Monday, February 3, 2014

Seruan Jihad- siapa yang bertanding ayuh gempur



K.Lumpur : AYUH...TURUN KAJANG, PASTIKAN BN KECUNDANG - TIMB PRESIDEN PAS MELAKA: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menyeru seluruh anggota Pakatan Rakyat turun membantu PKR pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang akan berlangsung tidak lama lagi.


"Ayuh kita semua turun ke Kajang bantu rakan kita PKR pada PRK Kajang tidak lama lagi, ini bukan soal PKR, ini semua tanggungjawab kita untuk memastikan PR menang.

"Memang kita semua sedar ada masalah kecil di Kajang, tetapi kita mesti selesaikan masalah ini dengan memenangkan PKR di Kajang dan kita pastikan BN kecundang," ujar beliau pada ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Melaka di Taman Seri Telok Mas, dekat sini malam tadi. 


Menyentuh soal politik semasa, Mohamad menggesa BN khususnya Umno supaya tidak mencampuradukkan isu ekonomi dengan perkauman sempit. "Isu kangkung adalah isu ekonomi, tidak ada kaitan langsung dengan isu perkauman, mengapa Umno mengaitkan isu ini dengan isu perkauman. 


"Ada di kalangan Pemuda Umno yang memberi amaran dengan berkata apakah Cina mhau peristiwa 13 Mei, mereka mengaitkan himpunan kangkung di Pulau Pinang dengan 13 Mei," ujarnya lagi. Justeru, beliau mengingatkan pemimpin Umno agar jangan mengulangi kesilapan lama menggunakan isu perkauman untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Dalam pada itu, Mohamad turut menyokong kenyataan polis untuk membanteras dan menangkap sesiapa yang terlibat mencetuskan ketegangan kaum di negara kita. 


"Saya menyokong penuh kenyataan Polis untuk membnteras dan menangkap mereka yang terlibat dengan isu perkauman sempit ini. "Perkara ini amat merbahaya kerana ia akan membangkit semangat perkauman dan kita bimbang ketegangan akan berlaku," tambah beliua. Turut berceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari, Penolong Setiausaha PKR Melaka, Wahab Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohammed/Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI