Batu Caves : Mohd
 Akhmal, 14,
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang  gembira apabila 
neneknya menerima bantuan kerusi roda, jemputan Jom shoping warga emas 
yang diberikan ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari. 
"Kesukaran nenek berjalan dan mengalami masalah darah cair,tekanan darah rendah lima tahun lalu tidak pernah menerima bantuan ADUN terdahulu amat dikesali kerana ibunya (Zubaidah Yusof) juga merupakan ibu tunggal.
"Kesukaran nenek berjalan dan mengalami masalah darah cair,tekanan darah rendah lima tahun lalu tidak pernah menerima bantuan ADUN terdahulu amat dikesali kerana ibunya (Zubaidah Yusof) juga merupakan ibu tunggal.
Ibu terpaksa bekerja
keras menjaga nenek  serta menyara dua anak yang masih belajar di IPT dan
Sekolah Menengah yang kini kos pembelanjaan semakin meningkat dan memberi tekanan hidup", kata  Mohd Akmal.
Sebelum ini, Ibu pernah juga berurusan dengan
pihak berwajib namun rasa putus asa sebab permohonan bantuan nenek tidak
diluluskan. 
"Alhamdulilah, 
 permohonan dibuat  di Pusat Khidmat Masyarakat  (PKM) DUN Batu Caves 
dalam tempoh sebulan berakhir juga  setelah mendapat perhatian  ADUN  
disini.
Bantuan diberikan sedikit sebanyak memberi kegembiraan keluarga tertutama nenek dan
ibu",  ujarnya ketika ditemubual media di kediaman neneknya di Taman Selayang. Batu Caves.  
Sehubungan itu, warga emas, Sarah Kanu, 75,  terharu dengan bantuan yang di berikan ADUN
Batu  Caves, Amirudin Shari.  
“Saya sangat terharu dengan bantuan
dan perhatian diberikan ADUN disini yang sudi melawat saya di rumah. Alhamdulilah  dengan bantuan kerusi roda, saya dapat bergerak
serta menunaikan solat duduk dengan menguna kerusi  roda,
Sebelum ini, saya sukar untuk
bergerak jauh apatahlagi setiap kali ingin membuat pemeriksaan kesihatan setiap
bulan di Hospital Besar, K.Lumpur”, kata Sarah.
Tambah beliau lagi, "selain menerima  bantuan kerusi roda, saya juga dijemput
menyertai program Jom Shoping Warga Emas bersama ADUN yang akan diadakan di  Rawang. 
Bantuan diberikan  benar-benar saya rasa terharu kerana umur saya 
sudah 75 tahun,  saya tidak pernah menerima
bantuan daripada pemerintahan kerajaan terdahulu yang memerintah 50 thn.
 Wakil rakyat terdahulu juga tidak pernah  turun padang bertemu rakyat 
di rumah”. 
“Situasai ini sungguh berbeza,
apabila negeri Selangor  diurus kerajaan
pembangkang, wakil rakyat turun padang bertemu rakyat. Jelas terbukti rakyat Selangor terutamanya warga emas diberi
layanan istimewa tanpa memilih warna kulit dan parti. 
Justeru, saya berharap bantuan
untuk warga emas sentiasa dipertingkatkan agar rakyat rasa diri mereka diharga
pimpinan”, kata Sarah.  
Sarah merupakan ibu tunggal
menghadapi masalah tulang belakang lima tahun lalu akibat terjatuh daripada
bilik air ketika mengambil wudhu. 
Sementara itu, ADUN Batu Caves Amiruddin
Shari dalam lawatan ziarah warga emas  pula
berkata, "bantuan diberikan adalah hasil daripada kerajaan negeri sebagai negeri
yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan".  
"Saya harap dengan jemputan Jom
Shoping  warga emas diberi vaucar RM100, bantuan kerusi roda kepada beliau, harap dapat meringankan beban
dirinya  serta dapat menunaikan ibadah
solat dengan sempurna". 
Sekiranya Sarah tidak mampu untuk
mengikuti Program Jom Shopping, mereka boleh hantar anak sebagai wakil untuk membeli belah 
barag keperluan ibunya,  kata Amiruddin. 
 Editor : Khaulah Azwar
 
No comments:
Post a Comment