Wednesday, June 8, 2011

PTRS Bukan Sekadar memberi tuisyen percuma


Meru, Klang : Pelajar yang telah menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah diberi didikan untuk memberi khidmat melakukan kerja-kerja amal yang melibatkan program kemasyarakatan.

Ini telah di perakui oleh Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, En. Mawandi Mohd Nisar, 39thn ketika di hubungi oleh pihak media pagi ini.

Katanya, “tujuan utama kita mengadakan program khas PTRS Rakan Muda Masjid adalah untuk mendidik jiwa pelajar agar melakukan kerja-kerja amal, memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengira parti dan agama. Ini adalah untuk memberi ruang kepada meraka mempelajari bagaimana untuk bersemuka dan bertoleransi dengan masyarakat pada masa akan datang”.

“Apabila mereka sudah bertemu dengan masyarakat, baru mereka mengetahui beginilah caranya apabila menjadi seorang pemimpin kelak. Jika mereka tidak didedahkan dengan pendekatan begini, mereka tidak mengetahui bagaimana untuk mengurus pentadbiran sebuah negeri, memberi khidmat kepada masyarakat, mengadakan program kemasyarakatan sama ada program Masjid, surau dan turun padang”.

Mereka adalah pelapis Negara jadi seharusnya kita yang perlu memberi didikan kepada mereka. Jesteru itulah pada hari ini Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Meru, dengan mendapat kerjasama Biro Pendidikan JKKK Meru dan Masjid As Syarif bersetuju mengadakan program gotong– royong untuk membersih kawasan Masjid As-Syarif.

Semoga dengan adanya program sebegini ianya sekaligus merapatkan diri pelajar dengan masjid agar masa mereka dapat dimanfaatkan sebaiknya. ujarnya.

Sementara itu pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, YB Dr Abd Rani Osman melahirkan syukurnya kerana PTRS yang berjalan dibawah pengurusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) menerusi YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor berjalan dengan lancar dalam 3thn lebih PR memerintah. Semenjak PTRS di tubuhkan di kawasan Negeri Selangor, apa yang kita lihat ianya telah memberi inpak maksima kepada semua pelajar yang telah mengikuti program PTRS.

Ini jelas terbukti pelajar yang telah berjaya cemerlangnya dalam peperiksaan, apabila mereka sudah melanjutkan pelajar ke IPT mereka masih berhubung dengan kami dan tenaga pengajar bahkan akhlak mereka juga lebih baik. Ini yang kita mahukan hasil daripada mengikuti PTRS.

Beliau berkata, PTRS bukan sahaja memberi kelas tuisyen untuk membantu keluarga pelajar yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah dan fakir miskin tetapi diadakan berbagai program untuk membentuk mereka menjadi pelajar yang beribawa, berakhlak mulia dengan mendapat didikan hasil daripada guru-guru PTRS.

Selain daripada itu disediakan berbagai program yang manfaat seperti motivasi, perkhemahan, S.P.I.E.S Keluarga dan lain-lain bagi memberi kesedaran kepada pelajar agar mereka tidak menyesal kemudian harinya sekiranya mereka terleka dengan mengikuti jalan yang dimurkai ALLAH, katanya .

Menurut Dr Rani, Program julung kali ini diadakan merupakan program penambahbaikan PTRS dengan meningkat daya saing antara mereka dan meningkat sahsiah dengan program amal untuk masyarakat.

Seramai 100 lebih pelajar yang telah mengikuti program amal ini. Insya-allah pada bulan Julai sempena kedatangan Ramadhan nanti kita akan adakan program khidmat masyarakat untuk membersih dan membaiki 4 biji rumah miskin.

Kerja-kerja amal ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa dan tidak terhenti di sini sahaja. Ini adalah untuk memberi didikan kepada pelajar-pelajar untuk merebut peluang pahala dan ganjaran yang diberikan dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan agar masa mereka dimanfaatkan sebaiknya pada bulan tersebut.

Program tersebut akan dibawa oleh KPMI Dun Meru , Encik Baharom Basiron yang merupakan penyelaras program PTRS, katanya. Diakhir sesi gotong – royong PTRS Rakan Muda Masjid pihak JKKK melalui Ketua Kampung dan Ketua Biro Encik Nordin telah menyampaikan tajaan buku tambahan rujukan SPM kepada semua pelajar untuk membantu pelajar-pelajar dalam membuat persediaan peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.


Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI