Shah Alam : Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa
bas yang digunakan dalam Jelajah Merdeka Rakyat PKR dibeli beliau pada
harga RM650 ribu dan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM10,833.
Khalid berkata demikikan dalam sidang DUN dengan menegaskan bahawa bas itu dibeli dengan wangnya sendiri.
Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembelian tersebut untuk mempelajari bagaimana beliau menguruskan kewangan peribadinya dengan baik.
"Ia pembelian persendirian.Saya sudah sarankan SPRM untuk membuat kajian dan diberikan dokumen-dokumen supaya mereka dapat melihat bagaimana tata kelola yang baik dari segi pengurusan kewangan negeri dan pengurusan kewangan persendirian," katanya.
Beliau mengulas isu berkenaan yang dibangkitkan ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang menyoal sama ada bas itu juga didaftarkan di atas nama Khalid sendiri.
"Ia didaftarkan atas nama Abdul Khalid bin Ibrahim dan lesennya pun dibagi oleh JPJ," jawab Khalid berjenaka disambut ketawa kecil sebahagain ahli dewan undangan negeri.
Bas yang memaparkan wajah ketua pembangkang itu menjadi sasaran serangan batu dan juga cat merah sewaktu digunakan PKR dalam program jelajah ke negeri tertentu baru-baru ini.

Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment