K.Lumpur, 29 April : Polis mula
mengganas dengan menangkap 3 pemuda peserta Himpunan Bersih 3.0 sebaik sahaja
sahaja semua peserta himpunan daripada KLCC bergerak menuju ke Dataran Merdekar arahan daripada pimpinan PAS Pusat.
Beberapa peserta Himpunan melihat kejadian sambil berlari menyumpah dan
kecam kepada kira-kira 30 anggota polis yang
bertindak ganas kepada peserta yang ditangkap dengan menendang, mengheret
sepanjang jalan untuk dibawa naik van polis.
Peserta lain yang melihat
kejadian itu berkata, “ "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang
ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."
Tinjauan wartawan di
tempat kejadian, KLCC jam 8.30 pagi kira-kira
20,000 peserta dari KLCC telah hadir,
berhimpun di Jalan Raya terus berlari menyelamatkan diri daripada dikasari
polis yang bertindak gila.
Kelihatan orang ramai membawa sepanduk
Stop Lynas, Lynas Out (Aust) Get Out Of Malaysia, Health Chief Minister Stop Misleading The
Peopls, Resigned now, Down Najib, Jangan
Rompak Wang Negara Demi Masa Depan Anak Kita,
, Banner Besar Syop Lynas Keputusan Rakyat Muktamad Lynas
Berambus,
Selain itu, Banner Besar Gambar
Najib dibawa berarak “We Do Not Want Toxic Project”, Poster “Najib gigit jari “Najib Did You Really Care”, “People Decided, Lynas Get Out People First, Najib we Want To Talk You now!”.
Kesemua peserta yang membawa
sepanduk terus bergerak menuju ke Dataran
Merdekar namun Jalan Pudu di tutup di
kepong polis jam 9 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Sementara itu, Calon DUN Tenang,
Cikgu Normala Sudirman pula berkata, “kita rasa kesal dengan tindakan ganas
polis kepada semua rakyat yang hadir Himpunan Bersih 3.0 hanya menuntut
pilihanraya bersih, tulus tanpa berlaku penyelewengan.
Selain itu, semua peserta
Himpunan Bersih 3.0 minta mohon agar hentikan
projek Lynas yang memberi kesan buruk kepada seluruh rakyat Malaysia, katanya.
Tambah Normala, Saya hadir ke
Kuala Lumpur 27 April malam, dan berada di Sogo menuju KLCC jam 8 pagi 28
April, melihat Himpunan yang diadakan adalah himpunan aman, semua peserta
mengikut arahan pimpinan namun ia menjadi huru-hara apabila polis mula
menangkap peserta macam tangkap lembu Fedlot.
Peserta di terajang, diheret disembur dengan gas
pemedih mata oleh petugas polis dan FRU sebaik semua peserta keluar daripada
KLCC menuju ke Dataran Merdekar.
“Kesimpulan Penutup Himpunan ini bahawa
bentuk kezaliman kerajaan Malaysia (UMNO –BN) lah zalim dengan menggunakan Polis, DBKL , FRU sebagai
alat mengekal politik kotor mereka untuk
tidak mendengar suara rakyat.
Polis yang menjadi kuda tungangan
UMNO lah yang zalim. Mereka sepatutnya menjaga keselamatan Negara tetapi polis
yang menyebabkan Himpunan Bersih 3.0 jadi huru-hara dengan mengasari semua
peserta.
Polis
lah menyebabkan berlaku
seorang peserta cedera parah di sogo kerana dilanggar kereta polis.
Mangsa termasuk bawah kereta polis akibat polis tidak dapat mengawal
kawalan.
Namun walaupun polis bertindak ganas, peserta tidak bertindak
diluar kawalan seperti dilakukan polis kepada peserta Himpunan Bersih
3.0.
Semua peserta yang berada disitu terbalikkan kereta polis untuk selamatkan mangsa.
Semua peserta yang berada disitu terbalikkan kereta polis untuk selamatkan mangsa.
"Apakah rakyat Malaysia
yang hadir hanya mendiamkan diri apabila berlaku cedera parah kepada peserta?, soalnya”.
Katanya lagi, “saya kesal apabila Media Pro UMNO mengatakan peserta himpunan terbalikkan kereta polis dan mencederakan polis tetapi jika di fikir secara logiknya sekiranya peserta ingin terbalikkan kereta polis, saya rasa semua kereta polis yang ada disitu diterbalikkannya, tetapi yang kita lihat hanya sebiji kereta yang langgar peserta terbalik ”.
“
saya difahamkan tiada seorangpun yang meninggal termasuk polis kononnya
media Pro UMNO mewawarkan berlaku kematian dalam himpunan ini”.
“Maka saya minta kepada semua
peserta himpunan yang merakam kejadian tersebut tampil kehadapan dan boleh serahkan
rakaman kepada pimpinan PAS Pusat atau sekratariat Bersih 3.0.
Justeru, dengan berlakunya tragedies ini, rakyat harus bangkit
menentang kezaliman UMNO-BN dan perlu hentikan pentadbiran mereka dalam PRU13
nanti”.
“Jika UMNO-BN terus memmerintah, Malaysia
diambang kemusnahan dengan terus menyeleweng kewanganan Negara, rasuah
berleluasa, gangster resim bermaharajalela dan menggunakan semua badan –badan berwajib. Kita
tidak mahu UMNO sesuka hati menyalahguna kuasa untuk kepentingan politik mereka”,
ujarnya.
“PM, Najib seharusnya menjadi
pimpinan beribawa mendengar suara seluruh Rakyat Malaysia yang disuarakan secara zahir bukan tidak
memperdulikan suara rakyat.
Najib perlu ingat, suara rakyat
suara keramat, rakyatlah hakim Negara berhak memilih siapakah layak memilih
pimpinan beribawa mengurus Negara.
Rakyat pula perlu ajar UMNO-BN
yang diketuai Najib hanya dengan guna Bahasa undi dengan menolak pemerintahan
mereka”, kata Normala merangkap Timbalan kepada wartawan selepas Himpunan Bersih 3.0.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment