SHAH ALAM : Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan segala hubungan
perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Regim Zionis Israel.
Katanya, sikap
hipokrasi Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam masa sama konon
menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut
sama menyumbangkan ‘peluru’ kepada tentera Zionis Israel.
“Ia dilakukan melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti
mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di
West Port, Pelabuhan Klang,” kata Fariz dalam kenyataan medianya.
Ujarnya lagi, sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram
1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera
zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan
Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya
terbunuh.
Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus
merobek jasad dan bumi ambiya’ tersebut, melakukan kezaliman, membunuh
rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan
wanita.
“Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama
dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak
RM77 juta kepada APCO.
“Ianya membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan
rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk
Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Justeru ujar beliau, Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah
bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak
dalih sedangkan dalam masa sama menjadi ‘penjilat’ kepada Zionis Israel.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment