Kuala Lumpiur, 29 April : Calon
DUN Tenang, Normala Sudirman merakamkan rasa kesalnya tindakan polis bertindak
kasar kepada 3 peserta pemuda Himpunan Bersih 3.0 di KLCC pagi semalam.
Beliau berkata, “tragedies menangkap
3 pemuda diheret, ditendang dan dikasari polis melambangkan sikap tidak
bertamadun dan sanggup menjadi kuda tunggangan UMNO –BN yang memerintah 54
tahun Negara Malaysia”.
“Seharusnya polis perlu bertindak
secara professional mengawal suasana Himpunan tanpa mengasari rakyat tetapi
menjadi sebaliknya”.
“ Seramai lebih 250, 000 rakyat
datang pelbagai kaum, dan negeri hadir ke Himpunan Bersih 3.0 hanya duduk dan
bantah minta 8 tuntutan perlu dilunaskan sebelum PRU13 tetapi berlakunya
provokasi daripada pihak polis.
Polis telah melontarkan 20
letupan gas pemedih mata kepada rakyat dibeberapa kawasan termasuk Jalan Raja
Laut, Masjid Jamek.
Letupan ini berakhir hampir 5.30
petang dan didapati Polis berkumpul di sekitar Dataran Merekar, LRT memeriksa
pakaian orang awam dengan mengatakan, “sekiranya sekiranya ada yang memakai Baju Kuning Himpunan
Bersih 3.0, rakyat diminta tukar dan akan
dirampas pihak polis”, kata Normala kepda wartawan.
Normala merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan
Muslimat PAS Pusat, menambah lagi, PM, Najib seharusnya menjadi pimpinan
beribawa mengatasi isu Negara ini dan
perlu bertemu rakyat di Dataran Merdekar
mendengar rintihan rakyat tetapi malangnya Najib bertindak seperti
penakut dengan menghantar polis dan FRU.
“Kita hanya duduk dan bantah secara aman dan
polis sepatutnya tidak perlu buat provokasi dengan menghadiahkan letupan gas pemedih mata kepada rakyat”,
ujarnya.
Menurut
pimpinan Dewan PAS Pusat ini, tindakan mengahalang rakyat berhimpun di Dataran Merdekar sepatutnya kerajaan pusat perlu
menghormatinya.
Dataran Merdekar adalah melambang kebebasan merdekar dengan memerdekarkan minda rakyat daripada serangan
janjahan UMNO- BN
Menghalang rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka adalah
sikap tak bertamadun dan tidak
berkeperimanusiaan kerajaan UMNO kepada rakyatnya .
‘Kalaulah UMNO-BN boleh adakan pelagai progam di Dataran Merdeka,
mengapa rakyat berhimpun Datran Merdeka secara aman disekat?’, soal Normala
kepada media.
“Sikap inilah menunjukan sistem demokrasi Malaysia dihalang kerajaan UMNO –BN”, katanya.
Kata beliau lagi, “Suara rakyat suara keramat, jika inilah
dilakukan oleh UMNO-BN yang diketua Najib, maka UMNO perlu bersedia menerima hukuman
daripada rakyat
dengan menolak parti itu dalam
PRU 13 nanti.
Saya harap rakyat seluruh Malaysia buka mata apabila seramai 250,000 seluruh Negara telah hadir ke Himpunan ini menuntut 8
tuntutan Pilihanraya Bersih”.
Sebenarnya jika 8 tuntutan tidak ditunai kerajaan Pusat dan SPR, rakyat
tidak percaya PRU 13 yang akan datang
kerana dibimbang politik kotar mewarnai ladskap Negara.
Justeru, sebab itulah semua
rakyat berhimpun minta kerajaan pusat (UMNO-BN) mendengar suara rakyat kerana suara rakyat suara keramat.
Sementara itu, Mantan Menteri
Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula
berkata , “ baru –baru ini PM Najib ada beri ucapan semasa Pertabalan Agong, “ bahawa kita masuk Era Kegemilangan Demokrasi”.
“Sungguh saya tidak faham mengapa
mereka kata Negara kita telah masuk Era
Kegemilangan Demokrasi tetapi mereka sekat rakyat untuk berhimpun secara aman
hanya duduk dan bantah”, soal Tan Sri Khadir.
Katanya, “sepatutnya apabila
kerajaan pusat telah mengatakan sesuatu maka seharusnya mereka perlu
laksanakan. Bukannya mengasari rakyat sehingga memberi gas pemedih mata
sehingga mengcederekan rakyat.
“Kita harap PM lunaskan janjinya
kepada rakyat, Janglah hanya pandai
bercakap tapi tak serupa bikin”.
“Saya kagum dengan Himpunan
Bersih 3.0 kerana rata-ratanya himpunan ini disertai ramai golongan muda,
golongang mahasiswa dan golongan warga
emas.
Mereka berhimpun sehingga siri
ketiga tanpa jemu kerana ingin kerajaan pusat melunaskan 8 tuntutan sebelum PRU13
nanti tetapi malangnya Najib dan SPR tidak peduli hasrat dan suara rakyat.
“Susah sangat ke Najib menunaikan
tuntutan rakyat”, ujar Tan Sri Abdul
Khadir kepada media.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment