kegagalan dan keruntuhan. Firman Allah SWT

“Dan janganlah kamu berbalahan, maka kamu akan gagal dan hilang kekuatan kamu” (Surah al-Anfal 46)

Imam Syahid Hassan al-Banna menasihat perkara ini “Masa merupakan kehidupan, dan tanggungjawab lebih banyak dari masa. Oleh itu janganlah kita sibuk dengan menguruskan kulit mengenepikan isi dan jangan sibuk dengan banyak cakap dan bertengkar tetapi mengenepikan amal.

Rakyat Kaum India Terharu Terima Bantuan RM30 Ribu Bina Kuil



Taman Selayang Prima : Seramai 3000 Penduduk kaum india Taman Prima Selayang  lahir rasa terharu apabila menerima bantuan cek bernilai RM30 Ribu daripada kerajaan negeri Selangor untuk membina kuil.

Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Sivalingam berkata, “Walaubagaimanapun rakyat disini kesal apabila permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di Prima Selayang untuk tujuan pembinaan kuil tidak diluluskan Pejabat Tanah.

Justeru, saya mewakili penduduk kaum india disini  berharap ADUN Parlimen Gombak, Azmin Ali serta ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari membantu mengatasi isu ini sejak 2004 tidak diluluskan  Pejabat  tanah dibawah pengurusan kerajaan UMNO –BN terdahulu”.

“Kita  telahpun berurusan dengan ADUN terdahulu serta pejabat tanah, namun  kita  kesal permohonan ini tidak mendapat perhatian sewajarnya,  kata Mariamman dalam ucapan Majlis Bantuan Pemberian Cek Pembinaan rumah ibadah non-muslim, disini.

Tambahnya lagi, 3 Dis, 2004 saya telah menerima surat Pejabat tanah memperakukan permohonan kami untuk direzabkan di bawah seksyen 62 Tanah Negara dibawah kawalan Pegawai Daerah Gombak.

Pada Mac, 2012 Pejabat Tanah, Pegawai Pentadbir Tanah Nor Zaidi  Ratiman telah menghantar surat kepada Dr Xavier Jayakumar, Exco Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin  memaklumkan Pejabat tanah menolak permohonan tersebut.

“Rata-rata penduduk  di sini rasa kesal kerana  hasrat penduduk untuk membina kuil   untuk beribadah tidak diluluskan Pejabat tanah.
Kita tidak mahu duit kerajaan tetapi penduduk mahu tanah untuk bina rumah ibadah,” ujarnya.

Menurutnya ,   selain Taman Selayang Prima,  dua kawasan iaitu Selayang Utara 2, Selayang Utama datang jauh untuk sembahyang di  sini dalam keadaan begitu sempit serta terdapat kerosakan kuil disini.

Sehubungan  itu, Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak  pula berkata, “kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengambil berat kehidupan rakyat tanpa kira parti dan perkauman.

Buktinya, apabila kerajaan negeri memperuntukan RM3 Juta membina sekolah Midlands untuk anak-anak kaum india”.


“Kita mahu semua anak di seluruh negeri Selangor mendapat pendidikan yang cukup, selesa dengan dilengkapai peralatan IT dan Makmal yang canggih”, kata Azmin.

Tambahnya lagi," dengan memperuntukan RM3 Juta kita harap anak-anak kaum india tidak lagi bersekolah di kawasan Felda, suasana pembangunan yang tidak selesa.

Mengenai isu kuil yang dibangkitkan penduduk disini juga kita akan usul kepada kerajaan negeri  agar mengadakan satu mesyuarat khas semua Jabatan terlibat seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meneliti permohonan tersebut", kata Azmin merangkap Timbalan Presiden  PKR.
 
Difahamkan  pengurusi Kuil Sri Maha Mariamman telah menerima cek bantuan pembangunan Kuil berjumlah RM30 Ribu daripada kerajaan negeri Selangor dibawah pengurusan Dr Xavier Jayakumar yang telah disampaikan Azmin Ali bagi membaiki kerosakan infrastruktur bangunan, dan menaiktaraf kuil sediada.
Katanya, “terima kasih atas keperihatinan kerajaan  negeri Selangor Pakatan Rakyat yang sudi menyumbangkan peruntukan pembinan kuil untuk kaum india yang sukar mendapat perhatian daripada kerajaan terdahulu. Ramai  penduduk rasa terharu dengan bantuan diberikan".

Hadir sama, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari, Penyelaras DUN BatU Caves, Hj Mohamad  Abdul Rahman, Ahli Majlis  Perbandaran Selayang Krushnan Azahri serta saf pimpinan  Dewan Muslimat PAS DUN Batu Caves.
 
Editor : Khaulah Azwar
 




Monday, April 23, 2012

Jom Shopping Tidak Pernah Dilakukan UMNO 50thn Memerintah

Batu Caves : Latchumi a/p Bailani, 68, penduduk Kampung Indian Settlement, begitu teruja dengan program Jom Shoping Warga Emas yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, program ini tidak pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu selama tempoh 50thn memerintah seluruh negeri untuk membantu rakyat.

Rata-rata saya lihat semua warga emas yang dibawa ke pusat membeli belah rasa puas hati apabila dibawa ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari di Pusat membeli belah berhawa dingin dengan menaiki bas Express ke Tesco Rawang.

Tetapi kita lihat program seperti ini telah ditiru pakai kerajaan umno dengan membawa rakyat berbelanja di Pasar Tani.

“Saya berpendapat bantuan UMNO untuk membantu rakyat tidak ikhlas hanya untuk pancing undi Pilihanraya umum 13 nanti. Tetapi kerajaan (PR) Selangor bantu rakyat semenjak empat tahun memerintah negeri ini”, kata Latchumi.

Sementara itu, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari pula berkata, Program Jom Shoping adalah satu program baru yang diperkenalkan kerajaan (PR) Selangor untuk warga emas 60 tahun keatas yang telah mendaftarkan diri dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) .

Semua warga emas diberi vaucar RM100 oleh wakil rakyat setempat dengan menaiki Bas Express yang disediakan untuk mereka membeli barang keperluan.

Pemberian yang diberikan kerajaan (PR) Selangor bukan gula-gula seperti yang sering dilakukan UMNO untuk membeli undi saat pilihanraya semakin hampir.
Tetapi kerajaan (PR) Selangor telah laksanakan program Jom Shoping dalam tempoh memerintah negeri ini.

Ini adalah satu penghargaan kerajaan (PR) kepada semua warga emas tanpa kira parti dan perkauman, ujar Amiruddin selepas membawa warga emas membeli belah di Pasaraya Tesco Rawang.

Menurut Amiuddin di DUN Batu Caves seramai 2800 rakyat telah berdaftar SMUE . Ini merupakan siri ke -10 membawa rakyat tanpa perkauman dan parti untuk mengikuti Jom Shoping.

Setiap siri diadakan seramai 100 warga emas dibawa membeli belah bersama wakil rakyat yang dipilih dalam PRU12 lalu.

Editor : Khaulah Azwar

Pelajar Terharu Nenek Terima Bantuan Kerusi Roda


Batu Caves : Mohd Akhmal, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang  gembira apabila neneknya menerima bantuan kerusi roda, jemputan Jom shoping warga emas yang diberikan ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari.

"Kesukaran nenek berjalan dan mengalami masalah darah cair,tekanan darah rendah lima tahun lalu tidak pernah menerima bantuan ADUN terdahulu amat dikesali kerana ibunya (Zubaidah Yusof) juga merupakan ibu tunggal.

Ibu terpaksa bekerja keras menjaga nenek  serta menyara dua anak yang masih belajar di IPT dan Sekolah Menengah yang kini kos pembelanjaan semakin meningkat dan memberi tekanan hidup", kata  Mohd Akmal.

Sebelum ini, Ibu pernah juga berurusan dengan pihak berwajib namun rasa putus asa sebab permohonan bantuan nenek tidak diluluskan.

"Alhamdulilah,  permohonan dibuat  di Pusat Khidmat Masyarakat  (PKM) DUN Batu Caves dalam tempoh sebulan berakhir juga  setelah mendapat perhatian  ADUN  disini.

Bantuan diberikan sedikit sebanyak memberi kegembiraan keluarga tertutama nenek dan ibu",  ujarnya ketika ditemubual media di kediaman neneknya di Taman Selayang. Batu Caves. 

Sehubungan itu, warga emas, Sarah Kanu, 75,  terharu dengan bantuan yang di berikan ADUN Batu  Caves, Amirudin Shari.  

“Saya sangat terharu dengan bantuan dan perhatian diberikan ADUN disini yang sudi melawat saya di rumah. Alhamdulilah  dengan bantuan kerusi roda, saya dapat bergerak serta menunaikan solat duduk dengan menguna kerusi  roda,

Sebelum ini, saya sukar untuk bergerak jauh apatahlagi setiap kali ingin membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan di Hospital Besar, K.Lumpur”, kata Sarah.

Tambah beliau lagi, "selain menerima  bantuan kerusi roda, saya juga dijemput menyertai program Jom Shoping Warga Emas bersama ADUN yang akan diadakan di  Rawang.

Bantuan diberikan  benar-benar saya rasa terharu kerana umur saya  sudah 75 tahun,  saya tidak pernah menerima bantuan daripada pemerintahan kerajaan terdahulu yang memerintah 50 thn. Wakil rakyat terdahulu juga tidak pernah  turun padang bertemu rakyat di rumah”.

“Situasai ini sungguh berbeza, apabila negeri Selangor  diurus kerajaan pembangkang, wakil rakyat turun padang bertemu rakyat. Jelas terbukti rakyat Selangor terutamanya warga emas diberi layanan istimewa tanpa memilih warna kulit dan parti.

Justeru, saya berharap bantuan untuk warga emas sentiasa dipertingkatkan agar rakyat rasa diri mereka diharga pimpinan”, kata Sarah. 

Sarah merupakan ibu tunggal menghadapi masalah tulang belakang lima tahun lalu akibat terjatuh daripada bilik air ketika mengambil wudhu.

Sementara itu, ADUN Batu Caves Amiruddin Shari dalam lawatan ziarah warga emas  pula berkata, "bantuan diberikan adalah hasil daripada kerajaan negeri sebagai negeri yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan".  
 
"Saya harap dengan jemputan Jom Shoping  warga emas diberi vaucar RM100, bantuan kerusi roda kepada beliau, harap dapat meringankan beban dirinya  serta dapat menunaikan ibadah solat dengan sempurna".

Sekiranya Sarah tidak mampu untuk mengikuti Program Jom Shopping, mereka boleh hantar anak sebagai wakil untuk membeli belah  barag keperluan ibunya,  kata Amiruddin.


 Editor : Khaulah Azwar

Thursday, April 19, 2012

ADUN Pertikai Peranan KDN atasi Isu Jenayah



Batu Caves :  ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari menyelar Menteri Keselamatan Dalam Negeri gagal mempertingkatkan keselamatan Negara ekoran berlakunya kes pembunuh Allahyarhummah Adik Noor Fatanah Misnawi baru-baru ini.

Tragedis kematian  Allahyarhummah Adik Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves akibat terkena tikaman senjata tajam ketika mengunjung pasar malam disini mengemparkan seluruh rakyat Malaysia.

“Ramai rakyat yang bertemu dengan saya mempertikaikan kenyataan Kementeri Dalam Negeri (KDN),Hishammuddin bin Tun Hussein baru-baru ini berkenaan keselamatan Negara Malaysia begitu selamat namun hakikatnya tidak begitu”, kata Amiruddin dalam sidang media malam tadi ketika lawatan ziarah keluarga Allahyarhummah di Kampung Wira Damai bersama saf pimpinan Dewan Muslimat PAS DUN Batu Caves  dan Parti Keadilam Rakyat DUN Batu Caves, disini.

“Saya juga difahamkan Bermula 20 Oktober 2011 sehingga16 April 2012, sejumlah 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah masuk ke Malaysia. Dengan kemasukan warga asing ini juga sering memberi ganguan kepada masyarakat setempat.
Ekoran itu memberi kesan kepada rakyat apabila kes pecah rumah,  kes ragut sehingga meragut nyawa semakin meningkat sekaligus masyarakat menjadi takut”, ujar Amiruddin.  

Dalam pada itu, beliau juga mempertikai apakah peranan Anggota RELA dan JPAM yang dilantik sebagai SSP Anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) seramai 5,737.  Wujud juga Rondaan 1Malaysia iaitu rondaan yang melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri serta masyarakat setempat.

“Saya tidak faham kenapa perlantikan begitu ramai  dan wujudnya rondaan 1 Malaysia,  namun isu jenayah tidak diatasi dengan baik. Kerja Apa yang dibuat oleh mereka?”.

Justeru, saya mendesak agar menteri terlibat membuat kajian kembali atas perlantikan Anggota RELA dan JPAM seramai 5,737.

“KDN juga perlu meningkatkan kawalan kelesamatan Negara Malaysia agar kes jenayah tidak berlaku”, katanya dengan kesal.

Dalam masa yang sama, beliau  menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah dan berharap keluarga arwah tabah hadapi ujian ini.


Katanya, “Insya-Allah ,saya akan minta Jawatankuasa Penduduk (JKP) memperketatkan keselamatan penduduk  demi rakyat Batu Caves, disini”.

Sementara itu, Misnawi Muhammad (Bapa) memberitahu kepada semua yang hadir musibah yang menimpa keluarga ini amat dikesali.

Beliau bekata, “sebagai bapa saya benar-benar rasal kesal dengan peristiwa itu, tidak sepatutnya Negara Malaysia yang aman berlakunya pembunuhan di khalayak ramai.

Ketika kejadian arwah  bersama kakaknya Noor Fadhilah mengunjung pasar malam Wira Damai Gombak di sini  berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia”,ujar Misnawi.

Tambahnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu,  arwah meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

“Saya harap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ditugaskan menjaga keamanan negara dapat mempertingkatkan usaha kawalan keselamatan negara untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kita tidak mahu kemasukan warga asing dinegara ini memberi bebanan kepada seluruh rakyat Malaysia”, ujarnya.

Sehubungan itu, Noor Fadhilah (kakak) mangsa pula berkata dengan sebak, “peristiwa itu benar-benar menjadi trauma kepada saya”.

“Arwah memang tidak suka berjalan tetapi malam kejadian beliau ingin ikut saya. Ibu nasihatkan kami agar berhati-hati dan tidak pulang lewat.
Selepas arwah ditikam, beliau terdampar dibahu saya dengan lumuran darah. Saya tidak berani buat apa-apa ketika itu. Hanya menjerit ketakutan”, kata Fadhilah dengan linangan air mata.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah pula menjelaskan, suspek dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Mangsa mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Editor : Khaulah Azwar
 










Tuesday, April 17, 2012

Jika Nabi Muhammad SAW Masih Hidup Pasti Baginda Sedih

Dalam kesibukan kita mari kita rest seketika untuk hilangkan migrane .

Merenungi Kisah Nabi Muhmamad SAW. jika baginda masih hidup, pasti baginda sedih kehidupan umatnya yang semakin jauh mengamal sunahnya, menolak islam, bertelagah antara satu sama lain, suka memutus ukhwah, sering menghambakan org lain.

Sahabat sedangkan Nabi Muhammad SAW amat menyayangi umatnya. baginda sanggup korbankan apa sahaja untuk Islam dan umatnya, tapi mengapa kita tidak??

Marilah kita kembali kepada fitrahnya.. :(

Tiada cinta yang paling indah melainkan cinta kepada Allah dan Rasulnya. Mari kita sentiasa basahi lidah kita dengan Selawat dan istigfar.

sila klick :

Monday, April 16, 2012

Isu Sampah DUN Batu Caves 70% Selesai

Kampung Baru Batu Caves : Isu masalah sampah yang di politikkan oleh Kerajaan Pusat di sekitar negeri Selangor bakal selesai setelah pencapaian kata putus dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun ini tidak mahu menyertai Skim Penswastaan Perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat melalui Alam Flora Sdn Bhd.
“Keputusan dibuat berdasarkan pelbagai aduan diterima kesal sikap lepas tangan Alam Flora tidak mengutip sampah sedangkan rakyat dikenakan cukai pintu setiap tahun”, kata AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Tambahnya lagi, “begitu juga masalah sampah yang tidak dikutip oleh Alam Flora secara berkala. Akibatnya terdapat bau yang tidak menyenangkan, lalat, tikus menjadi raja dikawasan perumahan penduduk sehingga terdapatnya demam denggi dan  malaria.

Masalah yang diberikan Alam Flora sedikit sebanyak mencemarkan imej negeri Selangor. Saya beranggapan ianya satu sabotaj antara kerajaan Pusat yang melantik Alam Flora Sdn Bhd terhadap negeri Selangor”, ujar beliau.

Menurut Amir, isu masalah sampah di DUN Batu Caves telah  selesai sebanyak tujuh puluh peratus sebaik sahaja menerima aduan rakyat.

Katanya, “antara tindakan kita lakukan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memungut sampah dan sisa domestic secepatnya”.

“Alhamdulilah dengan kerjasama MPS dengan PKM DUN Batu Caves, akhirnya isu ini diatasi sebaiknya”.

Justeru, untuk memupuk kerjasama dalam mengatasi kebersihan setempat, maka kita adakan Gotong Royong Perdana, Bersih dan ceria,beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Gotong Royong Perdana, Ceria dan Bersih peringkat Kawasan Kampung Baru Batu Caves dengan kerjasama Surau Al-Ehsan.

Ujar beliau lagi, program  Bersih dan ceria telah kita adakan setiap tahun semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor.

Gotong royong kali ini amat berbeza kerana kita adakan pertandingan bagi menggalakkan semua rakyat setempat rasa sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka.
“Untuk menjayakan program ini, saya besar  hati menyumbangkang sebanyak RM5000 setiap kawasan DUN Sekitar Batu Caves.

Harapan saya semoga usaha murni ini untuk memastikan DUN Batu Caves terpilih kawasan bersih dan ceria dapat kerjasama semua pihak tanpa kira pemahaman poliktik”, kata Amir.

Di fahamkan, antara yang  dinilai adalah Hiasan dalaman, Ladskap,kreativiti dan kebersihan kawasan persekitaran setiap kawasan, ziro sampah, bebas nyamuk aedes. Tempoh diberikan dua bulan.Keputusan akan kita umumkan dalam satu majlis Program ceria dan bersih.

Hadir sama, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 13, Azizul Abu Bakar.


 Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI