Thursday, June 9, 2011

APAKAH UMNO/BN FAHAM MAKSUD “NEGARA BERKEBAJIKAN”



Batu Caves : Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) Hjh W. Hasrinah W. Hassan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Abdul Razak , dan timbalannya, Muhyiddin Yassin di dada akhbar dan media UMNO/BN dengan memperlekehkan teras perjuangan PAS kini untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Malah diperli-perli pula PAS yang kononnya tergamak meninggalkan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam sudah lari daripada landasan prinsip perjuangan PAS.

Disini, saya ingin menegaskan bahawa apa yang dikatakan oleh mereka adalah tidak tepat sama sekali, katanya ketika ditemubual oleh media petang semalam dalam program turun Padang melawat mangsa kebakaran dengan menyampaikan sumbangan kepada lima buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang berpunca daripada lintas pintas elektrik di Dewan Sungai Kertas.

“Kita tidak tahu apakah Najib dan UMNO/BN faham maksud Negara Berkebajikan? Disini saya ingin menegaskan Negara islam itu menuntut setiap pemimpin menjaga kebajikan rakyatnya dalam ertikata menjaga kebajikan rakyat dari segi ekonomi, khidmat dan sebagainya. Tetapi apa yang dibongokkan oleh UMNO/BN dengan mengelirukan rakyat pada hari ini dengan membidas ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperjuangkan serta membangun Negara Berkebajikan.

“Dalam ucapan dasar muktamar sepertimana yang dibentangkan pada Muktamar PAS ke 57, Hadi yang juga ahli parlimen Marang itu berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan”. Saya ingin menegaskan bahawa apa yang dibentangkan oleh Presiden PAS, tiada sebarang perubahan dasar yang berlaku berhubung perjuangan PAS melaksanakan ‘Negara Berkebajikan’ ini.

Menurut W.Hasrinah “Istilah ‘Negara Berkebajikan’ ditakrifkan mengikut Perlembagaan.

Kalau dalam Perlembagaan disebut ingin mewujudkan sebuah masyarakat dimana nilai-nilai dan hukum hakam Islam dilaksanakan yang menuju kepada keredhaan Allah, itu ada dalam Perlembagaan. Negara berkebajikan itu ditafsirkan berdasarkan perlembagaan.

Bukan berdasarkan tafsiran masing-masing,” katanya. Cuba kita perhatikan pula rakyat malaysia kini benar-benar rasa tertekan, ditindas apa yang dibawa oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN) yang kononnya Parti mereka telah mendahului PAS untuk melakasanakan Negara Berkebajikan.

Jika benar UMNO/BN telah melakasanakan Negara Berkebajikan mengapa rakyat tidak putus-putus ditekan dengan masalah ekonomi, subsidi yang telah diberi ditarik kembali atas alasan ingin menjimatkan wang Negara sedangkan apa yang berlaku kita lihat rakyat terbeban dengan sikap kerakusan pentadbiran UMNO/BN.

Mereka hidup mewah tetap rakyat hidup dengan kebimbangan berikutan dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. Mereka ini ibarat seperti lanun Negara. PAS yang membawa prinsip Negara Berkebajikan bukan sekadar membawa suara rakyat tetapi kita letakkan kepentingan rakyat daripada kepentingan individu itu sendiri.

Kita tidak ajar rakyat untuk meminta-minta tetapi kita bagi peluang kepada rakyat untuk mempertingkatkan ekonomi keluarga dengan melibatkan industri kecil (perniagaan) seperti apa yang dibawakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan memberi peluang kepada mereka untuk memulakan perniagaan dengan pinjaman Mikrokredit atau Mimbar.

Dimana rakyat tidak dikenakan bayaran faedah dan syarat-syarat pinjaman juga tidaklah begitu sukar untuk mereka ingin membuat pinjaman.

Begitu juga skim-skim yang ditawarkan oleh Kerajaan PR Selangor untuk membantu rakyat Selangor seperti (Skim IPT, SkimTawas dan bantuan-bantuan ibu tunggal). Apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor menunjukkan Negara Berkebajikan telah Berjaya dilaksanakan dan rakyat telahpun menerimanya. Bahkan Negara Selangor tidak muflis sedikitpun apabila memberi bantuan kepada rakyat.

Ini jelas terbukti ekonomi Negara menunjukkan Negeri Selangor berada di tempat ke 2 yang Berjaya meningkatkan taraf ekonomi Negara.

Sekali lagi disini, saya dan semua saf pimpinan samaada peringkat PARTI mahupun Kerajaan PR, “kita menegaskan bahawa apa yang kita berikan bukanlah gulakan rakyat seperti apa yang di omong-omongkan UMNO/BN untuk mengelirukan rakyat tetapi apa yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sehinga kini dengan memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira waktu bukan tibanya waktu pilihanraya seperti apa yang dilakukan oleh UMNO/BN".



Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI