Putajaya : Pimpinan Kerajaan
negeri Selangor di ketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
membuat lawatan kerja ke Surhunjaya Pilihanraya
(SPR) di Putrajaya bagi mendapat penjelasan
mengenai Daftar pemilih di ragui daripada Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof Timbalan Pengarah SPR Selangor , Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan,
Dr Halimah Ali ketika ditemui media beliau berkata, “tujuan utama kita melawat
lawatan kerja di Putrajaya kerana sudah banyak kali kerajaan negeri menjemput pengerusi
SPR serta semua pegawai SPR memberi taklimat si SUK mengenai Daftar pemilih
yang diragui negeri selangor, namun kita
kesal mereka enggan beri kerjsama dan memberi berbagai alasan.
Ekoran berbagai alasan tidak masuk
akal dibuat akhirya pimpinan kerajaan negeri Selangor menawar untuk adakan satu
lawatan kerja di Putrajaya atas dasar mahu membela rakyat secara tuntas dan
mendesak agar SPR bersihkan nama-nama pengundi diragui”.
Tambah Dr Halimah lagi, selain itu pelbagai persoalan asas
yang penting telah diajukan bertubi-tubi kepada Pengerusi SPR oleh semua saf
Exco Selangor.
“Antaranya, kenapa terdapat ramai nama pengundi hilang di DUN Selat Klang yang memang dikenali sebagai
pengundi PAS dan ahli PAS sedang mereka mengundi di DUN Selat Klang pada 2008.
Nama pengundi tersebut telah dijumpai dalam daftar pemilih. Nama tersebut telah
dihantar ke Melaka sedangkan pengundi berkenaan tidak pernah membuat permohonan
tukar alamat untuk mengundi di Melaka”.
“Pengundi terbabit telah berjumpa dengan saya mengesahkan
bahawa kesal dengan pertukaran mengundi tanpa diketahuinya.
Tiba-tiba apabila dibuat semakan namanya telah di hantar ke
Melaka sedangkan pengundi berkenaan masih kekal duduk di Selat Klang.
Banyak lagi senarai
nama dalam Daftar Pemilih yang disediakan SPR menjadi keraguan kita dan semua
rakyat”, ujarnya.
Selain itu, kita juga minta SPR memberi jaminan nama daftar pengundi yang digunakan oleh SPR mesti
sama dengan daftar pengundi yang diberi kepada calon pilihanraya semasa
penamaan calon.
Bukan seperti tahun 2004 di mana calon Selat Klang dan
diakui oleh ramai EXCO yang juga menjadi calon 2004, lain daftar pemilih yang
diberi kepada calon, lain pula yang dipakai oleh SPR semasa hari mengundi.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim pula berkata, “ekoran tidak mendapat kerjasama SPR untuk memberi
taklimat kepada semua Speaker Dewan Undangan maka kita terpaksa pergi ke
Putrajaya minta penjelasan senarai Daftar pemilih yang diragui di negeri
Selangor dan mendesak agar SPR membuat kajian semula senarai Daftar pemilih sebaiknya
sebelum PRU13”.
“Sebenarnya rakyat juga tidak mahu membuat bantahan besar-besaran
tetapi disebabkan terdapat senarai nama pengundi hilang, pengundi hantu wujud,
akes media disempitkan, tidak mahu guna dakwat kekal membuatkan rakyat bangkit
menentang kerajaan Pusat yang tidak tulus dalam melaksanakan tugas.
Justeru, kita desak agar SPR fikirkan kembali, Apakah SPR akan menerima
permohonan rakyat agar laksanakan tuntutan bersih 2.0 yang masih tidak
dilaksanakan seperti Bersihkan
Senarai Undi (Daftar Pemilih),
Reformasikan Undi Pos , Gunakan Dakwat Kekal , Akses Media Yang Bebas dan
Adil , Tempoh Berkempen Minima 21 Hari , Kukuhkan Institusi Awam , Hentikan
Rasuah dan Hentikan Politik Kotor”, kata
Abdul Khalid.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula
menjelaskan, “isu senarai daftar pemilih yang
diragui kita bersetuju menyiasat
bagaimana nama pengundi-pengundi tersebut boleh berpindah.
Kita akan usul kepada kerajaan Pusat untuk menerima cadangan
yang diminta kerajaan negeri dan semua rakyat seperti yang di tuntut dalam
Himpunan Bersih 2.0 lalu yang masih tidak dilaksanakan dalam memastikan PRU13
adalah bersih tanpa keraguan rakyat”, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment