Gombak, : Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard malam tadi meminta agar semua rakyat Malaysia hadir ke Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka tanpa rasa takut dengan pelbagai ancaman diberikan UMNO melalui medianya.
Katanya, “semua rakyat Malaysia tidak perlu rasa takut untuk
hadir himpunan aman ini walaupun menerima
berbagai ancaman”
Media Pro UMNO kata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah
mengarah semua polis dan FRU, dan meminta mahkmah mengeluarkan Akta penagkapan untuk menangkap semua peserta
Himpunan Bersih 3.0, Duduk Bantah sekiranya menyertai Himpunan ini.
Saya nak bagi tahu kepada semua rakyat, UMNO tidak akan
berani mengarah polis, FRU menangkap semua rakyat yang menyertai HImpunan
Bersih 3.0 kerana Pilihanraya semakin hampir.
UMNO juga tidak berani mengarah polis, FRU menangkap rakyat
yang memakai Baju Bersih 3.0, Topi Bersih 3.0 kerana mereka takut rakyat terus
menentang kezaliman.
Sekiranya mereka bertindak rakyat akan terus menolak UMNO
dalam PRU 13 nanti dan mereka terus hilang kerusi dan tidak akan rasa untuk
terus duduk di Putrajaya lagi. Perkara inilah membuatkan PM, Najib jadi pening,
ujarnya.
Terdahulu semasa Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan secara
aman akhirnya menjadi pelbagai tragedies sehingga meragut nyawa peserta
Himpunan Bersih 2.0.
Tambahnya, dalam
Himpunan Bersih 2.0 lalu ramai rakyat
ditangkap, disepak, di pijak, disembut
gas pemedih mata oleh FRU dan polis
atas arahan UMNO yang minta rayat bersurai.
Tetapi rakyat enggan
bersurai kerana mereka berada dalam Himpunan aman ini menuntut pilihanraya
bersih.
UMNO kena ingat rakyat bukan lembu yang mudah ditucuk
hidungnya. Pimpinan UMNO juga kena ingat mereka dipilih rakyat kerana inginkan
Negara ditabdir dengan jujur, tulus tanpa salah guna wang untuk kepentingan
peribadi sendiri.
UMNO juga kena ingat, sekarang nyawa mereka di hujung nyawa kerana rakyat semakin jelek dengan
pemerintahan yang zalim berikutan kerajaan sering menabur janji tetapi gagal
melaksanakan. Mereka suka cakap tak
serupa bikin.
Sebagai contoh apabila
PM yang menabur janji untuk hapuskan ISA tetapi tidak dihapuskannya bahkan
digantikan dengan akta lain yang lebih teruk daripada ISA, jelas Chegu Bard merangkap Ketua PKR Cabang Rembau dalam ceramahnya malam tadi
“Kuning-kuning Najib Pening di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Melewar”.
Jelas Chegu Bard lagi, Najib dan isterinya Rosmah kena ingat
isu mereka banyak semenjak menjadi Najib menjadi PM. Salah guna kuasa,
penyelewengan kewangan, rasuah isu kapal selam tak tenggelam, isu kematian Altantuya
Sharibu sehingga hari ini PM diburu di peringkat antarabangsa dan banyak lagi
yang terus mencalarkan imej Negara Malaysia.
Justeru, UMNO dan pimpinannya seharusnya tidak memberi
ancaman kepada rakyat dan menggangu Himpunan aman ini kerana Dataran
Merdeka bukan milik UMNO tetapi hak rakyat untuk digunakan sebaiknya.
Pihak penganjur Himpunan Bersih 3.0 bagi jaminan berhimpun
secara aman dengan syarat Polis, FRU tiak ganggu himpunan ini, kata Chegu Bard.
Hadir
sama, Ahli Parlimen Batu, Thian Chua, Timbalan presiden PAS, Mat Sabu, Mantan menteri Penerangan , Datuk Syeikh Fadzil Kadir, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta
Ramly.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment