SHAH ALAM 21 NOV : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk
membatalkan terus projek pembinaan kondominium di Batu Caves.
Beliau berkata, projek tersebut tidak harus diteruskan kerana kawasan
tersebut merupakan tempat beribadat penting untuk masyarakat India.
“Saya mencadangkan agar Menteri Besar tidak menangguhkan lagi perkara
serius ini sebaliknya terus membatalkan semua keputusan yang dibuat
sebelum ini.
“Saya juga yakin Tan Sri akan melakukan keputusan yang tepat dalam hal ini,” tegas beliau.
Tambahnya, sokongan kaum India terhadap kepimpinan Abdul Khalid juga dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa.
“Kalau Tan Sri bertanding di Batu Caves pun, pasti beliau akan menang dengan mudah kerana sokongan tinggi,” seloroh beliau.
Projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves baru-baru ini mendapat
pelbagai tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya kaum India.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kemudiannya mendedahkan dokumen
salinan Minit Mesyuarat Penuh Bulanannya dan mendapati projek tersebut
diluluskan pada 2007 iaitu ketika pentadbiran kerajaan Umno/BN lagi.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment