Thursday, May 26, 2011

Majlis sambutan Chittirai Puttandu meriah


Batu Caves- Masyarakat Kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves telah melakarkan sejarahnya apabila perayaan “sambutan Chittirai Puttandu (Tahun Baru Tamil) diadakan dengan begitu meriah sekali apabila kehadiran melebihi 2000 orang”.

Pengarah Program Malam Kebudayaan Tahun Baru Chittirai Krishnan Chtty berkata, "Ketibaan bulan Mei sangat dinantikan oleh Kaum India, dimana Komuniti Tamil dan Malayali akan menyambut perayaan ini.

Masyarakat India sememangnya mempunyai kepelbagaian tradisi yang luas serta mendalam. Dalam konteks ini, kita harus bertekad untuk mengetahui dan memahami kepelbagaian dan pengertian tradisi dan kebudayaan semua kaum di Malaysia.

"Dengan cara beginilah akan melahirkan pendekatan antara satu sama lain tanpa mengira pemahaman agama dan politik, katanya.”

Majlis malam kebudayaan ini juga telah diadakan tarian bongo dan permainan bunga api berwarna warni. Letupan bunga api ini memberi gambaran kegembiraan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut kerana rakyat kaum india disini tidak menyangka perayaan ini diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Y.B Amiruddin Shari dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Y.B Dr A. Xavier Jayakumar Pengerusi Tetap, Jawatan Kuasa Kesihatan Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

Menurutnya, selama 50thn Kerajaan UMNO/BN memerintah, kami tidak dapat merasakan perayaan seperti ini apatahlagi untuk bersama dengan pucuk pimpinan mereka.

Ini amat berbeza dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sudi meluangkan masa untuk bersama walaupun kita sendiri maklum mereka sibuk dengan pengurusan pentadbiran negeri namun masa tetap diberikan untuk bersama rakyat. Rakyat disini benar-benar rasa terharu.

Dalam pertemuan majlis bersama rakyat india disini juga, YB Dr Xavier telah memberi beberapa taklimat kepada semua yang hadir mengenai Bantuan Kerajaan Negeri melalui Skim –skim yang di tawarkan (Skim Bantuan IPT, Skim Warga Emas (SMUE),dan sebagainya, katanya.

Dr Xavier dalam ucapan majlis tersebut meminta agar kaum india disini tidak semudah itu mempercayai isu-isu yang dimainkan oleh UMNO/BN terutamanya bantuan pelajaran, tanah tapak sekolah untuk kaum india. Apa yang dikatakan oleh UMNO/BN adalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Katanya, semenjak Kerajaan PR memerintah semua jenis bantuan telah di salurkan kepada rakyat dengan adil tanpa mengira perkauman dan politik.

“Saya percaya rakyat Selangor telah banyak menerima bantuan daripada Kerajaan (PR). Ini termasuklah bantuan persekolahan yang diberikan setiap tahun kepada pelajar bagi golongan keluarga berpendapatan rendah RM1500 kebawah, OKU dan fakir miskin. Saya harap bantuan yang diberikan oleh Kerajaan PR kepada rakyat tidak dimanupulasikan oleh mana-mana pihak kerana ini adalah hasil Kerajaan PR dan pulangannya diberikan kepada rakyatnya kembali”.

Selain daripada itu, isu kuil yang dimainkan oleh UMNO/BN di Kg. Laksamana akan diambil tindakan segera dalam masa terdekat ini dengan mengadakan mesyuarat khas bersama ADUN dan beberapa orang penduduk di Pejabat SUK untuk atasi isu tersebut, katanya.

Sementara itu pula sempena tahun baru india, Y.B Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves juga telah menyampaikan sumbangan Pakaian Kain Sari bernilai RM150 dan Kain Doty bernilai RM100 kepada 100 orang fakir miskin.

“Pemberian ini adalah satu sumbangan kepada gologan yang kurang upaya dan fakir miskin agar mereka juga merasa kegembiraan pada Tahun Baru Chittirai yang di raikan oleh Kaum India pada hari ini.”

Harapan saya semoga tahun baru ini, kita mengambil peluang untuk memperbaharui komitmen kita untuk berempati dan sentiasa memberi kepentingan kepada pandangan orang lain, tidak kira apabila menangani isu-isu tempatan mahupun dalam usaha menjana kemajuan untuk Negara.

Sebagai ADUN Batu Caves, saya akan cuba memberi khidmat terbaik kepada semua golongan tanpa mengira parti dan perkauman. Saya amat berharap semoga rakyat disini dapat memberi kerjasama dengan saya dan memaklumkan sebarang masalah yang di hadapi oleh mereka untuk di ambil tindakan segera.

Semoga dengan maklumat terkini yang di sampaikan oleh wakil Exco Kerajaan Negeri Selangor rakyat dapat menilai sebaiknya walaupun Kerajaan PR memerintah 3thn lebih namun ianya telah membuahkan hasil yang banyak dan di salurkan kepada rakyat ini amat berbeza di bawah pemerintahan Kerajaan UMNO/BN 50thn memerintah rakyat tidak mendapat hasilnya malahan sering ditindas, katanya.

Turut Hadir bersama saf-saf pimpinan Ahli Majlis MPS Zon Batu Caves, ketua- ketua kampung dan Penghulu Mukim Batu Caves.



Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI