Gombak
5 Feb: Pengarah
jentera Pilihanraya, Dr Hatta Ramli menyambut baik tarikh Pilihan raya kecil kerusi Dewan
Undangan Negeri Kajang akan diadakan pada 23 Mac dan penamaan calon ditetapkan
pada 11 Mac yang telah diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) di sini hari ini.
Beliau berkata bagi Pakatan Rakyat (PR) walaupun tarikh
pilihanraya masih lambat lagi namun kita terima dengan baik tetapi tarikh penamaan
calon pada 11 Mac yang jatuh pada hari
selasa agak kurang sesuai diadakan kerana ia memberi kesukaran kepada pengundi
dan seluruh penyokong samada daripada PR atau UMNO untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing.
Berdasarkan pengalaman pilihanraya kecil lalu yang telah
diadakan dinegeri-negeri apabila SPR menetapkan tarikh buang undi atau penamaan
calon waktu bekerja ia memberi kesan kepada pengundi dan seluruh penyokong. Justeru
besar harapan saya agar SPR memikirkan tarikh yang sesuai agar pengundi dapat
menjalankan tanggungjawab mereka membuang undi sebagai rakyat Malaysia. Dan
penyokong dapat bersama hadir memberi sokongan sepenuhnya untuk memeriahkan
suasana PRK.
Menurut Dr Hatta, tempoh mengundi yang diberikan oleh SPR selama 13 hari adalah sangat sedikit bagi
memberi peluang kepada calon dan petugas menjalankan tugas merayu undi dengan
baik. Maka eloklah di panjangkan sedikit tempoh tersebut.
Beliau
mengulas tujuan kita minta SPR panjangkan tempoh terebut kerana walaupun
kawasan itu kecil namun bilangan pengundi adalah seramai lebih kurang 40,00 orang. Kita ingin faham
kepada semua pengundi dan menerangkan misi visi PR sekiranya PR dapat
mengekalkan kerusi disini. Maka sewajarnya pihak SPR memikirkan hal tersebut.
Insya-Allah
saya akan pastikan seluruh jentera Pilihanraya akan turun kepadang bagi
memastikan PR menang besar di kawasan itu untuk menggantikan kekosongan kerusi
dalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu berikutan peletakan jawatan secara mengejut
anggota DUN Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lalu, Kata Dr Hatta ketika
menghubungi pemberita sebentar tadi
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee memenangi
kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru melibatkan
Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
Menurut Dr Hatta, tempoh mengundi yang diberikan oleh SPR selama 13 hari adalah sangat sedikit bagi memberi peluang kepada calon dan petugas menjalankan tugas merayu undi dengan baik. Maka eloklah di panjangkan sedikit tempoh tersebut.
No comments:
Post a Comment