Friday, April 2, 2010

Memperkasa Saf menjuarai Ummah “Muslimat Gombak semakin kehadapan”


Gombak - Selama kita menempuh prasarana politik pilihanraya, rata-rata pengundi wanita kini telah bertambah cerdik disebabkan mereka sudah berpelajaran.

Maka tanggungjawab Muslimat adalah bertambah berat dan penting dalam mendidik masyarakat dan generasi masa depan.

Kita juga mesti mengambil kira realiti keterlibatan wanita yang tinggi di Institusi Pengajian Tinggi, baik sebagai tenaga pensyarah mahupun pelajar. Di sektor awam dan perkhidmatan kita mula melihat wanita mendominasi suasana tenaga kerja.

Gambaran ini menunjukkan juga bahawa pada dekad akan datang wanita adalah kuasa penentu ”bargaining power” kepada suasana politik negara. Ini jelas ditunjukkan di dalam statistik Guna Tenaga Wanita Malaysia 2006 dan Personel Sektor Awam Mengikut Kumpulan Perkhidmatan dan Jantina 2006.

Oleh itu sempena mesyuarat Agung Dewan Muslimat kali ke 15, Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Siti Zailah Mohd Yusof Timb. Ketua DMPP, Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Sri Siantan, Batu Caves baru-baru ini.

YB Zailah turut merasmikan Tabung pilihanraya PRu ke 13 bagi memperkemaskini gerakkerja Jentera Pilihanraya di Gombak.

Turut menghadirkan diri YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali, Pesuruhanjaya PAS Negeri Selangor, Adun Gombak Setia telah memberi ucapan dengan mengajak Muslimat PAS dan seluruh wanita Malaysia yang prihatin dalam pelbagai sektor pekerjaan dan kerjaya, profesional, ahli korporat, cerdik-pandai, tokoh politik dan akademik, ayuh bangun!.

Mari kita berganding bahu bergerak maju untuk mempertahankan kemenangan dan mengisi kemenangan dengan agenda yang jitu bagi meraih sokongan dan mandat rakyat yang lebih besar.

Beliau dan Kerajaan Negeri dibawah pakatan rakyat (PR) telah meletakkan “turget” PRU ke 13 sebanyak 20 kerusi yang bertanding sekurang-kurangnya PAS/PKR akan memenangi sebanyak 16 kerusi.

Semoga segala perancangan gerakkerja kita telah laksanakan dalam tempoh 2 thn lebih dalam memerintah untuk memberi kepercayaan kepada rakyat dengan usaha-usaha murni telah dilaksanakan dengan begitu baik sehingga ekonomi selangor semakin pulih dibawah pentadbiran PR.


Walaupun kadangkala aktiviti untuk kita bersama rakyat terbatas disebabkan Kewangan Pusat masih dipegang oleh UMNO, tetapi kita harus yakinkan mereka walaupun UMNO “control” kewangan namun ia bukan menjadi penghalang pada Kerajaan Negeri untuk meneruskan agenda memajui Negeri Selangor ini. Kita harus berusaha lebih gigih agar UMNO dapat kita tewas dalam PRU ke 13 dengan segala kezaliman mereka terhadap rakyat.

Oleh itu, untuk bergerak lebih jauh dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan bersama wanita Malaysia untuk measti visi tercapai, YB Dato’ telah melihat bahawa Dewan Muslimat telah meletakkan pembinaan modal insan di kalangan ahli Muslimat PAS dan seluruh masyarakat sebagai misi utama.

Seterusnya, dengan modal insan berkeupayaan ini akan melahirkan penguasaan politik bagi membela kebajikan rakyat dan memacu perubahan minda rakyat yang merdeka.

Pergerakan tenaga-tenaga muslimat semakin hari semakin mantap di seluruh negeri dan dilihat muslimat Negeri Selangor bergerak lebih jauh kehadapan seiring dengan tenaga muslimin demi membantu perjuangan ISLAM.

Begitulah juga kepantasan muslimat Gombak yang sentiasa menjadi Gah dan contoh terbaik dalam melakukan gerakkerja. Malahan apabila disebut Muslimat Gombak di negeri lain mereka akan berkata, “Muslimat Gombak tidak dapat kami tandingi”.

Ini yang kita mahu kerana dalam perjuangan, tidak kira samada muslimin mahupun muslimat, kita yang ALLAH swt telah pilih dalam pergerakan jemaah ISLAM (PAS) yang merangkup Dakwah & Politik harus menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya, biar musuh ISLAM gentar dengan jentera-jenera ISLAM (PAS) ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak (DMPG), Dr Azimah Ibrahim Menyedari masalah pokok kepada permasalahan sosial hari ini adalah kerana tiada kesedaran dan penghayatan beragama dan ketuhanan. Maka Dewan Muslimat merasakan sektor ini perlu diberi penekanan yang serius bagi mengembeling seluruh tenaga ke arah membawa wanita kepada cahaya kebenaran yang berpusatkan kepada keesaan Allah s.w.t.

Kesedaran ini akan melahirkan wanita yang menjadikan agama sebagai ad-Din satu cara hidup yang akan mendorongnya melakukan kebaikan kepada seluruh manusia tidak kira agama dan bangsa juga kepada alam sekitar.

Dewan Muslimat juga menyedari bahawa manusia harus hidup hormat-menghormati dan tolong-menolong walau apa pun agama yang dianuti.

Masing-masing memahami kebudayaan dan kepercayaan antara satu sama lain serta bersama-sama menonjolkan nilai-nilai sejagat yang positif seperti prinsip keamanan, keadilan, toleransi dan kesejahteraan rakyat.

Memandangkan peranan wanita di dalam pembangunan ummah dan negara dimana sudah ramai wanita mula berkecimpung dalam sektor yang melibatkan pengurusan dan profesional, kemahiran berorganisasi adalah satu perkara yang penting yang harus dikuasai oleh wanita.

Strategi ini penting bagi meningkatkan daya kepimpinan dan pengurusan wanita di dalam memajukan mana-mana organisasi samada organasasi politik atau NGO bagi membuat perubahan kepada masyarakat.

Tugas dakwah tidak hanya tergalas di atas bahu para alim ulama’, pemimipin-pemimpin, tok guru-tok guru dan ustazah-ustazah sahaja, malahan setiap individu yang mengakui dirinya ISLAM wajib menyampaikan dan melaksanakan agenda – agenda dakwah.

Firman ALLAH swt yang bermaksud “Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama kami sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami..” {Al-Ankabut:69}

Didalam surah tersebut, Allah swt menerangkan bahawasanya dengan memperjuangkan Ad-Deen, nescaya ALLAH swt akan memimpin mereka ke jalan yang benar & diredhai ALLAH swt. Selagi mana kita berjuang, selagi itulah ALLAH swt akan memberi innayah dan nusrohnya diatas dunia ini hingga melayakkan kita untuk bersama dengan para syuhada’ diakhirat nanti, insya-ALLAH.


Ustazah Khatifah selaku Timb. Ketua Muslimat PAS Kaw. Gombak, Ahli Majlis MPS Zon 11 berkata, Dewan Muslimat bersedia untuk berusaha bersama semua lapisan wanita Malaysia bagi memastikan wanita mempunyai kemampuan mengurus dan mentadbir sesebuah organisasi dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab mengikut dasar pengurusanyang ditetapkan oleh Islam yang berteraskan kepada nilai-nilai universal seperti jujur, amanah, bertanggungjawab dan berintegriti, katanya dalam ucapan mesyuarat Agung yang telah dilaksankan dengan berkah dan rahmatnya.

Sementara itu untuk menyempurnakan mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kaw. Gombak (DMPG) kali ke 15, majlis tersebut telah ditangguhkan oleh Ukhti Khaulah yang merupakan P.A Ahli Ahli Majlis MPS Zon 11 merangkap Lajnah Tarbiyah & Dakwah di Cawangan Tmn Selayang dimana beliau meletakkan harapan agar semua muslimat terutamanya Dun Batu Caves harus bangun daripada tidur yang panjang dan memperkemaskan segala gerakkerja yang lebih mantap lagi.

PRU ke 12, berbagai ujian menimpa pada hati-hati kita, kini harus kita memperbaiki dan memperbaharui segala gerakkerja daniman kita kerana ALLAH swt semata-mata bukan kerana orang kita bekerja. Jika ini kita niatkan kerana orang sudah pasti amalan kita selama dilakukan dengan berbagai aktiviti untuk bersama rakyat, mengikuti usrah, mesyuarat dan-lain lain sehingga kita balik lewat malam tetapi kita tidak memperhalusi mengapa kita melakukan kerja tersebut dengan sepenuh keikhlasan kerana ALLAH swt sehingga ada yang merajuk hati dan berjauhan daripada jemaah. Seharusnya perkara ini tidak harus terjadi.

Kita kena belajar terima hakikat Qada’ dan Qadar ALLAH swt tentukan mengapa boleh terjadi, ingatlah semua sahabat-sahabat seperjuangan bahawa setiap perkara berlaku ada hikmah tersendiri, sehingga kita memperolehi kemenangan yang besar. Berperasangka baik kita terhadap ketentuan ALLAH swt dan menerima semua keputusan syura.

Dalam kita merancang gerakkerja, ALLAH swt juga merancang gerakkerja kita dan natijahnya kita memperolehi kemenangan, dan semoga ISLAM sentiasa memperolehi kemenangan dengan bantuan jentera-jentera ISLAM dan dengan memohon pertolongan daripada ALLAH swt juga.

Semoga 2010 slogan YB Dato Hassan’ dengan mertabatkan PAS akan kita perhalusi, seterusnya kita terus mengorak langkah dengan menyatukan hati-hati kita membantu agama ISLAM keranaNya. Marilah kita bersama-sama kembali kepada fitrah mengapa ALLAH swt meletakkan kita dalam jemaah ISLAM sanggup bekorban apa sahaja demi melihat ISLAM dijulang oleh semua pihak, tetapi mengapa kita ingin menjauhkan diri daripada jemaah setelah kita dipilih oleh ALLAH swt?? .

Firman Allah s.w.t فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّھُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِیرٌ Maksudnya;” Sebab itu istiqamahlah kamu sebagaimana yang telah diperintahkan, serta orang yang taubat bersama engkau dan janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.”( Hud : ayat 112 ) Marilah kita bermohon kepada Allah s.w.t agar melempahkan rahmat dan keampunanNya kepada kita dan saudara-saudara yang mendahului kita serta mengurniakan taufiq, hidayah dan meningkatkan iman, amal jariah dan mujahadah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Saya ingin menyeru diri saya dan semua para muslimat seperjuangan agar memberi komitment dalam apa juga dan meningkatkan prestasi komitment kita dalam gerakkerja kita.

Kerjasama dan semangat juang dalam diri kita agar agenda dakwah yang dibawa serta peranan sebagai khalifah yang ditaklifkan dapat dilunaskan dengan sebaiknya.

Akhir sekali, marilah kita dengan segala rendah diri memohon kepada Ilahi agar memberkati Mesyuarat Dewan Muslimat PAS Kaw. Gombak kali ke 15 ini, supaya berjaya mencapai rumusan yang matang katanya dalam ucapan penangguhan yang telah memberi tamparan hebat kepada muslimat yang mendengar.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI