Tuesday, April 24, 2012

Isu Scorpene : Zahid Mungkir Janji



 
Gombak, 25 APR: Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengotakan kata-kata beliau yang sebelum ini mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu yang membabitkan isu komisen kapal selam scorpene.
“Dalam pertengahan tahun lepas bila isu scorpene ini dibangkitkan, dia seolah-olah bongkak di dalam negara.

“Dia kata tak ada masalah kalau diperlukan di mana juga mahkamah, dia akan berikan kenyataan, “sanggup beri kerjasama”, kononnya tiada benda yang nak diselindungkan dan berikan mahkamah tegakan keadilan.

“Tetapi yang terbaru sekali, bila kes ini betul-betul disebut di mahkamah Perancis ternyata dia pulak takut dengan alasan tak ada sebab nak gunakan duit sendiri untuk pergi ke mahkamah Perancis.

“Kata mahu mahkamah tegakkan keadilan tetapi tak mahu beri kerjasama. Cakap apa ini, selalu nak putar belit,” beritahu Chegu ketika dihubungi  media hari ini.

Chegu Bard berkata lagi, sebaliknya semalam Zahid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan hadir ke mahkamah di Perancis samada dibiayai kerajaan mahupun dengan menggunakan wang dari poket sendiri. Tetapi  Zahid tidak berbuat demikian.  

Menurut Chegu Bard keengganan Menteri Pertahanan itu untuk hadir dalam inkues di mahkamah Perancis akan memalukan rakyat dan menjejaskan imej negara.

“Kita difahamkan bahawa mahkamah Perancis telah menerima Najib dan Zahid selaku saksi dalam kes tersebut.

“Oleh kerana itu, jika Najib dan Zahid mengelak untuk hadir ketika dipanggil, menurut sumber perundangan, mahkamah Perancis boleh memanggil surat panggil atau waran tangkap kepada Najib yang suatu ketika dahulu adalah Menteri Pertahanan dan juga Menteri Pertahanan sekarang.

“Lebih penting lagi sekiranya ianya berlaku ia bukan sahaja menjejaskan soal imej negara tetapi juga soal keselamatan negara.
Beliau turut meminta agar rakyat malaysia fikir “Apakah rasanya sebagai rakyat Malaysia apabila PM kita menjadi buruan di peringkat antarabangsa? Tentu memalukan kita semua.

“Ia tak mustahil, jika tak hadir sudah tentu waran tangkap boleh dikeluarkan melalui rangkaian Interpol dan sebagainya dan ini pernah berlaku terhadap diktaktor Augusto Pinochet,” yang ditangkap oleh rangkaian interpol di hospital,” ujar beliau merangkap Ketua PKR Cabang Rembau.

Terdahulu pada 29 Mei, 2011, ketika menjawab soalan wartawan dalam isu yang sama, di samping mahukan ketelusan dalam siasatan beliau juga mahukan mahkamah menentukan kebenaran.

Zahid turut memberitahu bahawa beliau bersedia untuk ke mahkamah sekiranya diminta berbuat demikian oleh mahkamah.

“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,”

“Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi, syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet.

“Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi,” menurut Zahid ketika itu yang jelas bertentangan dengan kenyataan terbaru beliau yang enggan berkerjasama untuk mahkamah membuktikan kebenaran.” ujar beliau.

Skandal pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia menimbulkan pelbagai kontraversi termasuk dikaitkan dengan pembunuhan warga monggolia, Altantuya Shaariibu.
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI