Thursday, June 9, 2011

TAWARAN RM16,300 CIPTA BLOG KREATIF





SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) menawarkan RM16,300 dan hadiah iringan yang lumayan kepada rakyat Selangor untuk mencipta Blog Kreatif yang bertemakan ‘Selangor Idamanku”.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali yang telah melancarkan pertandingan blog kreatif kelmarin di Bilik Mesyuarat MTES, SUK berkata “pertandingan ini merupakan acara yang julung kali dianjurkan oleh saya dengan mendapat kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel)”.

Harapan saya dan Kerajaan Negeri Selangor semoga dengan adanya pertandingan ini dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya. Sekiranya kita tidak merancangan bagaimana 20thn akan datang pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Adakah iaya berkemajuan atau sebaliknya?. Rententan itu, maka kita perlu mendidik dan melatih anak-anak muda, belia yang merupakan generasi pelapis Negara untuk menjadi seorang yang kreatif, beribawa untuk membawa Negara ini. Katanya, pertandingan ini akan bermula pada 7hb Jun, 2011 sehingga 31 Oktober 2011.

Terbuka kepada warganegara Malaysia kepada tiga kategori iaitu pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi (IPT) dan umum. Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang http:// www.selangor.idamanku.com. Tel No. 03-55447500 (Pn. Anis). Atau mendapatkan informasi ini di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di semua kawasan Negeri Selangor, Pejabat Ahli Majlis, Ketua-ketua Kg, Balai Penghulu Mukim di kawasan mereka dengan mengikuti syarat dan terma yang telah dinyatakan.

Menurutnya, Objektif pertandingan ini untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman. Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan konstruktif.

“Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu.

“Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri,” tegasnya.

Bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 sehingga 17thn tahun.
Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing.

Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas. Manakala kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal.

Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.


Editor : khaulah azwar

APAKAH UMNO/BN FAHAM MAKSUD “NEGARA BERKEBAJIKAN”



Batu Caves : Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) Hjh W. Hasrinah W. Hassan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Abdul Razak , dan timbalannya, Muhyiddin Yassin di dada akhbar dan media UMNO/BN dengan memperlekehkan teras perjuangan PAS kini untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Malah diperli-perli pula PAS yang kononnya tergamak meninggalkan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam sudah lari daripada landasan prinsip perjuangan PAS.

Disini, saya ingin menegaskan bahawa apa yang dikatakan oleh mereka adalah tidak tepat sama sekali, katanya ketika ditemubual oleh media petang semalam dalam program turun Padang melawat mangsa kebakaran dengan menyampaikan sumbangan kepada lima buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang berpunca daripada lintas pintas elektrik di Dewan Sungai Kertas.

“Kita tidak tahu apakah Najib dan UMNO/BN faham maksud Negara Berkebajikan? Disini saya ingin menegaskan Negara islam itu menuntut setiap pemimpin menjaga kebajikan rakyatnya dalam ertikata menjaga kebajikan rakyat dari segi ekonomi, khidmat dan sebagainya. Tetapi apa yang dibongokkan oleh UMNO/BN dengan mengelirukan rakyat pada hari ini dengan membidas ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperjuangkan serta membangun Negara Berkebajikan.

“Dalam ucapan dasar muktamar sepertimana yang dibentangkan pada Muktamar PAS ke 57, Hadi yang juga ahli parlimen Marang itu berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan”. Saya ingin menegaskan bahawa apa yang dibentangkan oleh Presiden PAS, tiada sebarang perubahan dasar yang berlaku berhubung perjuangan PAS melaksanakan ‘Negara Berkebajikan’ ini.

Menurut W.Hasrinah “Istilah ‘Negara Berkebajikan’ ditakrifkan mengikut Perlembagaan.

Kalau dalam Perlembagaan disebut ingin mewujudkan sebuah masyarakat dimana nilai-nilai dan hukum hakam Islam dilaksanakan yang menuju kepada keredhaan Allah, itu ada dalam Perlembagaan. Negara berkebajikan itu ditafsirkan berdasarkan perlembagaan.

Bukan berdasarkan tafsiran masing-masing,” katanya. Cuba kita perhatikan pula rakyat malaysia kini benar-benar rasa tertekan, ditindas apa yang dibawa oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN) yang kononnya Parti mereka telah mendahului PAS untuk melakasanakan Negara Berkebajikan.

Jika benar UMNO/BN telah melakasanakan Negara Berkebajikan mengapa rakyat tidak putus-putus ditekan dengan masalah ekonomi, subsidi yang telah diberi ditarik kembali atas alasan ingin menjimatkan wang Negara sedangkan apa yang berlaku kita lihat rakyat terbeban dengan sikap kerakusan pentadbiran UMNO/BN.

Mereka hidup mewah tetap rakyat hidup dengan kebimbangan berikutan dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. Mereka ini ibarat seperti lanun Negara. PAS yang membawa prinsip Negara Berkebajikan bukan sekadar membawa suara rakyat tetapi kita letakkan kepentingan rakyat daripada kepentingan individu itu sendiri.

Kita tidak ajar rakyat untuk meminta-minta tetapi kita bagi peluang kepada rakyat untuk mempertingkatkan ekonomi keluarga dengan melibatkan industri kecil (perniagaan) seperti apa yang dibawakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan memberi peluang kepada mereka untuk memulakan perniagaan dengan pinjaman Mikrokredit atau Mimbar.

Dimana rakyat tidak dikenakan bayaran faedah dan syarat-syarat pinjaman juga tidaklah begitu sukar untuk mereka ingin membuat pinjaman.

Begitu juga skim-skim yang ditawarkan oleh Kerajaan PR Selangor untuk membantu rakyat Selangor seperti (Skim IPT, SkimTawas dan bantuan-bantuan ibu tunggal). Apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor menunjukkan Negara Berkebajikan telah Berjaya dilaksanakan dan rakyat telahpun menerimanya. Bahkan Negara Selangor tidak muflis sedikitpun apabila memberi bantuan kepada rakyat.

Ini jelas terbukti ekonomi Negara menunjukkan Negeri Selangor berada di tempat ke 2 yang Berjaya meningkatkan taraf ekonomi Negara.

Sekali lagi disini, saya dan semua saf pimpinan samaada peringkat PARTI mahupun Kerajaan PR, “kita menegaskan bahawa apa yang kita berikan bukanlah gulakan rakyat seperti apa yang di omong-omongkan UMNO/BN untuk mengelirukan rakyat tetapi apa yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sehinga kini dengan memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira waktu bukan tibanya waktu pilihanraya seperti apa yang dilakukan oleh UMNO/BN".



Editor : khaulah azwar

Wednesday, June 8, 2011

PTRS Bukan Sekadar memberi tuisyen percuma


Meru, Klang : Pelajar yang telah menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah diberi didikan untuk memberi khidmat melakukan kerja-kerja amal yang melibatkan program kemasyarakatan.

Ini telah di perakui oleh Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, En. Mawandi Mohd Nisar, 39thn ketika di hubungi oleh pihak media pagi ini.

Katanya, “tujuan utama kita mengadakan program khas PTRS Rakan Muda Masjid adalah untuk mendidik jiwa pelajar agar melakukan kerja-kerja amal, memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengira parti dan agama. Ini adalah untuk memberi ruang kepada meraka mempelajari bagaimana untuk bersemuka dan bertoleransi dengan masyarakat pada masa akan datang”.

“Apabila mereka sudah bertemu dengan masyarakat, baru mereka mengetahui beginilah caranya apabila menjadi seorang pemimpin kelak. Jika mereka tidak didedahkan dengan pendekatan begini, mereka tidak mengetahui bagaimana untuk mengurus pentadbiran sebuah negeri, memberi khidmat kepada masyarakat, mengadakan program kemasyarakatan sama ada program Masjid, surau dan turun padang”.

Mereka adalah pelapis Negara jadi seharusnya kita yang perlu memberi didikan kepada mereka. Jesteru itulah pada hari ini Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Meru, dengan mendapat kerjasama Biro Pendidikan JKKK Meru dan Masjid As Syarif bersetuju mengadakan program gotong– royong untuk membersih kawasan Masjid As-Syarif.

Semoga dengan adanya program sebegini ianya sekaligus merapatkan diri pelajar dengan masjid agar masa mereka dapat dimanfaatkan sebaiknya. ujarnya.

Sementara itu pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, YB Dr Abd Rani Osman melahirkan syukurnya kerana PTRS yang berjalan dibawah pengurusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) menerusi YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor berjalan dengan lancar dalam 3thn lebih PR memerintah. Semenjak PTRS di tubuhkan di kawasan Negeri Selangor, apa yang kita lihat ianya telah memberi inpak maksima kepada semua pelajar yang telah mengikuti program PTRS.

Ini jelas terbukti pelajar yang telah berjaya cemerlangnya dalam peperiksaan, apabila mereka sudah melanjutkan pelajar ke IPT mereka masih berhubung dengan kami dan tenaga pengajar bahkan akhlak mereka juga lebih baik. Ini yang kita mahukan hasil daripada mengikuti PTRS.

Beliau berkata, PTRS bukan sahaja memberi kelas tuisyen untuk membantu keluarga pelajar yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah dan fakir miskin tetapi diadakan berbagai program untuk membentuk mereka menjadi pelajar yang beribawa, berakhlak mulia dengan mendapat didikan hasil daripada guru-guru PTRS.

Selain daripada itu disediakan berbagai program yang manfaat seperti motivasi, perkhemahan, S.P.I.E.S Keluarga dan lain-lain bagi memberi kesedaran kepada pelajar agar mereka tidak menyesal kemudian harinya sekiranya mereka terleka dengan mengikuti jalan yang dimurkai ALLAH, katanya .

Menurut Dr Rani, Program julung kali ini diadakan merupakan program penambahbaikan PTRS dengan meningkat daya saing antara mereka dan meningkat sahsiah dengan program amal untuk masyarakat.

Seramai 100 lebih pelajar yang telah mengikuti program amal ini. Insya-allah pada bulan Julai sempena kedatangan Ramadhan nanti kita akan adakan program khidmat masyarakat untuk membersih dan membaiki 4 biji rumah miskin.

Kerja-kerja amal ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa dan tidak terhenti di sini sahaja. Ini adalah untuk memberi didikan kepada pelajar-pelajar untuk merebut peluang pahala dan ganjaran yang diberikan dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan agar masa mereka dimanfaatkan sebaiknya pada bulan tersebut.

Program tersebut akan dibawa oleh KPMI Dun Meru , Encik Baharom Basiron yang merupakan penyelaras program PTRS, katanya. Diakhir sesi gotong – royong PTRS Rakan Muda Masjid pihak JKKK melalui Ketua Kampung dan Ketua Biro Encik Nordin telah menyampaikan tajaan buku tambahan rujukan SPM kepada semua pelajar untuk membantu pelajar-pelajar dalam membuat persediaan peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.


Editor : khaulah azwar

Chegubard masih dengan PKR


KUALA LUMPUR, 8 JUN – Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard yang dikatakan akan keluar parti untuk menyertai DAP atau PAS, masih kekal dengan PKR yang disertainya sejak 1999.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menjelaskan bahawa selagi beliau tidak dipecat oleh PKR, selagi itu beliau akan terus bersama dengan parti berkenaan.

“Biarlah saya katakan bahawa saya akan tetap menegur apa yang salah dan mempertahankan apa yang benar, termasuk dalam parti. Saya belum buat apa-apa keputusan.

“Lagi pun, kalaulah saya (yang mengkritik pimpinan parti) sekarang berada dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional, rasanya sudah lama saya dipecat,” katanya kepada media.

Beliau yang telah mempertikaikan proses pemilihan PKR pada akhir tahun lalu – sebelum dan selepas pengundian diadakan – di mana beliau bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan tetapi tewas kepada penyandang Shamsul Iskandar Md Akin, telah dikecam hebat oleh beberapa pemimpin utama parti.

Apabila ditanya sama ada DAP atau PAS bakal menjadi pilihan, jika benar-benar membuat keputusan meninggalkan PKR, Chegubard ketawa dan hanya menjawab: “Belum tahu lagi”.

Beliau mengakui faham dengan matlamat dan konteks prinsip Malaysian Malaysia serta Utamakan Rakyat Malaysia yang dibawakan oleh DAP.

“Saya tak nampak pun elemen negatif di situ, tetapi ia diwajahkan menjadi negatif oleh Barisan Nasional, sentiasa ditakutkan, sentiasa dimomokkan,” katanya.

Menurutnya, serangan UMNO dan BN terhadap DAP adalah kerja pecah perintah dan taktik lama yang mereka warisi dari penjajah.

Beliau menjelaskan, UMNO mahu menakutkan orang Melayu kerana bimbang DAP yang sudah membentuk kerajaan dan mentadbir dengan baik bersama dengan PKR dan PAS di Pulau Pinang akan dapat menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat.

“(Mengikut propaganda UMNO) apabila orang Cina sokong MCA atau SUPP, itu bukan perkauman, tetapi jika orang Cina menyokong DAP, maka ia perkauman. Jadi DAP menanggung beban yang lebih.

“Jika DAP berjaya bawa masuk orang Melayu menjadi ahli, menerima orang Melayu sebagai pemimpin, DAP akan berjaya menjadi parti yang benar-benar berwajah Malaysia. Dengan itu habislah UMNO dan BN,” tambah beliau.

Chegubard yakin DAP dapat kekal sebagai parti pelbagai kaum yang berprinsip dan adil walau pun ia membuka ruang yang lebih dan memberi pendidikan politik kepada kelompok pemimpin Melayu yang muda.

“Saya percaya dan yakin, dalam tempoh satu atau dua penggal ini, jika DAP berjaya mengubah wajah seperti itu, dengan menampilkan tokoh-tokoh kepimpinan muda Melayu, atau yang bukan Cina, DAP akan menjadi sebuah parti teraju dalam negara ini,” katanya.

Menurutnya eksperimen politik telah pun ditonjolkan sedikit melalui pilihan raya umum 2008 apabila PKR, PAS dan DAP enggan mengikut rentak BN yang meletakkan calon mengikut kaum.

“Ada tempat yang BN letak calon Melayu, kita letak calon Cina, ada tempat yang BN letak calon India, kita letak Melayu. Kita tak guna pakai lagi sistem ikut kaum. Sebab dalam perang, kejayaan yang pertama ialah kita jangan bermain di padang mereka.

“Sekarang yang BN panik kerana kita tak bermain di padang dia, jadi bila keluar dari padang mereka, kita main sistem peraturan lain dan akhirnya kita boleh menang,” jelasnya.

Tuesday, June 7, 2011

Jadikan Perpustakaan adalah Rumah Keduaku”





Pelabuhan Klang - Sebuah lagi Perpustakaan Komuniti Seri Perantau telah beroperasi baru-baru ini.

Lokasi perpustakaan tersebut bersebelahan projek perintis Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Selangor iaitu Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang beroperasi sebagai pusat aduan masalah sosial setempat.

Cadangan penubuhan Perpustakaan Komuniti Seri Perantau ini adalah hasil daripada YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Katanya, “tujuan utama kita wujudkan perpustakaan komuniti ini adalah untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan, Hub Pendidikan”.

“Ianya juga berfungsi sebagai Pusat Penerangan Kerajaan Negeri Selangor dan sebagai rujukan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Pengajian IPT RM 1,000.00 (HPIPT) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)”.

Selain daripada itu dapat mewujudkan suasana ilmu di kalangan penduduk Pangsapuri Seri Perantau terutama kanak-kanak dan remaja. Kita harap, dengan adanya perpusatakaan ini membolehkan mereka membuat rujukan dan percambahan pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu.

Disamping itu juga akan mengurangkan aktiviti kurang sihat dikalangan pelajar sekolah dan belia khususnya.

"Saya dan Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) ingin melahirkan seramai mungkin rakyat Selangor yang berpengetahuan melalui pembukaan perpustakaan komuniti ini", ujarnya dalam Majlis perasmian Perpustakaan Komuniti Seri Perantau baru-baru ini.

Turut hadir bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Puan Hajjah Mastura binti Mohammad. Antara kemudahan yang terdapat di perpustakaan komuniti ini selain bahan bacaan ialah Jalur Lebar percuma (wifi), set komputer, bilik bacaan dan aktiviti kanak-kanak serta set kerusi meja berbumbung di luar perpustakaan.

Dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang santai untuk menarik remaja dan belia sesuai dengan tema Perpustakaan adalah Rumah Keduaku.


Editor : khaulah azwar

Monday, June 6, 2011

(ADUN) BANGI MERASMIKAN PENUBUHAN ALUMNI (SRA), SASAPAN BATU MINANGKABAU




Bangi : Baru-baru ini AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Y.B Dr Shafie Abu Bakar, telah merasmikan Penubuhan Alumni Sekolah Rendah Agama (SRA), Sasapan Batu Minangkabau, Beranang.

Hadir sama pada petang ini ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Encik Saifuddin Shaari YDP PIBG SRA Sasapan Batu Minangkabau, En. Mohd. Fitri Saruni, Guru Besar, En. Waris bin Muhammad Ketua Kampong, Ustaz Jamaluddin Imam Satu Masjid Raja Alang, Beranang, AJK, ibu/bapa penjaga dan pelajar-pelajar. YDP PIBG SRA, En. Saifuddin Shaari memaklumkan tujuan diadakan Majlis Hi-Tea pada petang ini ialah bagi memungut derma untuk kegiatan aktiviti-aktiviti Sekolah melalui penjualan kopun dan penubuhan Alumni dan menghimpunkan maklumat semua bekas pelajar Sekolah ke dalam persatuan alumni, dengan ini dapat menyatupadukan mereka.

Adalah diharap mereka dapat membantu dan memajukan Sekolah sebagai ibu kandung yang mendidik mereka, khususnya dalam bidang keagamaan.

Katanya lagi, Sekolah SRA di sini bermula dari bangunan surau yang dikenali sebagai Madrasah Al-Kamaliah dibuka sejak 1960an, manakala Sekolah baru sekarang dibuka pada tahun 1970.
Tapak surau yang menjadi bangunan Sekolah sebelum ini didirikan surau baru yang indah yang diderma oleh seorang hamba Allah yang kos binaannya mungkin mencecah RM100 ribu ringgit.

Kini Sekolah baru tersebut mempunyai pelajar seramai berjumlah 330 orang. Bayangkan sejak 50 tahun yang lepas andaikan 100 pelajar belajar satu-satu masa, maka jumlah pelajar sudah melebihi 5,000 orang. Mereka inilah kita nak satukan ke dalam alumni, Kini tenaga pengajar di Sekolah ini berjumlah seramai 14 orang.

Sementara itu pula, ADUN Bangi merangkap Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu, Y.B Dr Shafie Abu Bakar mengucap tahniah di atas inisiatif PIBG dan pihak Sekolah mengadakan Hi-Tea dan pertemuan hari ini.

Katanya, dalam majlis perasmian Alumni, “Alhamdulilah saya benar-benar merasa bangga dengan semua pihak yang terlibat dalam usaha menubuhkan alumni Sekolah”.

Kewujudan alumni dapat menghimpunkan bekas pelajar-pelajar dan dengan itu banyak faedah dari penubuhannya. Insya Allah, saya yakin, mereka akan berusaha bagi memajukan Sekolah, bahkan Majlis Hi-Tea hari ini adalah dari usaha bekas pelajar yang anatarnya ada ibubapa dan anaknya adalah bekas pelajar Sekolah ini dan mengendalikan majlis hari ini.

Tentulah bila ada alumni, usaha bagi menghimpun dana bagi kepentingan Sekolah lebih mudah diadakan. Ulasnya lagi, “saya harap alumni bukan setakat mengadakan majlis seperti hari ini, tetapi memikir dan memberi sumbangan pendapat, bahkan bertindak bagi membentuk generasi muda yang menjadi pewaris kita di sini menjadi generasi yang dinamik yang bukan saja dapat memajukan Sekolah, tetapi masyarakat setempat di Sasapan Batu Minangkabau.

Bahkan peranan mereka boleh diluaskan ke Beranang, Hulu Langat dan seterusnya pihak-pihak sekolah SRA seluruh Negeri Selangor juga akan meneruskan usaha untuk menubuhkan Alumni.

Adalah menjadi cita-cita Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) bagi mendidik rakyat negeri Selangor sebagai rakyat yang mementingkan ilmu pengetahuan dan berakhlak dan berbudaya yang baik. “Kita patut bersyukur kepada Allah kerana Negeri Selangor amat peka dengan pendidikan dan pelajaran agama.

Sama-samalah kita membentuk generasi dan turunan kita sebagai generasi yang berusaha menegak kalimah Allah dan di dalam keredaan Allah – Insya Allah, katanya”.

Bagi memeriahkan majlis ini, diadakan juga persembangan Nasyid dari Sekolah tersebut dan diadakan cabutan bertua dilakukan oleh Y.B. Dr Che Rusli Che Mat dan Y.b Dr Shafie Abu Bakar dengan menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada pelajar dan alumni.



Editor : khaulah azwar

Sunday, June 5, 2011

ADUN MERAIKAN 142 ORANG PELAJAR CEMERLANG SPM, STPM, STAM sesi 2010



Gombak –Memberi penganugerahan kepada mereka yang Berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu merupakan sokongan moral untuk memastikan pencapaian sedemikian akan terus bersinar.

Bagi warga pelajar mungkin ianya satu pengiktirafan yang mampu membakar semangat mereka dalam ranjau perjalanan mengejar cita-cita masa depan.

Penghargaan dan pengiktirafan itu bukanlah sebagai satu kebanggaan tetapi ianya lebih bermakna andai dapat menjadi inspirasi dan transformasi kepada setiap pelajar di sesebuah sekolah untuk sentiasa meningkatkan usaha mengikut jejak rakan pelajar mereka yang telah bertakhta di persada kecemerlangan.

Realiti ini diperakui oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.b Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melalui ucapan sulungnya ketika menyempurnakan upacara perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) 2010 di Dewan Muhibah, Taman Bolton Gombak baru-baru ini.

“Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah berusaha bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi khasnya di bidang akademik. Majlis ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar yang berjaya mencipta kecemerlangan dan menempah nama dalam bidang kurikulum khasnya dan kokurikulum amnya.

“Kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar perlu dihargai dan semoga ianya juga akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk bersaing menuju ke puncak jaya,” katanya.

Disamping itu, Datuk Hasan juga memaklumkan bantuan-bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) bagi pelajar-pelajar yang bakal meneruskan pengajian di IPT.

Katanya, “bagi ahli keluarga yang pendapatan rendah RM1500 kebawah, Kerajaan Negeri Selangor (PR) akan memberi sumbangan IPT sebanyak RM1000 dan sekiranya pelajar ingin menyambungkan pengajian ke luar Negara, saya akan memberi sokongan sepenuhnya dengan memberi surat sokongan kepada IPT berkenaan agar kerja pengurusan kemasukan pelajar di permudahkan”.

Ucapan tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir dalam majlis tersebut.

Majlis yang dilangsungkan di ruang dewan itu bersemarak dengan upacara penyampaian anugerah demi anugerah kepada mereka yang mencipta lakaran kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Penghargaan diberi bermula dengan penyampaian anugerah akademik terbaik dengan menyaksikan penerima anugerah subjek terbaik SPM, STPM dan STAM 2010 tampil dengan wajah gembira dengan menerima Sijil Anugerah Cemerlang dan wang tunai RM100.

Sebagai seorang pemimpin dan tetamu kehormat, Datuk Hasan diberi penghormatan menyerahkan Anugerah tersebut kepada semua Pelajar.

Kegemilangan majlis yang penuh istiadat itu sigifikannya memberi gambaran jelas bahawa warga pendidik dan ibu bapa komited terhadap agenda pendidikan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab melahirkan modal insan yang berketrampilan yang mampu menghadapi cabaran globalisasi pada masa hadapan.

Bagi pelajar-pelajar pula ianya adalah satu tiupan semangat yang menagih pengertian bahawa sebenarnya langkah kejayaan baru bermula untuk mendaki dan menakluki puncak kejayaan.

Media juga difahamkan oleh Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Encik Omar Satari, seramai 142 orang pelajar diraikan dalam majlis tersebut yang di anjurkan oleh (PKM) DUN Gombak Setia. Mereka di berikan Hadiah cenderahati, sijil penganugerah pelajar cemerlang dan wang tunai RM100. Dan majlis itu merupakan program tahunan bagi meraikan pelajar-pelajar di kawasan DUN Gombak Setia.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI