Batu Caves : ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari
menyelar Menteri Keselamatan Dalam Negeri gagal mempertingkatkan keselamatan Negara
ekoran berlakunya kes pembunuh Allahyarhummah Adik Noor Fatanah Misnawi
baru-baru ini.
Tragedis kematian Allahyarhummah Adik Noor Fathanah Misnawi,
pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves akibat
terkena tikaman senjata tajam ketika mengunjung pasar malam disini mengemparkan
seluruh rakyat Malaysia.
“Ramai rakyat yang
bertemu dengan saya mempertikaikan kenyataan Kementeri Dalam Negeri (KDN),Hishammuddin bin Tun Hussein baru-baru
ini berkenaan keselamatan Negara Malaysia begitu selamat namun hakikatnya tidak
begitu”, kata Amiruddin dalam sidang media malam tadi ketika lawatan ziarah keluarga
Allahyarhummah di Kampung Wira Damai bersama saf pimpinan Dewan Muslimat PAS
DUN Batu Caves dan Parti Keadilam Rakyat
DUN Batu Caves, disini.
“Saya juga
difahamkan Bermula 20 Oktober 2011 sehingga16 April 2012, sejumlah 70,259
pendatang asing tanpa izin (PATI) telah masuk ke Malaysia. Dengan kemasukan
warga asing ini juga sering memberi ganguan kepada masyarakat setempat.
Ekoran itu memberi
kesan kepada rakyat apabila kes pecah rumah, kes ragut sehingga meragut nyawa semakin
meningkat sekaligus masyarakat menjadi takut”, ujar Amiruddin.
Dalam pada itu, beliau juga mempertikai apakah peranan Anggota RELA dan JPAM yang dilantik sebagai SSP Anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) seramai 5,737. Wujud juga Rondaan 1Malaysia iaitu rondaan yang melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri serta masyarakat setempat.
“Saya tidak faham kenapa perlantikan begitu ramai dan wujudnya rondaan 1 Malaysia, namun isu jenayah tidak diatasi dengan baik. Kerja Apa yang dibuat oleh mereka?”.
Justeru, saya mendesak agar menteri terlibat membuat kajian kembali atas perlantikan Anggota RELA dan JPAM seramai 5,737.
“KDN juga perlu meningkatkan kawalan kelesamatan Negara Malaysia agar kes jenayah tidak berlaku”, katanya dengan kesal.
Dalam masa yang sama, beliau menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah dan berharap keluarga arwah tabah hadapi ujian ini.
Katanya, “Insya-Allah ,saya akan minta Jawatankuasa Penduduk (JKP) memperketatkan keselamatan penduduk demi rakyat Batu Caves, disini”.
Sementara itu, Misnawi
Muhammad (Bapa) memberitahu kepada semua yang hadir musibah yang menimpa
keluarga ini amat dikesali.
Beliau bekata, “sebagai
bapa saya benar-benar rasal kesal dengan peristiwa itu, tidak sepatutnya Negara
Malaysia yang aman berlakunya pembunuhan di khalayak ramai.
Ketika kejadian arwah
bersama kakaknya Noor Fadhilah
mengunjung pasar malam Wira Damai Gombak di sini berkesudahan dengan kematian apabila dia
menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia”,ujar
Misnawi.
Tambahnya, dalam
kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, arwah
meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat
terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki
Indonesia lain.
“Saya harap
Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ditugaskan menjaga keamanan negara dapat
mempertingkatkan usaha kawalan keselamatan negara untuk seluruh rakyat
Malaysia.
Kita tidak mahu kemasukan warga asing dinegara ini memberi bebanan kepada seluruh rakyat Malaysia”, ujarnya.
Sehubungan itu,
Noor Fadhilah (kakak) mangsa pula berkata dengan sebak, “peristiwa itu
benar-benar menjadi trauma kepada saya”.
“Arwah memang
tidak suka berjalan tetapi malam kejadian beliau ingin ikut saya. Ibu
nasihatkan kami agar berhati-hati dan tidak pulang lewat.
Selepas arwah
ditikam, beliau terdampar dibahu saya dengan lumuran darah. Saya tidak berani buat
apa-apa ketika itu. Hanya menjerit ketakutan”, kata Fadhilah dengan linangan
air mata.
Ketua Polis Daerah
Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah pula menjelaskan, suspek dapat menikam Mohammad
Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.
"Terdapat
lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada
kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Mangsa mati ketika dalam
perjalanan ke Hospital Selayang," katanya.
Abdul Rahim
meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat
kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata kes
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment