Monday, April 23, 2012

Jom Shopping Tidak Pernah Dilakukan UMNO 50thn Memerintah

Batu Caves : Latchumi a/p Bailani, 68, penduduk Kampung Indian Settlement, begitu teruja dengan program Jom Shoping Warga Emas yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, program ini tidak pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu selama tempoh 50thn memerintah seluruh negeri untuk membantu rakyat.

Rata-rata saya lihat semua warga emas yang dibawa ke pusat membeli belah rasa puas hati apabila dibawa ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari di Pusat membeli belah berhawa dingin dengan menaiki bas Express ke Tesco Rawang.

Tetapi kita lihat program seperti ini telah ditiru pakai kerajaan umno dengan membawa rakyat berbelanja di Pasar Tani.

“Saya berpendapat bantuan UMNO untuk membantu rakyat tidak ikhlas hanya untuk pancing undi Pilihanraya umum 13 nanti. Tetapi kerajaan (PR) Selangor bantu rakyat semenjak empat tahun memerintah negeri ini”, kata Latchumi.

Sementara itu, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari pula berkata, Program Jom Shoping adalah satu program baru yang diperkenalkan kerajaan (PR) Selangor untuk warga emas 60 tahun keatas yang telah mendaftarkan diri dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) .

Semua warga emas diberi vaucar RM100 oleh wakil rakyat setempat dengan menaiki Bas Express yang disediakan untuk mereka membeli barang keperluan.

Pemberian yang diberikan kerajaan (PR) Selangor bukan gula-gula seperti yang sering dilakukan UMNO untuk membeli undi saat pilihanraya semakin hampir.
Tetapi kerajaan (PR) Selangor telah laksanakan program Jom Shoping dalam tempoh memerintah negeri ini.

Ini adalah satu penghargaan kerajaan (PR) kepada semua warga emas tanpa kira parti dan perkauman, ujar Amiruddin selepas membawa warga emas membeli belah di Pasaraya Tesco Rawang.

Menurut Amiuddin di DUN Batu Caves seramai 2800 rakyat telah berdaftar SMUE . Ini merupakan siri ke -10 membawa rakyat tanpa perkauman dan parti untuk mengikuti Jom Shoping.

Setiap siri diadakan seramai 100 warga emas dibawa membeli belah bersama wakil rakyat yang dipilih dalam PRU12 lalu.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI