Tuesday, April 24, 2012

Rakyat Kaum India Terharu Terima Bantuan RM30 Ribu Bina Kuil



Taman Selayang Prima : Seramai 3000 Penduduk kaum india Taman Prima Selayang  lahir rasa terharu apabila menerima bantuan cek bernilai RM30 Ribu daripada kerajaan negeri Selangor untuk membina kuil.

Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Sivalingam berkata, “Walaubagaimanapun rakyat disini kesal apabila permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di Prima Selayang untuk tujuan pembinaan kuil tidak diluluskan Pejabat Tanah.

Justeru, saya mewakili penduduk kaum india disini  berharap ADUN Parlimen Gombak, Azmin Ali serta ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari membantu mengatasi isu ini sejak 2004 tidak diluluskan  Pejabat  tanah dibawah pengurusan kerajaan UMNO –BN terdahulu”.

“Kita  telahpun berurusan dengan ADUN terdahulu serta pejabat tanah, namun  kita  kesal permohonan ini tidak mendapat perhatian sewajarnya,  kata Mariamman dalam ucapan Majlis Bantuan Pemberian Cek Pembinaan rumah ibadah non-muslim, disini.

Tambahnya lagi, 3 Dis, 2004 saya telah menerima surat Pejabat tanah memperakukan permohonan kami untuk direzabkan di bawah seksyen 62 Tanah Negara dibawah kawalan Pegawai Daerah Gombak.

Pada Mac, 2012 Pejabat Tanah, Pegawai Pentadbir Tanah Nor Zaidi  Ratiman telah menghantar surat kepada Dr Xavier Jayakumar, Exco Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin  memaklumkan Pejabat tanah menolak permohonan tersebut.

“Rata-rata penduduk  di sini rasa kesal kerana  hasrat penduduk untuk membina kuil   untuk beribadah tidak diluluskan Pejabat tanah.
Kita tidak mahu duit kerajaan tetapi penduduk mahu tanah untuk bina rumah ibadah,” ujarnya.

Menurutnya ,   selain Taman Selayang Prima,  dua kawasan iaitu Selayang Utara 2, Selayang Utama datang jauh untuk sembahyang di  sini dalam keadaan begitu sempit serta terdapat kerosakan kuil disini.

Sehubungan  itu, Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak  pula berkata, “kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengambil berat kehidupan rakyat tanpa kira parti dan perkauman.

Buktinya, apabila kerajaan negeri memperuntukan RM3 Juta membina sekolah Midlands untuk anak-anak kaum india”.


“Kita mahu semua anak di seluruh negeri Selangor mendapat pendidikan yang cukup, selesa dengan dilengkapai peralatan IT dan Makmal yang canggih”, kata Azmin.

Tambahnya lagi," dengan memperuntukan RM3 Juta kita harap anak-anak kaum india tidak lagi bersekolah di kawasan Felda, suasana pembangunan yang tidak selesa.

Mengenai isu kuil yang dibangkitkan penduduk disini juga kita akan usul kepada kerajaan negeri  agar mengadakan satu mesyuarat khas semua Jabatan terlibat seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meneliti permohonan tersebut", kata Azmin merangkap Timbalan Presiden  PKR.
 
Difahamkan  pengurusi Kuil Sri Maha Mariamman telah menerima cek bantuan pembangunan Kuil berjumlah RM30 Ribu daripada kerajaan negeri Selangor dibawah pengurusan Dr Xavier Jayakumar yang telah disampaikan Azmin Ali bagi membaiki kerosakan infrastruktur bangunan, dan menaiktaraf kuil sediada.
Katanya, “terima kasih atas keperihatinan kerajaan  negeri Selangor Pakatan Rakyat yang sudi menyumbangkan peruntukan pembinan kuil untuk kaum india yang sukar mendapat perhatian daripada kerajaan terdahulu. Ramai  penduduk rasa terharu dengan bantuan diberikan".

Hadir sama, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari, Penyelaras DUN BatU Caves, Hj Mohamad  Abdul Rahman, Ahli Majlis  Perbandaran Selayang Krushnan Azahri serta saf pimpinan  Dewan Muslimat PAS DUN Batu Caves.
 
Editor : Khaulah Azwar
 




No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI