SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) menawarkan RM16,300 dan hadiah iringan yang lumayan kepada rakyat Selangor untuk mencipta Blog Kreatif yang bertemakan ‘Selangor Idamanku”.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali yang telah melancarkan pertandingan blog kreatif kelmarin di Bilik Mesyuarat MTES, SUK berkata “pertandingan ini merupakan acara yang julung kali dianjurkan oleh saya dengan mendapat kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel)”.
Harapan saya dan Kerajaan Negeri Selangor semoga dengan adanya pertandingan ini dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya. Sekiranya kita tidak merancangan bagaimana 20thn akan datang pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Adakah iaya berkemajuan atau sebaliknya?. Rententan itu, maka kita perlu mendidik dan melatih anak-anak muda, belia yang merupakan generasi pelapis Negara untuk menjadi seorang yang kreatif, beribawa untuk membawa Negara ini. Katanya, pertandingan ini akan bermula pada 7hb Jun, 2011 sehingga 31 Oktober 2011.
Terbuka kepada warganegara Malaysia kepada tiga kategori iaitu pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi (IPT) dan umum. Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang http:// www.selangor.idamanku.com. Tel No. 03-55447500 (Pn. Anis). Atau mendapatkan informasi ini di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di semua kawasan Negeri Selangor, Pejabat Ahli Majlis, Ketua-ketua Kg, Balai Penghulu Mukim di kawasan mereka dengan mengikuti syarat dan terma yang telah dinyatakan.
Menurutnya, Objektif pertandingan ini untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman. Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan konstruktif.
“Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu.
“Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri,” tegasnya.
Bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 sehingga 17thn tahun.
Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing.
Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas. Manakala kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal.
Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment