KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah membuka bilik gerakan pilihan raya bagi mempersiapkan jentera pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac nanti.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sekaligus telah melantik Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Negeri Kajang.
Sehubungan itu, bilik Gerakan Utama PAS Selangor beroperasi di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang.
"Petugas-petugas PAS dari dalam dan luar Selangor yang akan bertugas di Kajang bolehlah menghubungi Mohd Shariff Din, Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dewan Negeri Kajang di 013 3883700 untuk penyelarasan," katanya dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya.
Pilihan Raya N25 Kajang diadakan berikutan wakil rakyatnya Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimumkan sebagai calon PKR oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala 23 Mac pula adalah hari membuang undi.
No comments:
Post a Comment