Monday, May 30, 2011

Kerajaan Selangor mahu remaja-belia diberi keutamaan





Shah Alam : Untuk mendekati golongan remaja belia pada masa ini memerlukan strategi yang betul dan pendekatan yang lebih berkesan untuk memenuhi keperluan dalam masa yang sama membentuk mereka ke arah mercu kejayaan.

“Mereka tidak boleh di ketepikan tetapi sebaliknya harus diberi keutamaan dalam apa juga. Segala pandangan belia remaja perlu di ambil kira oleh semua pihak samada keluarga, guru, dan pucuk pimpinan. Penilaian perlu dibuat samada baik atau sebaliknya”, kata Yb Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Baru-baru ini Yb Dr Halimah telah mengadakan pertemuan bersama ikon remaja yang sangat terkenal iaitu Ustaz Hasrizal Abd Jamil, Kaunselor IJN merangkap Pengasas SAIFULISLAM TRAINING AND CONSULTANCY.

Media difahamkan oleh Y. B Dr Halimah, Hasrizal mempunyai Bachelor Sharia & Islamic Studies (Honours) daripada Mu’tah Universiti (جامعة مؤتة), Jordan. Terdahulu Hasrizal menerima pendidikan di Sekolah Izzuddin Shah in Ipoh pada tahun 1988-92.

Beliau merupakan ikon yang beribawa sebagai pendakwah dalam memberi ceramah agama, program motivasi bersama pelajar dan masyarakat. Disamping itu juga beliau merupakan penulis buku yang sangat terkenal dan telah Berjaya menjual buku diperingkat National sebanyak 45 ribu buah buku yang berunsurkan motivasi, pendidikan dan pembentukan keluarga sakinah.

Katanya, “tujuan utama kita mengadakan pertemuan bersama ikon remaja Islam adalah untuk merancang program pengupayaan remaja belia. Antara fokus yang diberikan penekanan adalah untuk menyedarikan belia dan remaja tentang tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah di bumi Allah ini”.

Belia dan remaja adalah pemimpin Negara masa hadapan. Jika kita tidak berusaha membentuk generasi ini kearah kebaikan amatlah sukar untuk kita melahirkan pelapis-pelapis muda untuk menerajui Negara dengan baik.

Maka dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) terus berusaha membentuk dan melahirkan remaja belia yang berwawasan melalui program –program yang telah di susun seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS), S.P.I.ES dan sebagainya.

Harapan Kerajaan Selangor (PR) kepada golongan belia dan remaja adalah sangat tinggi agar mereka dapat mengamalkan budaya hidup positif dan menghindarkan diri daripada wabak gejala sosial yang meruncing dalam era dunia tanpa sempadan dek perkembangan teknologi tinggi yang tidak seimbang dan sarat dengan agenda hedonisme dan hubbud dunya”.

Untuk melahirkan belia seperti yang dinyatakan maka Kerajaan Negeri Selangor (PR) telah merancang untuk mengadakan pembangunan fizikal yang lebih sistematik dan holistic antaranya ialah pembangunan Selangor adalah memacu pembangunan modal insan.

Menurut Halimah yang di maksudkan dengan Pembangunan Modal Insan ini ialah akan merangkumi seluruh elemen teras manusia dengan cara yang sinergistik dan sepadu bagi mempastikan kejayaan mencapai matlamat individu, unit keluarga serta masyarakat dan negeri cemerlang.

“Usaha ini sudah tentu memerlukan sistem sokongan konkrit dan penglibatan semua pihak. Ianya tidak boleh di letakkan dibahu individu tertentu sahaja khususnya dalam pembangunan aset terpenting iaitu remaja belia yang bakal mewarisi negeri Selangor” ujarnya.



Editor : khaulah azwar

Sunday, May 29, 2011

AUKU DI BAWAH IPT NEGERI SELANGOR BAKAL DI HAPUSKAN





S.Alam – Lebih 400 orang mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai IPT di Negeri Selangor termasuk pelajar Selangor yang belajar di luar Selangor telah berjaya di kumpulkan dalam Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor(MPMS) di Dewan Banquet, Dewan Jubli Perak SUK Selangor baru-baru ini.

Pengarah Program Anwar Shahfuan Izam Bin Mohd Pilos, 21 thn berkata, “tujuan kita mengadakan program ini adalah kerana untuk memberi peluang kepada semua mahasiswa beramah mesra dengan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor”.

Di samping itu bagi berkongsi pendapat tentang hak mahasiswa pada masa ini yang kini semakin di sekat dan dicengkam oleh pihak-pihak tertentu lebih-lebih lagi apabila mahasiswa terlibat dalam program kemasyarakatan dan saat tiba pilihanraya kampus (PRK). Penekanan demi penekanan diberikan oleh pihak tertentu menyebabkan mahasiswa merasa tertekan apabila diadakan sistem AUKU di IPT yang tidak di sokong oleh semua mahasiswa dan mahasiswi.

Katanya, “dengan adanya sistem AUKU menyebabkan mahasiswa tidak mampu bersuara sedangkan kampus adalah satu tempat tarbiyah (didikan) kepada mahasiswa untuk mempelajari sesuatu pentadbiran sebelum mereka keluar daripada kampus”.

Mahasiswa adalah pelapis kepada Negara akan datang tetapi jika berbagai sekatan dilakukan apakah mahasiswa mampu menjadi pimpinan yang beribawa untuk mentadbir Negara akibat daripada tekanan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Menurut Anwar, Konvesyen Mahasiswa ini juga membincangkan mengenai reality di Malaysia yang berhubungkait dengan pentadbiran ekonomi dan hak asasi rakyat.

“Apa yang kita lihat pertemuan dua mata antara mahasiswa dan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor memberi gambaran yang sangat positif kerana setiap persoalan yang timbul telah dijawab dengan tulus dan kebanyakkan mahasiswa yang hadir malam ini rasa berpuas hati dengan majlis yang diadakan”.

“Kita juga merasa terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan semua saf pimpinan Exco Selangor yang sudi meluangkan masa dengan mengadakan majlis makan malam dan dailog mahasiswa. Segala cadangan dan pandangan yang bernas telah diberikan bagi mengatasi kemelut yang timbul di kampus yang sekaligus boleh menyekat mahasiswa untuk bersuara”, katanya.

Sementara itu pula Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapannya, “Selangor akan bebas daripada sistem AUKU. Mana-mana IPT yang berdaftar dibawah Selangor akan menjadi kampus Selangor (anak angkat). “Semua mahasiswa-mahasiswi yang akan masuk IPT Selangor sekiranya melibatkan diri dalam mana-mana program yang melibatkan kemasyarakatan akan di beri pelindungan di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan mereka tidak akan disekat oleh mana-mana pihak tertentu”.

Sekiranya mahasiswa dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, kita harap pelajar dapat memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku sedangkan Mahasiswa perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dengan semua program kemasyarakatan untuk mempelajari sesuatu perkara.

Hak kebebasan bersuara juga perlu diberi untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa. Hanya dengan pendekatan mahasiswa dengan masyarakat mereka akan tahu apa masalah rakyat dan bagaimana pula untuk menyelesai masalah rakyat, katanya.

Insya-allah hal ini akan saya bincangkan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuhkan satu pasukan yang di panggil Legal 8 untuk membantu pelajar-pelajar tersebut jika mereka di dapati di kenakan tindakan undang-undang.

Kita akan menolong mereka untuk menerangkan kebebasan yang diberikan Kerajaan Negeri. Menurut Abd Khalid lagi, penyebaran ilmu pengetahuan tidak seharusnya di sekat kerana ia adalah perintis yang menggerakkan proses pembangunan secara berterusan khususnya di Negeri Selangor.

Bahkan katanya, mana-mana individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT di Selangor berpeluang berlajar mengikut cara terbuka. Jesteru itulah beliau juga bercadang untuk menganjurkan sebuah program yang akan membuka ruang kepada mahasiswa untuk turun padang bertemu dengan rakyat Selangor sekurang-kurangnya seminggu di kawasan yang terpilih bagi mempelajari teknik dan cabaran menjadi seorang pemimpin.

Insya-allah perkara ini akan diusul kepada Kerajaan Pusat untuk melupuskan AUKU. Ini adalah bertujuan untuk memastikan IPT-IPT di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bebas daripada cengkaman AUKU, katanya dalam ucapan majlis dailog bersama mahasiswa. Turut hadir saf – saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan pembentangan kertas kerja Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Prof Dr Mohaya Muhammad, Tokoh Ilmuan Negeri Selangor 2010.



Editor : khaulah azwar

Faridah Bimbang Tebing Sungai semakin terhakis


Gombak – Cuaca yang tidak menentu menyebabkan penduduk yang duduk berhampiran Kawasan tanah tinggi mahupu berhampiran sungai menjadi fobia.

Ini berikutan apabila mengingati kejadiah tanah runtuh di Hulu Langat yang berlaku baru-baru ini menimbuskan 25 mangsa, telah meragut 16 nyawa manakala sembilan lagi terselamat telah menggemparkan seluruh Negara dan mendapat perhatian orang ramai.

Berikutan dengan beberapa tempat kejadian tanah runtuh, satu sesi lawatan turun padang oleh petugas-petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Penghulu Kampung Mukim Setapak, Ketua Zon 9 Gombak telah diadakan petang semalam di beberapa tempat lokasi yang melibatkan kawasan tebing sungai, tanah tinggi dan berbukit .

Pn. Faridah Muhyidin, 57 thn yang telah menerima kunjungan daripada rombongan PKM DUN
Gombak Setia melahirkan kebimbangannya apabila tebing rumahnya semakin terhakis.

Katanya, “Tanah yang kami duduk disini merupakan tanah persendirian dan mempunyai geran tanah. Saya telah menduduki rumah tersebut selama 57 thn dan tidak pernah berlaku kejadian seperti ini”.

Kejadian ini berlaku sebulan lalu. Ianya berpuca daripada kayu balak yang jatuh di laluan air sungai Gombak yang menggabungkan sungai Pahang yang telah melanggari tebing sungai rumah ini.

Semasa kayu balak tersebut hanyut di bawa air sungai, kami tidak nampak berlaku tanda-tanda awal tebing sungai ini terhakis namun mungkin cuaca tidak menentu menyebabkan tanah kawasan tebing ini semakin terhakis,katanya.

Menurutnya lagi, disini tedapat tiga buah rumah yang dibina. Kira-kira ahli keluarga disini lebih kurang 25 orang.

Walaupun kami sudah duduk disini sudah lama namun semenjak berlakunya runtuhan tahan di Hulu Langat membuatkan kami rasa benar-benar bimbang lebih-lebih lagi apabila waktu hujan lebat disebelah malam.

Aduan telah saya buat kepada petugas PKM DUN Gombak Setia. Saya harap pihak PKM dapat meleraikan kebimbangan penduduk disini kerana sekarang musim hujan jika tidak diambil tindakan bimbang tanah ini terhakis sedikit demi sedikit. Tidak mustahil jika air sungai pasang, rumah ini pula akan terhanyut, katanya ketika media bertemu di kediamannya yang terletak di Batu 8 Gombak.

Sementara itu pula, petugas PKM DUN Gombak Setia Wan Mohd Noor B. Hussain pula berkata,”aduan ini telah saya terima seminggu yang lalu dan saya telah ambil tindakan sewajarnya dengan menghantarkan aduan ini kepada PKM. Insya-allah setelah di teliti keadaan tebing yang runtuh di kawasan perumahan tersebut, saya cadangkan agar di pasangkan batu tangkar untuk mengelakkan tebing tersebut terhakis”.

PKM DUN Gombak Setia, juga telah memaklumkan kepada saya aduan ini akan di usulkan kepada Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) Daerah Gombak untuk tindakan segera bagi menjaga keselamatan penduduk di sini, katanya.


Editor : khaulah azwar

Thursday, May 26, 2011

Majlis sambutan Chittirai Puttandu meriah


Batu Caves- Masyarakat Kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves telah melakarkan sejarahnya apabila perayaan “sambutan Chittirai Puttandu (Tahun Baru Tamil) diadakan dengan begitu meriah sekali apabila kehadiran melebihi 2000 orang”.

Pengarah Program Malam Kebudayaan Tahun Baru Chittirai Krishnan Chtty berkata, "Ketibaan bulan Mei sangat dinantikan oleh Kaum India, dimana Komuniti Tamil dan Malayali akan menyambut perayaan ini.

Masyarakat India sememangnya mempunyai kepelbagaian tradisi yang luas serta mendalam. Dalam konteks ini, kita harus bertekad untuk mengetahui dan memahami kepelbagaian dan pengertian tradisi dan kebudayaan semua kaum di Malaysia.

"Dengan cara beginilah akan melahirkan pendekatan antara satu sama lain tanpa mengira pemahaman agama dan politik, katanya.”

Majlis malam kebudayaan ini juga telah diadakan tarian bongo dan permainan bunga api berwarna warni. Letupan bunga api ini memberi gambaran kegembiraan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut kerana rakyat kaum india disini tidak menyangka perayaan ini diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Y.B Amiruddin Shari dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Y.B Dr A. Xavier Jayakumar Pengerusi Tetap, Jawatan Kuasa Kesihatan Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

Menurutnya, selama 50thn Kerajaan UMNO/BN memerintah, kami tidak dapat merasakan perayaan seperti ini apatahlagi untuk bersama dengan pucuk pimpinan mereka.

Ini amat berbeza dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sudi meluangkan masa untuk bersama walaupun kita sendiri maklum mereka sibuk dengan pengurusan pentadbiran negeri namun masa tetap diberikan untuk bersama rakyat. Rakyat disini benar-benar rasa terharu.

Dalam pertemuan majlis bersama rakyat india disini juga, YB Dr Xavier telah memberi beberapa taklimat kepada semua yang hadir mengenai Bantuan Kerajaan Negeri melalui Skim –skim yang di tawarkan (Skim Bantuan IPT, Skim Warga Emas (SMUE),dan sebagainya, katanya.

Dr Xavier dalam ucapan majlis tersebut meminta agar kaum india disini tidak semudah itu mempercayai isu-isu yang dimainkan oleh UMNO/BN terutamanya bantuan pelajaran, tanah tapak sekolah untuk kaum india. Apa yang dikatakan oleh UMNO/BN adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Katanya, semenjak Kerajaan PR memerintah semua jenis bantuan telah di salurkan kepada rakyat dengan adil tanpa mengira perkauman dan politik.

“Saya percaya rakyat Selangor telah banyak menerima bantuan daripada Kerajaan (PR). Ini termasuklah bantuan persekolahan yang diberikan setiap tahun kepada pelajar bagi golongan keluarga berpendapatan rendah RM1500 kebawah, OKU dan fakir miskin. Saya harap bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PR kepada rakyat tidak dimanupulasikan oleh mana-mana pihak kerana ini adalah hasil Kerajaan PR dan pulangannya diberikan kepada rakyatnya kembali”.

Selain daripada itu, isu kuil yang dimainkan oleh UMNO/BN di Kg. Laksamana akan diambil tindakan segera dalam masa terdekat ini dengan mengadakan mesyuarat khas bersama ADUN dan beberapa orang penduduk di Pejabat SUK untuk atasi isu tersebut, katanya.

Sementara itu pula sempena tahun baru india, Y.B Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves juga telah menyampaikan sumbangan Pakaian Kain Sari bernilai RM150 dan Kain Doty bernilai RM100 kepada 100 orang fakir miskin.

“Pemberian ini adalah satu sumbangan kepada gologan yang kurang upaya dan fakir miskin agar mereka juga merasa kegembiraan pada Tahun Baru Chittirai yang di raikan oleh Kaum India pada hari ini.”

Harapan saya semoga tahun baru ini, kita mengambil peluang untuk memperbaharui komitmen kita untuk berempati dan sentiasa memberi kepentingan kepada pandangan orang lain, tidak kira apabila menangani isu-isu tempatan mahupun dalam usaha menjana kemajuan untuk Negara.

Sebagai ADUN Batu Caves, saya akan cuba memberi khidmat terbaik kepada semua golongan tanpa mengira parti dan perkauman. Saya amat berharap semoga rakyat disini dapat memberi kerjasama dengan saya dan memaklumkan sebarang masalah yang di hadapi oleh mereka untuk di ambil tindakan segera.

Semoga dengan maklumat terkini yang di sampaikan oleh wakil Exco Kerajaan Negeri Selangor rakyat dapat menilai sebaiknya walaupun Kerajaan PR memerintah 3thn lebih namun ianya telah membuahkan hasil yang banyak dan di salurkan kepada rakyat ini amat berbeza di bawah pemerintahan Kerajaan UMNO/BN 50thn memerintah rakyat tidak mendapat hasilnya malahan sering ditindas, katanya.

Turut Hadir bersama saf-saf pimpinan Ahli Majlis MPS Zon Batu Caves, ketua- ketua kampung dan Penghulu Mukim Batu Caves.



Editor : khaulah azwar

Tanah Runtuh : Kerajaan Selangor Kenal Pasti Tapak Baharu



KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti sebidang tanah sesuai untuk membina premis baru bagi menempatkan kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat kerana bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki.

Ini berikutan tapak bangunan itu berhadapan dengan risiko tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, sehingga menyebabkan 16 orang terbunuh serta disahkan sebagai tidak selamat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat supaya mencari tapak baru yang lebih selamat di sekitar kawasan berkenaan untuk didirikan premis atau bangunan untuk kemudahan anak-anak yatim dan kanak-kanak lain yang mahu mendalami ilmu agama.

Kata beliau, kerajaan negeri akan menawarkan tapak baru yang akan dikenal pasti itu kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia untuk dibina premis baru.

“Kita akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah,” kata Menteri Besar dalam satu kenyataannya hari ini.

Tambah Khalid, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.

“Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai anak-anak yatim di Madrasah al-Taqwa, Khalid berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk menempatkan mereka di sekolah yang berada di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kejadian tanah runtuh yang menimbus Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat itu berlaku sekitar jam 2.30 petang itu yang menimbuskan 25 mangsa, telah meragut 16 nyawa manakala sembilan lagi terselamat.

Kekalkan Harga Barang, Strategi BN menjelang PRU




SHAH ALAM 26 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Malah katanya, pengumuman tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG dibuat kerana Umno-BN sedar tindakkannya itu hanya akan menyebabkan rakyat menolak parti itu sekali gus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia.

“Dengan kata lain, jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

“Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO-BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Lee Khai Loon, meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tindakan kabinet itu tiada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang, namun kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.

Dalam pada itu, AMK turut kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat ‘candu’ kepada rakyat.

Justeru katanya, polisi kerajaan itu jelas bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan 1 Malaysia.

“Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat pengeluar tenaga Bebas (IPP)," ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat ini telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat, manakala rungutan dan kemarahan rakyat juga kian bertambah.

“Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO-BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap.

“Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat,’ katanya.

Wednesday, May 25, 2011

Orang ramai minta buat laporan polis jika terima VCD lucah



Rawang- Pakatan Rakyat (PR) DUN Rawang menyelar tindakan yang dilakukan oleh UMNO/BN yang telah menghantarkan 3 keping salinan VCD Seks Lucah bersiri dengan risalah lucah dalam bahasa melayu di pejabat JKKK.

“Kami telah membuat laporan polis di IPD Rawang pagi tadi dengan tujuan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kerja penyebaran risalah berunsurkan lucah dan fitnah ini,” kata Y.B Gan Pei Nei, AhlI Dewan Undangan Neger (ADUN) Rawang. Turut bersama beliau beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang”.

“VCD seks tersebut telah diterima lima pengerusi JKKK kampung baru Cina dalam Daerah Gombak, manakala bahan sama diterima di dua kampung kawasan Melayu”. Katanya,

“risalah ini adalah bertujuan untuk memburukkan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dan mereka ingin rakyat tahu watak dalam VCD ini adalah (DSAI) . Kita yakin rakyat tidak semudah itu mempercayai rakaman tersebut yang sudah pasti pelakunya bukan DSAI”.

Kita sudah buat semakan kiriman VCD tersebut. Pengirimnya daripada S.Alam dan telah di berikan kepada JKKK KG Baru Daerah Gombak yang melibatkan 5 kawasan. Kiriman tersebut telah kami terima pada hari Isnin 23hb Mei, 2011. Manakala bagi Kg Melayu, Rawang pula kiriman tersebut daripada Melaka yang telah diterima 24hb Mei, 2011.

Saya yakin kiriman yang diberi adalah orang yang sama. Ini merupakan konspirasi yang amat teruk dengan tujuan untuk mempengaruhi rakyat. Saya harap, rakyat yang telah menerima VCD lucah ini perlu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Gan, penyebaran VCD dan risalah seks ini bukan berlaku di sekitar Rawang sahaja tetapi telah diberi kepada Hulu Selangor. Kita percaya mereka melakukan kerja dengan begitu terancang untuk menjatuhkan DSAI dan memporak peranda Pakatan Rakyat (PR).

“Kita amat bimbang sekali dengan penyebaran maklumat ini. Sekarang mereka membuat penyebaran di Pejabat-pejabat JKKK dan mungkin selepas ini mereka beri pula kepada Ahli Majlis, dimana alamat tersebut boleh di dapati melalui laman website”. Ini semua berpunca daripada Datuk T, disebabkan beliaulah pita rakaman ini telah tersebar luas.

Kita juga rasa kesal bagaimana tindakan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mengambil perhatian isu ini. Tidak mungkin orang awam membuat tindakan begini yang memerlukan modal yang banyak. Ini semua kerja-kerja yang telah dirancang begitu rapi oleh UMNO/BN untuk meneruskan agenda mereka meyebarkan fitnah kepada DSAI.

Terdahulu kita di fahamkan oleh pihak polis, di mana mereka telah menyatakan pita rakaman original lucah ini tidak akan tersebar luas tetapi sekarang ribuan VCD telah dicetak dan tersebar di mana-mana sahaja seperti di cermin kereta, masjid dan surau. Kerja yang tidak mendatangkan manfaat ini sudah pasti boleh merosakkan minda rakyat.

Menjadi kebimbangan kita juga jika pelajar-pelajar sekolah melihat VCD lucah ini yang tidak sepatut dilihat oleh mereka. Kita harap pihak polis memandang serius isu ini. Tindakan undang-undang tegas perlu di ambil terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja penyebaran dan membuat VCD lucah ini.

Kita kesal sepatutnya UMNO/BN harus memikirkan masalah Ekonomi Negara yang semakin menekan kepada rakyat. Tetapi UMNO/BN tidak habis-habis memainkan isu seks.

“Saya juga merasa malu apabila berada di Hong Kong bulan lepas untuk menyertai forum wanita bagi menggalakkan wanita terlibat dalam badan NGO. Semua yang hadir menyoal kepada saya tentang isu seks ini. Mereka pertikai mengapa Negara Malaysia tergilakan isu seks sedangkan banyak masalah Negara perlu diselesaikan oleh Kerajaan Pusat bukan mengadakan isu-isu yang tidak masuk akal. Bagaimana pentadbiran malaysia sebenarnya?”.

Dengan persoalan yang di timbulkan oleh rakyat di Negara luar ini memberi gambaran yang tidak elok kepada Negara Malaysia. Sampai bilakah Kerajaan Pusat ingin mainkan isu ini, katanya dengan kesal selepas membuat laporan polis di IPD Rawang.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI