KUALA LANGAT: Perbuatan menyimbah cat billboard dan banner kerajaan negeri Selangor dikecam
pimpinan Pakatan Rakyat Kuala Langat, disini.
MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditemubual media petang semalam,
berkata “Pemimpin Pakatan Rakyat Kuala Langat mengecam tindakan menyimbah cat
pada billboard dan banner program Kerajaan Selangor dan menyifatkan perbuatan
itu sebagai tindakan bacul saat menjelang pilihanraya.
“Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini jelas menunjukan sikap tidak bermoral kerana
menyimbah cat ke billboard dan banner program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor”,
kata Abdullah.
Tambahnya lagi, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah
dalam menghadapi provokasi sebegini dan beliau percaya rakyat sedang memerhati
dan boleh menilai dengan bijak.
“Situasi ini jelas menunjukkan kebaculan pihak tertentu sebelum bertarung di
gelanggang sebenar lebih-lebih lagi menjelang
pilihanraya. Papan iklan
disimbah cat kemudian diletakkan longgokkan sampah dibawahnya”, ujarnya.
Sementara itu, ADUN Telok Datuk, Philip Tan Choon Swee pula terkejut apabila dihubungi orang awam berhubung
kejadian ini dan beliau terus memaklumkan perkara ini kepada MDKL.
Kata Datuk Philip“Bilboard disana
diletakkan hampir setengah tahun lalu sehingga sekarang. Kita tidak tahu siapa
buat dan ini merupakan cara yang tidak baik. Saya terkejut dan kesal
apabila dimaklumkan perkara ini”.
Beliau menambah, Pakatan Rakyat telah membuat satu laporan polis di Ibu
Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat semalam.
Ahli Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) pimpinan PAS, Abdul Rahman Amir
menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bermoral dan pengecut.
“Kalau mereka nak tunjuk belang dan hebat, bersemuka adalah lebih baik,
bukan bertindak begini. Kemungkinan perbuatan kotor begini dijalankan pada waktu
malam,” jelas Rahman.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat tersebut berasaskan
pemikiran politik sempit namun beliau tidak mengesyaki mana-mana pihak.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan berharap ianya tidak
berulang kembali kerana ia menjejaskan imej awam selain melibatkan penggunaan
dana rakyat,” ujar Rahman.
Tinjauan media di sekitar jalan utama menghala ke Banting mendapati,
beberapa papan iklan disimbah cat bewarna merah dan kuning terutamanya pada
gambar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Kuala Langat Abdullah
Sani dan ADUN Telok Datok, Philip Tan Choon Swee.
Selain itu, terdapat kawasan lain juga menjadi sasaran ialah di persimpangan
Morib, berhampiran lampu isyarat sekitar Jenjarum, persimpangan Sungai Manggis
dan kawasan hadapan bangunan Majlis Daerah Kuala Langat.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment