Sunday, May 29, 2011

Faridah Bimbang Tebing Sungai semakin terhakis


Gombak – Cuaca yang tidak menentu menyebabkan penduduk yang duduk berhampiran Kawasan tanah tinggi mahupu berhampiran sungai menjadi fobia.

Ini berikutan apabila mengingati kejadiah tanah runtuh di Hulu Langat yang berlaku baru-baru ini menimbuskan 25 mangsa, telah meragut 16 nyawa manakala sembilan lagi terselamat telah menggemparkan seluruh Negara dan mendapat perhatian orang ramai.

Berikutan dengan beberapa tempat kejadian tanah runtuh, satu sesi lawatan turun padang oleh petugas-petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Penghulu Kampung Mukim Setapak, Ketua Zon 9 Gombak telah diadakan petang semalam di beberapa tempat lokasi yang melibatkan kawasan tebing sungai, tanah tinggi dan berbukit .

Pn. Faridah Muhyidin, 57 thn yang telah menerima kunjungan daripada rombongan PKM DUN
Gombak Setia melahirkan kebimbangannya apabila tebing rumahnya semakin terhakis.

Katanya, “Tanah yang kami duduk disini merupakan tanah persendirian dan mempunyai geran tanah. Saya telah menduduki rumah tersebut selama 57 thn dan tidak pernah berlaku kejadian seperti ini”.

Kejadian ini berlaku sebulan lalu. Ianya berpuca daripada kayu balak yang jatuh di laluan air sungai Gombak yang menggabungkan sungai Pahang yang telah melanggari tebing sungai rumah ini.

Semasa kayu balak tersebut hanyut di bawa air sungai, kami tidak nampak berlaku tanda-tanda awal tebing sungai ini terhakis namun mungkin cuaca tidak menentu menyebabkan tanah kawasan tebing ini semakin terhakis,katanya.

Menurutnya lagi, disini tedapat tiga buah rumah yang dibina. Kira-kira ahli keluarga disini lebih kurang 25 orang.

Walaupun kami sudah duduk disini sudah lama namun semenjak berlakunya runtuhan tahan di Hulu Langat membuatkan kami rasa benar-benar bimbang lebih-lebih lagi apabila waktu hujan lebat disebelah malam.

Aduan telah saya buat kepada petugas PKM DUN Gombak Setia. Saya harap pihak PKM dapat meleraikan kebimbangan penduduk disini kerana sekarang musim hujan jika tidak diambil tindakan bimbang tanah ini terhakis sedikit demi sedikit. Tidak mustahil jika air sungai pasang, rumah ini pula akan terhanyut, katanya ketika media bertemu di kediamannya yang terletak di Batu 8 Gombak.

Sementara itu pula, petugas PKM DUN Gombak Setia Wan Mohd Noor B. Hussain pula berkata,”aduan ini telah saya terima seminggu yang lalu dan saya telah ambil tindakan sewajarnya dengan menghantarkan aduan ini kepada PKM. Insya-allah setelah di teliti keadaan tebing yang runtuh di kawasan perumahan tersebut, saya cadangkan agar di pasangkan batu tangkar untuk mengelakkan tebing tersebut terhakis”.

PKM DUN Gombak Setia, juga telah memaklumkan kepada saya aduan ini akan di usulkan kepada Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) Daerah Gombak untuk tindakan segera bagi menjaga keselamatan penduduk di sini, katanya.


Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI